Showing posts with label Love Stories. Show all posts
Showing posts with label Love Stories. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Santai @ Merang, Terengganu

Mancing lagi kita....

Kali ni kat pantai berhampiran Sutra Beach Resort, Merang...sangat syok kat sini sebab pantainya mmg strategik untuk aktiviti berkelah n mandi manda... Sabor je la tgok orang lain mandi, teringin le sesangat tapi memandangkan diri da 8bulan ++ sekarang maka tidak la berani mengambil risiko...Biarla aku bersopan dan bersantun sampaila baby yang sorang ni keluar... Pastu baru la boleh berhuha balik...

Kaki pancing tegar...siapa lagi kalau bukan suami aku...

Mari lihat kaki pancing tegar berposing di tepi pantai....

Aksi tergeliat leher...hehe


Add captionpenat posing dia ber bbm pulak....

owh...me yg tembam lagi sembab.>perut tetap menyorok walaupun dah 8bulan++

Meh cuci lensa mata tengok gambar mom n dad to be bergambar berdua sebelum boleh bergambar bertiga....

Abaikan muka yg penuh parut chicken pox itu...huhu sadis..




Nice view time petang di pantai Merang berhampiran Sutra Beach Resort... time ni dah nak maghrib da pun...


Ni la rutin kami....seminggu dalam 4 5 kali ngadap pantai teman en.suami memancing....hari keje pun sempat lagi baling joran kat pantai...nama pun pemancing tegar.... mujurla pantai kat Terengganu ni lawa2 so leh la menjamu mata mengisi kebosanan......

Tuesday, October 04, 2011

I Heart Cameron Highland....

Setel Konvo, aku n en.Naza terus gerak balik lepas lunch dengan parents aku... My parents lak heading toKuala Perlis nak p tengok adik aku, Zudin n bermalam kat sana.. Mak aku nak p wat melawat kawasan kat Padang Besar nun... wah, mak aku cerita, awek adik aku siap datang dari Arau lagi join p Padang Besar. So for the first time in so many years mak aku jumpa jugak face to face dengan awek adik aku tu... Ntah apa la yang dia suka sangat kat adik aku yang selebet n berserabut dengan misai dia tu...huuhu....

Muka dah keletihan setelah separuh hari berkonvo...

En.Naza bersemangat betul memandu...hehe


Suasana kat area Kedah yang memang cantik dan memukau pemandangan...


Selamat tinggal Sintok....Ntah bila la pulak aku akan jejak kaki kat sini lagi...mungkin tidak kot....

Tengah2 syok layan view sambil borak2 dengan en.Naza, tetiba dia tanya aku satu soalan...
En.Naza : Ayg bila last pergi Cameron Highland?
Aku : Dah lama dah, time kecik2 dulu...adalah hampir2 20tahun... Nape tanya?
En.Naza : Saja je tanya...

Rupanya dia dah tukar rancangan nak singgah kat Cameron Highland ikut Simpang Pulai sebelum balik ke Selangor... Kitorang naik ikut Simpang Pulai n turun ikut Tapah...Best sangat, rasa nak melompat2 je rasa sebab memang dah lama gila x pergi Cameron Highland n memang teringin sangat nak pergi situ... Kalau la en.Naza x bz, nak je aku pujuk dia menginap kat situ....wat lepas gian... Tapi dapat singgah sekejap pun aku dah bersyukur sangat2 dah....

Cameron...here i come...


Singgah kat Kea Farm di Brinchang..borong sayur Rm10 untuk 10 bungkus...

Syok gila borong..aku beli bayam, lada benggala, sawi, pak choy, salad, timun jepun, asparagus, jagung, kentang mini, sayur cameron (xtau apa nama sayur tu) n brokoli...


Beli cendawan n sayur celup tepung...sedap walaupun dah sejuk sebab time tu lapor, hujan pulak tu...

Setel borong sayur, kitorang pergi ke Tanah Rata kat tempat kuaters Pejabat Kesihatan Cameron jumpa kawan en.Naza , Zaini.. Siap p salin baju lagi tapi x mandi time tu sebab sejuk ooo....

Disebabkan bilik zaini ni terlebih cun, aku pun apa lagi, tangan pun gatal nak capture gambar... serius memang cantik biliknya, aku pun nak bilik macam ni...huhu

Siap ada wallpaper cantik tu....

Datang jarang2 sekali so wajib la amik gambar kenangan...hehehe

Ha...ni la dia Zaini. Orang Kuantan jugak ni...Sape2 yang dok cameron Highland yang nak tempah kek coklat kukus leh la tempah dengan dak Zaini ni...kerepek pun dia ada jual...

Yeay...akhirnya dapat jugak makan steamboat kat cameron Highland...syokkk....minum air panas pun terasa nikmat giler...


Dengan en..Naza...time ni perut dah penuh da...hehe


Cameron...I'll be back soon....


Monday, September 12, 2011

Subway (First Timer)

Sebelum tengok wayang Hantu Bonceng, Aku n en.Naza sempat dinner kat Subway, Letaknya sebelah je dengan cinema kat JJ bukit Tinggi ni so lepas amik tiket, terus gi ngadap kaunter Subway. kebetulan pulak malam tu x ramai orang. Mujur dah siap2 purchase tiket wayang online guna Maxis Money (M-Money).

En.Naza tengah tunggu aku amik tiket yang dah di booking..

Yang Long Foot extra chicken n cheese slice tu En.Naza punya, yang medium size yg ada cheese sahaja tu aku punya...

Actually a bit dissappointed sebab aku mintak filling Italian Spicy tapi waiter tu assume aku nak yang vege sahaja maka aku end up diet la sebab fillingnya hanya lettuce n pickles with mustard sauce..huhu. En.Naza punya pulak ialah long foot size bread dengan filling roast beef with extra chicken n cheese slice...sangat jeles, dan dia habiskan dalam masa sekejap aje, sama habis dengan aku padahal dia punya 2x ganda aku punya roti...minuman pulak tersalah pilih, aku order flavour tea jasmine green tea, rugi Rm3.90 sebab aku minum x sampai suku pun gelas kecik tu...

Punya la excited nak makan dia punya roti...tu baru luaran je, x sanggup aku nak snap gambar filling roti tersebut sebab anda semua pasti terkejut...hehehe

Sesi mengtekedarah sudah bermula...hehe

Sadis, aku jadi vegetarian pulak time 1st time makan kat Subway...




Time ni dah habis makan dah...

X sure sama ada en>Naza ni kekenyangan ke atau x berapa nak kenyang..hehe




Promote Subway...sedap n healthy...nyum nyum...



Jalan-jalan jap sebelum nak masuk kat wayang

Berfoto sementara nak menunggu giliran beli air sebelum nak masuk panggung...

Koya jadi model...

Dah boleh balik dah...Moh kita....