Wednesday, July 13, 2011

Urusniaga Di Puchong

Malam tadi lepas Maghrib aku teman en.Naza hantar fotokopi geran kereta kat cina yang beli enjin keta dengan dia. Kitorang p hantar kat puchong...huhu sampai2 je kat area kedai nya aku dah seram da... Maklum la kat area tu sume kedai2 halfcut n tempat repair2 lori besar, macam2 bengkel yang ada. Pulak tu gelap je area situ n x ada orang sebab kedai banyak dah tutup n kedai tu area belakang pulak tu.

Tunggu punya tunggu cina tu datang pastu suruh pergi ke belakang kedai. Kuar je kereta en.Naza pesan kat aku suruh kunci pintu. Seram beb sebab gelap je area tu. Macam-macam benda tak elok aku pikir. Mulut lak x lepas dari zikir biar semuanya berjalan lancar n x ada apa-apa yang tak dingini berlaku.

Alhamdulilah semuanya lancar. Mujurla muka cina berdua tu muka baik n bukan muka pecah rumah. Setel je urusniaga kitorang terus pergi makan. En.Naza kata kalau tau tempat tu macam tu, confirm dia tak ajak aku. Aku pun cakap kat dia, kalau dia datang tempat macam tu patutnya kena bawak membe lelaki yang muka ganas-ganas sikit. Mujur semuanya selamat n selesai and ada lah rezeki skit wat belanja.


Kitorang singgah makan kat foodcourt area halfcut tu. Dah pukul 10lebih mau tak berkeroncong perut masing-masing. Menu malam tu aku order mee goreng mamak (menu yang biasa aku pilih kalau x tau nak makan apa..haha). En.Naza lak makan nasi putih, sup kosong, daging goreng kunyit dengan kerabu sotong. Habis licin dia makan. Penat n kelaparan agaknya sebab lepas habis ot petang terus gerak p Puchong

Pau Goreng

My first try (semalam)... X de la susah sangat cuma lenguh menguli aje.. Rajin sekejap sebab nak pulangkan piring kuih mak aji (isteri tuan rumah). khamis lepas diorang bagi kamiorang kuih. Pastu malamnya pulak bagi nasi lemak sebab ada wat tahlil agaknya bersempena malam Jumaat. So pau goreng edisi homemade buat Mak aji n Pak aji.


 Fillingnya aku buat simple aje
Filling : Kentang. bawang besar, bawang putih, kiub ayam knorr skit, kari ayam sikit

Resipi :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar marjerin
- minyak sayuran
- yis kering (mauripan) - yang ni aku main letak ikut suka je
- 3 sudu makan gula kastor (aku letak gula biasa aje)
- air suam
-- Campur semua bahan kecuali air suam n minyak sayuran. gaul hingga sebati
-- Kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit.
-- Kemudian baru la masukkan minyak sayuran.
-- Uli la sehingga doh menjadi licin kemudia rehatkan 10minit.
-- Lepas tu boleh la buat bulat-bulat n isi filling/intinya.
-- Bila dah siap, rehatkan doh 45minit sebelum digoreng atas api sederhana.

Ini lah dia rupanya...besar pulak bila dah goreng sebab dia mengembang...lain kali aku buat kecik2 pulak.. Yang ni sepiring untuk Mak aji n Pak aji.


mmmm

Tuesday, July 12, 2011

Dinner With Him

Semalam dinner dengan en.Naza. Aku suruh dia makan luar dengan kawannya sebab semalam dia bz uruskan hal kereta. Aku malas nak masak sebab tu suruh dia makan kat luar..hehe hampeh betul bini en.Naza ni.. Tapi katanya tak mau, mau dinner sama dengan aku (hehe best, buat aku senyum lebar time baca sms dia). Katanya lagi malam ni nak dinner dengan aku sebab malam sebelumnya lepas tengok wayang Mr.Popper's Peguin x pergi dinner pun dengan aku. So kiranya ganti balik yang itu. 

Selalu pergi makan kat Banting ni kat Binggo aje, kedai makan dekat-dekat area umah aku. Tak pun makan kat gerai Nasi Lemak Kepak dekat-dekat dengan jambatan besar masuk ke Banting. Habis-habis pun kalau ngidam, makan la kat McD or Pizza. Malam tadi kitorang makan kat Pak Li Kopitiam kat Banting ni aje, tp my faveret Pak Li Seksyen 7 tp sebab jauh so kat Banting pun jadi la.. Orang nak belanja , kita sebat + belasah aje.



Nyum nyum...dah kenyang, balik umah tidor..hehe...
Thanks to en.Naza sebab bawak saya dating lagi... =))

Mr Popper's Peguin


Quite best jugak la cerita ni... Everybody knows Jim Carey right? 

Kali ni lakonannya x de la giler2 tahap gaban, just nice n kelakar la. 

The peguins are so adorable n very2 cute. They made the film the best.

A Date With My Sis

Sabtu petang aku lepak kat JJ Bukit Raja with my sis doing some window shopping and bought some stuff. Lepas tu lepak kat Pizza Hut. Thanks to my sis for the treats...kenyang betul. Actually en.Naza ada urusan kat Yong Peng, Johor, so he dropped me there so that i am not alone at home.. Dia balik hari je so by 2am in the morning, i am back at Banting again.. At least ada la jugak masa aku nak berjalan-jalan dari dok terperap kat dalam umah je.. Siapa kata jadi suri rumah ni best..huhu sangat membosankan kalau duduk sorang-sorang je. Kalau ada anak maybe tak de la sebosan sekarang kot. Maybe  x ada rezki aku lagi kot sekarang so hopefully aku cepat-cepatlah dapat keje so that aku x gila sebab kebosanan...

Sunday, July 10, 2011

D'One Steak

Friday nite, off to Bukit Tinggi untuk tengok Mr Popper's Peguin tapi tidak kesampaian dek kerana BERSIH punya hal, semua warga Malaysia kesusahan sebab terperangkap dalam traffic jammed yang lagi worst dari jammed time balik raya..huhu sangat kureng. So terpaksa laksana plan B iaitu pergi mengisi perut kosong. 

Tempat tujuan ialah ke Pak Li Kopitiam kat Seksyen 7 Shah Alam tetapi termelencong pulak ke D'One Steak Seksyen 7 Shah Alam.. Keluar dari rumah pukul 9 lebih n sampai ke destinasi pukul 11 lebih..huhu mujur la servis kat restoren tu cepat dan pantas...

 Sundae ice cream yang best..hehe x sure la rasanya best or memang perut tengah lapar..



 Nampak sedap kan...memang sedap pun. En.naza memang sangat berpuas hati dengan steak yang dia makan so chances to make a come back kat restoren ni memang sangat cerah la... macam-macam menu ada local and western so come n try.. 

Motto restoren ni 'Lebih dari segi rasa, Kurang dari segi harga'...

Kenyang x terkata. Masuk restoren time dah hampir kebuluran tapi bila keluar perut overload sampai x habis air n buah.haha punya la melantak pasangan merpati sejoli ni.. On the way balik kitorang terserempak dengan roadblock. Polis tu tanya dari mana, en.Naza dengan confiden je jawab 'Baru lepas balik dari dating'.. haha nakal betul jawapannya. Akhirnya kitorang sampai kat rumah pukul 2 lebih...what a long journey.,,Thanks to BERSIH.huhu

Friday, July 08, 2011

Menu Simple : Popia Sosej



Hari ini adalah hari kurang rajin aku..huhu


Mati kutu, x tau nak buat apa so terhasillah sepinggan yang kat bawah ni.



Goreng cocktal/mini sosej, amik kulit popia, gulung2, masuk dalam kuali, siap...

Thursday, July 07, 2011

Set Singgam Ikan Tongkol + Ayam Goreng Madu

Menu hari ini ialah En.Naza punya faveret...Singgam...huhu aku pun x sure ejaannya 'Singgam' or 'Singgang'...haha tak kisah la asalkan bunyi hampir2 sama ye tak. Ada certain orang je selalunya yang minat singgam ni...selalunya kalau orang bandar memang x pandang la lauk ni...huhu aku dulu pun x suka lauk ni tapi la ni boleh dikatakan suka jugak la..


Resipi : Singgam Ikan Tongkol

Bahan2:
- Ikan (selalu aku guna ikan tongkol tapi ikan lain pun  boleh jugak)
- Kunyit hidup (ketuk)
- Lengkuas (ketuk)
- Halia (ketuk)
- Lada hidup (kalau x letak pun tak pe)
- Asam Keping
- Bawang putih (ketuk)
- Bawang merah (belah 4 je)
- Garam & perasa skit

Cara nak masak : Masukkan air dalam periuk ikut suka banyak mana kuah yang korang nak.
                           Masukkan semua bahan kecuali ikan. Aku suka biar menggelegak dulu pastu baru letak 
                           ikan.. Pastu masak la sampai menggelegak. Dah siap.mudah sanngat, pejam mata pun
                           boleh...

Kalau versi mak aku lagi simple. Mak aku just letak bawang putih, lengkuas, asam keping n lada hidup atau lada besar.. Lagi mudah, campak dari jauh je da siap..hahaha...

Ada jugak versi lain (1) yang tumis dulu semua bahan pastu baru masuk air n ikan...

Versi lain (2) ada yang letak daun kesum n serai. (yang ni pun aku suka...letak daun kesum banyak2 memang wangi)

Ha...ni tempoyak budu. Yang ni kira satu set la dengan singgam aku ni. Yang ni aku letak bawang merah, cili potong, budu dengan tempoyak. Sila kacaukan sekali dan siap untuk dicicah...

Ini pulak ayam madu dan tempe goreng. Yang ni menu tambahan aje..suka-suki aku je ni...


Resipi : Ayam madu

Bahan2 :
- Ayam
- Serbuk ketumbar
- Serbuk lada hitam skit
- Kicap cair
- Kicap pekat
- Madu
- Tepung beras
- garam skit

Cara2 : gaul je semua bahan kat atas tu dengan ayam kemudian goreng. Kalau nak perap dulu pun lagi sedap.

Wednesday, July 06, 2011

Jom Tengok Iklan Colgate



Love this pic so much sebab dua-dua senyum nampak gigi...


Ni gambar lepas akad nikah dulu 
(5 bulan yang lepas)


Memang salah satu daripada kenangan terindah aku



Sunday, July 03, 2011

Nasi Lemak Timur Barat

Laporrrr....dah pukul 4pm, aku masih lagi menanti en.Naza balik dari wiring kereta...huhu udah kebulurang ni sebab dari pagi x makan lagi.. I end up isi perut dengan cheezel aje..huhu...Actually menu hari ni nasi lemak ikan tongkol lagi... En.Naza ngidam nak makan menu ni lagi hari ni...



Ni le rupe nya sambal ikan tongkol aku - terlebih pedas lak...huhu x tau macamane nak kurangkan pedas sambal ni...

Sama je macam nasi lemak sebelum ni...Nama Timur Barat sebab ada ikan tongkol dengan ada tempe goreng..hehehe..