Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Ujian Khas

Off to Bangi ~ First time dalam masa hampir 2 tahun lebih aku tidak memakai tudung 4 segi begini...hehe hari ni buang tebiat jap...sanggup p geledah kotak cari tudung ni..hehe...


Yerp....today i'm having ujian khas Pegawai Tadbir N41 kat UKM Bangi...Setelah menstudykan diri tentang topik2 yang dirasakan mungkin keluar, i am ready to sit for the exam...hoho

Mujurlah semuaya berjalan lancar n selamat sampai ke tempat tujuan...Exam berlangsung di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan... Lucky me sebab meeting with my friend wawa...beliau tengah sambung master Pengurusan Persekitaran...Best tu, terjeles pulak bila dengar dia sambung...cam nak sambung je...Nak pulak course ni memang lebih kurang n berhubungkait dengan kerja en.Naza...Lagi la aku teruja...Tapi kalau nak sambung banyak yang kena pikir ooo... Kalau En.Naza dengan senang hati encourage aku, confirm aku sambung...hehe..

Berbalik pada exam, apa yang aku study memanng satu habuk sebesar hama pun x de keluar...haha padan muka... Ada 3 bahagian exam, ujian psikologi, esei english n paper pengetahun am... Hantam sajalah... Akhirnya penantian dari pukul 2pm hingga 5pm berakhir...lega kepala otak aku ni...terus je rasa ringan...terus je terasa lapar setelah seharian x makan...huhu...

Sangat terharu pada En.naza yang sanggup bercuti sebab nak hantar wife comey dia ni pergi exam...Dan paling best sebab kesudiannya menunggu aku di luar dewan dari awal sehingga habis exam aku... Thanks so much sayang...semoga ada lah rezeki aku untuk jawatan ni....dapatlah hendaknya aku dipanggil untuk temudaganya nanti...Aminnnn.....

Thursday, September 08, 2011

Tahun Ni Punya Raya

Tahun ni punya raya aku baru terperasan aku sempat makan dengan mak aku sekali je time makan malam kat umah tokki sebelum balik ke Banting esoknya. Pastu aku sempat bergambar pun sekali aje time gambar dengan pengantin time wedding cousin aku. Raya tahun ni x sempat nak makan raya dengan mak aku n adik-beradik yang lain... Raya tahun ni x sempat nak merasa ketupat tok yang memang faveret aku... 

Mudah-mudahan raya tahun depan aku dapat spent masa lebih sikit dengan keluarga aku... Adat orang dah berkahwin memang macam ni. Kena bergilir-gilir dan tolak-ansur dengan suami isteri. Ni raya pertama aku sebagai isteri orang, memang banyak perubahannya, dulu dengan famili aje, sekarang dah bersuami..mana tau tahun depan dah ada anak pulak.Insyaallah.. 

Plan Allah untuk kita semua macam-macam..maka kena teima dengan hati terbuka. Kena pandai sesuaikan diri dan jangan pentingkan diri, itu semua penting dalam sesebuah perhubungan. Semoga aku sentiasa ingat semua ni. Amin...

Tuesday, September 06, 2011

Raya 2011

Selamat hari raya aidilfitri semua....

Hoho lama betul x update blog ni...maklum lah, mood makan rendang ngan ketupat lum habis lagi...haha...mujurla masih terkawal nafsu n x de la pulak masuk kategori puasa turun 2kg, raya kena pam naik 6kg.. Alhamdulillah...syukur.

So this year is the first year raya as somebody 's wife. Hm...biasalah, hidup pasti akan ada perubahan so kena adapt well la kan....mujurla aku bukan jenis ratu air mata so bila berjauhan dengan family di pagi raya aku x de la nak meleleh air mata. Just enjoy the raya day la kan... Kali ni beraya kat kampung en.Naza di Batu Rakit.


Time ni kat ruamh nenek Naza di Seberang Takir, Kuala Terengganu.


 Bergambar denngakeluarga mertua aku. Alfatihah buat bapa mertua ku yang telah tiada...




 Macam2 gaya dok berposing kat belakang...

 Adik-beradik arwah bapa mertua ku



 3 beradik sakan berposing



 Jom main mercun...supplier dari Banting


 At kedai runcit mak di raya ke-2


 On the way ke rumah Lisa n Toyie on raya ke-3. hehe baju recycle baju raya ke-2 sebab time raya ke-2 tu pakai x sampai 2jam...huhu



 Kera-kera kat Kg Merchong, Nenasi, Pahang

Aku balik ke Nenasi, Pahang hari raya ke-5, sebelum tu tidor di Kuantan semalaman. Esoknya baru balik nenasi sebab nak p kendudri kahwin sepupu aku...

 Petangnya, pergi bersantaian di pantai Nenasi...seronok berkelah reramai dengan family mak ngah n yang lelain....

 
 Sempat bergosip lagi tu...huhu



 Ahad, raya ke-6 dah gerak balik ke Banting. Berkonvoi dua kereta dengan my sis...


 Jem sakan, leh gerak 20km/h je...mujur la sebelum tol karak je jem....so x de la kronik sangat...


 Birthday boy of this raya month...

Rini dan anak angkatnya, Aboo n Budoq, sakan menidurkan diri dalam kereta sehingga sampai ke Banting...

Hopefully cousin aku cepat-cepat upload gambar kahwin diorang, leh aku cilok masuk blog ni...hehehe... so sampai di sini dulu ye...nanti aku cerita lagi.


Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya Berat B**tot


Haddoyaaaaaiiii... panas hati aku tengok game malam tadi Malaysia Vs Singapore. Dengan lagak Singapore yang mengasah skill lakonannya, dengan lagak pemain Malaysia yang kelihatan seperti malas nak bergerak..huhu sabor aje la aku tengok. Geram je tangan nak alih siaran lain tapi disebabkan ada sekelumit harapan untuk melihat Malaysia menang bergaya maka gagahkan hati n tabahkan jiwa tengok jugak diorang main semalam.

4-6.... Akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan Malaysia di tangan aktor-aktor  Singapore yang  gigih berlakon teater di padang bola semalam. Namun begitu, apa yang dapat aku ulas ialah,  walaupun Singapore berteater dan ber'soap' drama semalam tetapi permainan mereka tetap lincah dan tepat saat bola bermain di kaki dan dengan mudah lolos daripada pertahanan Malaysia hingga menjaringkan sebijik gol. Berlakon tetap berlakon tetapi bila sampai masa berlari berkejaran dengan bola, they run with all their might to reach gol Malaysia. Pemain Malaysia pula kelihatannya sangat malas bergerak dan membiarkan banyak peluang lepas begitu sahaja. Mereka kelihatan berat bontot nak berlari sekuat hati mengejar bola tidak seperti penyokong Malaysia yang bersungguh-sungguh memberikan sokongan mereka dengan menjerit their heart out to support the team.

Yang pasti, ramai penyokong Malaysia yang pulang kehampaan melihat permainan yang hampeh dari team Harimau Malaya. Come on la guys, tangkas la sikit seperti pemain Singapore yang lagaknya seperti muda belia tetapi pantas mencuri peluang walaupun mereka juga handal membuat lakonan sehingga penjaga gol mereka dilayangkan kad kuning akibat lakonan yang kurang mantap. Apa yang dapat aku lihat semalam, hanya lebih kurang 15 minit terakhir permainan kelihatan pemain Malaysia semakin tangkas dan aktif membuat serangan tidak seperti di awal dan pertengahan permainan di mana mereka seperti tidak mahu berganjak mencari peluang. kalau lah di awal permainan lagi mereka sudah aktif dan garang, maka x mustahil harimau malaya bakal mengaum lagi malam tadi. (- -_")

Tuesday, July 26, 2011

Peace...





Me with my adik ipar (Aisyah)




Were capturing our moments




With peace in mind














(- - ,)

Monday, July 18, 2011

My Hubby's Big Eyes Frog



Ini hasil usaha gigih suamiku.. 

Balik je kerja terus masuk syiling dalam tabung.




Aku pulak jadi tukang kira..hihi

Total is RM 97.55...

Kata suamiku, mau buat bayar bill Maxis nanti..


Wednesday, July 13, 2011

Urusniaga Di Puchong

Malam tadi lepas Maghrib aku teman en.Naza hantar fotokopi geran kereta kat cina yang beli enjin keta dengan dia. Kitorang p hantar kat puchong...huhu sampai2 je kat area kedai nya aku dah seram da... Maklum la kat area tu sume kedai2 halfcut n tempat repair2 lori besar, macam2 bengkel yang ada. Pulak tu gelap je area situ n x ada orang sebab kedai banyak dah tutup n kedai tu area belakang pulak tu.

Tunggu punya tunggu cina tu datang pastu suruh pergi ke belakang kedai. Kuar je kereta en.Naza pesan kat aku suruh kunci pintu. Seram beb sebab gelap je area tu. Macam-macam benda tak elok aku pikir. Mulut lak x lepas dari zikir biar semuanya berjalan lancar n x ada apa-apa yang tak dingini berlaku.

Alhamdulilah semuanya lancar. Mujurla muka cina berdua tu muka baik n bukan muka pecah rumah. Setel je urusniaga kitorang terus pergi makan. En.Naza kata kalau tau tempat tu macam tu, confirm dia tak ajak aku. Aku pun cakap kat dia, kalau dia datang tempat macam tu patutnya kena bawak membe lelaki yang muka ganas-ganas sikit. Mujur semuanya selamat n selesai and ada lah rezeki skit wat belanja.


Kitorang singgah makan kat foodcourt area halfcut tu. Dah pukul 10lebih mau tak berkeroncong perut masing-masing. Menu malam tu aku order mee goreng mamak (menu yang biasa aku pilih kalau x tau nak makan apa..haha). En.Naza lak makan nasi putih, sup kosong, daging goreng kunyit dengan kerabu sotong. Habis licin dia makan. Penat n kelaparan agaknya sebab lepas habis ot petang terus gerak p Puchong

Thursday, June 23, 2011

Megi Pertama Ku

Hari tu dalam entry INI aku ada cakap nak cerita pasal mula aku makan megi kan.. Ni kira mengimbas kembali zaman kanak-kanak ribena time menetap Taman Tun Aminah, Johor Bahru dulu. Time tu aku, my sis and my late bro tengah sekolah rendah lagi. Adik aku zudin time tu kecik lagi. 

Nak dijadikan cerita, jarak bandar Jb dari rumah aku agak jauh la.. dalam setengah jam jugak la kalau x silap aku. Setiap kali mak and ayah aku nak keluar beli barang kat bandar, kami bertiga mesti x nak ikut sekali. Biasa la, nama pun budak-budak so nafsu metarialistik tu masih lum ada jadi kalau mak ayah nak pergi beli belah kat shopping mall memang lah dipandang sepi. Rela duduk kat umah main n tengok tv.

Time ni la my late brother meng'volunteer'kan diri untuk pergi kedai. Katanya nak makan megi n dia nak pergi beli. Aku n my sis apa lagi, join sekaki la. Kenduri maggi la kitorang kat rumah time mak n ayah x de. Nampak benor kempunan nak makan megi. masa zaman tu famous megi jenama MAGGI. Mak aku memang x pernah ajar makan maggi or jajan majan. So masa kecik dulu memang makan berkhasiat aje la sebab tu badan bagai dipam-pam...haha.

Time kenduri megi tu, pernah jugak terliur sangat punya pasal, tiap sorang makan 2 bungkus skali. Haha kenyang sampai x leh nak bangun, sampai rasa x nak makan megi dah sebab overdose. Maunya tak, selera anak gajah betul sampai dua bungkus sorang... Bukan setakat megi, jajan-jajan yang kempunan nak makan memang termasuk skali dalam menu kitorang time mak n ayah aku x de..hehe. Setel je mentekedarah semua bahan bukti memang di clearkan. Biasa la nak hidup kan..

Bila teringat balik zaman dulu-dulu kelakar je rasa. Time dah besar ni x tau dah berapa banyak megi dah aku makan. Mak au bising jugak tapi nak wat camane, kalau dok belajar kat Uum ari tu megi memang ada dalam stok aku.. Megi dan student memang x boleh dipisahkan. Ada fakta yang kata megi ni x kan akibatkan otak jadi bendul, efectnya ialah rambut gugur je sebab bahan perasa banyak.

Macam tu lah ceritanya.. Bila teringat zaman dulu-dulu mesti teringat kat arwah abg aku. Rindunya la kat dia. Life will be much more better with him around..... Semoga dia tenang di sana... Amin...

Tuesday, June 21, 2011

Ditinggal dan Meninggalkan


Orang kata, jadi baik sangat pun x bagus sebab orang suka amik kesempatan, jahat sangat lagi la x bagus sebab nanti semua orang x berkenan. Tapi, kalau wat kat orang apa yang orang buat kat kita tu maksudnya sangat la hampeh. Kita dah tau macamana pahitnya bila orang wat memain dengan hati kita then kita wat kat orang lain the exact same manners. Sangat x berperikemanusiaan. Lagaknya macam x de perasaan.
Contohnya :

Abu ditinggalkan kekasih hati saat dia buat keputusan mahu bertunang. Roboh angan-angan akibatnya kekasih hatinya si Ct ni dah pergi kahwin dengan lelaki lain pilihan keluarga angkatnya. Si B ni memang x berapa nak ada hati ngan perut sebab tu dia buat macam tu. Later on, Abu berkenalan pulak dengan Ani. Baik punya kawan diorang amik keputusan nak ikat perhubungan tu. Tapi x lama kemudian, Ct ni datang mencari Abu kembali. Kononnya x dapat lupakan Abu, cinta sampai hujung nyawa agaknya. Tapi kembalinya Ct ni dengan status janda beranak satu. Haaa sudah. Abu bujang tranng tatang jugak yang dipilihnya. Mungkin kah sebab kini Abu dah berkereta n Abu ni masih lagi layan Ct dengan baik setelah apa yang dibuat oleh Ct pada dia... Abu ni baik x bertempat. Kesian pada Ani, makin lama hubungan makin renggang, mulanya tau Abu tolong Ct, lama2 rupanya dengan si Abu skali Ct rembat wat jadi tempat bergantung. Sekelip mata Abu berubah n tak layan Ani lagi. Ada yang kata Ct dah guna-gunakan Abu. Wallahualam... Pastu, akhirnya mungkin sebab tak ada jodoh, ikatan antara Abu dan Ani putus. Apa yang Abu buat kat Ani tu sama la macam Ct buat kat Abu. 


Begitu la...realiti memang ada masanya sangat kejam. Hanya yang kuat dapat bertahan dan mampu teruskan hidup tanpa punya dendam di hati.. Aku dengan en.Naza dulu dah sama-sama rasa kecewa. Dua-dua pernah kecewa. Bila dah rasa kecewa, maka dalam hati dah terpahat tidak akan buat orang lain kecewa sebab kecewa tu macam hempedu. Mungkin sebab prinsip yang satu ni lah kami dapat bertahan lama. satu lagi mungkin sebab perkenalan kami ni bermula daripada sebagai kawan. Masa kawan tu memang x ada perasaan pun antara satu sama lain so kami memang bebas bercerita. Tapi bila msing-masing dikecewakan oleh pasangan masing-masing maka keserasian wujud n hubungan makin dekat. Semoga dikekalkan ikatan yang kami ada sekarang..Aminnn...

Wednesday, June 08, 2011

Happy Jubli Emas Mom


Happy Birthday buat my mother on her 50th birthday...


 


Semoga beliau dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu.

Semoga tiada lagi dugaan berat yang perlu dilalui.

Semoga selamat semuanya..Aminnn...

Wednesday, May 25, 2011

Macam Mana Nak Dapat Anak Cepat


Petua ni aku jumpa di http://pakarhowto.com..hehe saja je gatal tangan kot ada petua yang boleh diikuti... Tapi ni semua kerja Tuhan maka kita cuma boleh berusaha dan tawakal...

Petuanya begini :

1) Ambil segenggam kacang hijau
2) Rendam kacang hijau tu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira2 panjang ekor anak tauge tu menjadi 2x panjang kepala tauge). air rendaman tu mestilah sama aras dengan kacang hijau supaya kacang tu tenggelam dalam air.
3) Tutup bekas rendaman tu. guna periuk lagimudah
4) Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada
5) Rebus tauge tu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana
6) Bila air rebusan dah jadi separuh, tapis dan ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas)
7) Minum air rebusan tu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sehingga waktu subur

Menurut web ni, ada yang mengamalkan dalam masa sebulan dah nampak hasilnya tapi semuanya bergantung rezki yang Allah nak bagi pada kita...so selamat mencuba...

p/s: aku x cuba pun lagi petua ni...hehe.. sapa2 yang dah cuba bagitau aku ya apa hasilnya...

Tuesday, May 24, 2011

A Walk To Remember



" Your love is like the wind, i can't see it but i can feel it" 



We do not know what will happens next so that we did the best today so there will be no regret later.. 


Love really can change someone into a better person with the miracle that touched the heart..



Love me like u never see me again tomorrow...

Tuesday, July 27, 2010

Lenora Cranberry n Liberty

Aku memang tengah dalam proses menyediakan persiapan kahwin aku...especially untuk barang hantaran...Tapi right now i am already in Sintok...UUM...sebabnya semester baru dah hampir 3 minggu bermula..hahaha sungguh lambat aku update sebab aku a bit busy this three weeks to settle what need to be sttled...terutamanya thesis aku yang nak didaftar n alhamdulillah semuanya dah selesai cuma menunggu aku ni insaf sikit untuk start buat thesis...hahahaaaa kena build up my spirit for this sem coz i am going to deal with 6 papers n a thesis...orang lain kurangkan jam kredit untuk akhir semester tapi aku terbalik pulak sebab siap pergi apply tambah lagi 2 jam kredit n menyebabkan aku punya rm80 terbang kepada bendahari uum...

 Owh...ini bukan persiapan kahwin aku...xkan la aku nak buat crocs ni untuk hantaran aku (walaupun aku ada memikir utk buat demikian tapi dengan crocs lebih sesuai as a last choice for hantaran shoes...hahaha)...

Ni Crocs baru aku namanya Crocs Lenora..sila berkenalan dengan beliau....aku beli ni dari link kat bawah ni...sila klik pada gambar ya...


Ya...aku mementingkan keselesaan dan aku juga bukan jenis yang 'habis madu sepah dibuang'. Disebabkan keselesaan yang dijanjikan maka aku pun x kisah untuk purchase crocs lagiu buat the 2nd time dari aku beli kasut RM20 then pakai x sampai 3 bulan dah rosak better aku beli kasut yang lebih mahal sikit tapi end up aku boleh lenjan selama lebih dari setahun...before this punya crocs (malindi watermelon yang juga sama dengan warna yang ni although this one is Lenora cranberry) aku dah pakai untuk 2 semester n this semester i still can use it walaupun kadang2 bila hujan agak licin...crocs lama tu dah jadi kasut kuliah n kasut jalan aku dah...Owh aku sudah bagi promo free untuk Crocs....Kasut aku ni kebetula ala2 pink...aku assume it will be red but once open the parcel its  pink..hahaha....jodoh aku dengan pink agaknya...

Aku sangat suka sama ini cotton Liberty..


With Loves,