Monday, July 13, 2009

Arapaima Atau Tapahma?

Edisi pancing lagi....

Berita gempak yang melanda Malaysia bermula 2hb Julai lepas terutamanya kaki pancing ialah pasal kerajaan negeri Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang dapat tangkap ikan arapama gigas atau nama komersialnya ikan naga di Tasik Kenyir bermula 2 julai hingga 15 ogos 2009...

wah wah wah...kaya la sapa yang bertuah tu... jika berjaya then ikan yang ditangkap idup2 tu akan dberi tempat penginaan baru di Mini Zoo di Taman Rekreasi Bukit Takal Kemaman utk tarik pelancong.

ikan ini dipercayai boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram.. sangat besar..huhuhu takuttt.. walaupun ia bukan ikan pemangsa namun dikhuatiri disebabkan spesis yang berasal daripada sungai Amazon ini, ikan2 lain yang ada di Tasik Kenyir akan pupus..

Menurut The Star, ada beberapa penduduk kampung yang berdekatan dengan Tasik kenyir iaitu Kampung Baung memberitahu mereka pernah menyaksikan seekor ikan gergasi sebesar anak gajah.

"Mohd Fahmi Mustafa, 25, said his grandfather told him that an old Chinese man appeared one day at the village in the late 70s and released 2 fish that resembled a dragon into the Kenyir river. "My granpa said the old man had claimed that thefish were from overseas and that he had to release them as they had become too big," he said " (Menurut laporan The Star 19 jun 2009).

Menurut kenyataan lain pula, Arapaimas are predators that do not have real teeth. they eat their prey by suction. menurut sumber itu lagi, ikan Tapah juga merupakan penghuni di Tasik Kenyir yang boleh membesar sehingga 2.4m panjang and is known to feed on dogs and monkeys in the Pahang river basin.

Macam2 pendapatkan...mana satu yang betul aku pun x tau....zaman sekarang ni apa2 pun boleh jadi...

Kat bawah ni aku upload gambar arapaima buat tatapan korang... kalau nak tengok lebih dekat lagi pegi la kat GIANT seksyen 13 shah alam...time 2006-2007 dulu aku slalu tengok kat situ ada 2 ekor arapaima kat dalam akuarium GIANT kat situ....pastu kalau nak tengok kaki pancing tangkap arapaima korang leh klik kat SINI


No comments: