Judul: PapaDom
Tag line: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta
Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)
Tarikh tayangan: 2008
Sinopsis Filem PapaDom:
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.
Antara scene yang cantik dan membuat kita faham dengan hanya melihat.
This 2 pics, credit to Aku Pelukis
Ni le papadom...nampak sedap kan.. 8)
X sangka lecturer mia yang cantik ni boleh terpikat dengan Saadom..tapi scene antara mereka memang simple but then interesting..
For me, the film is so interesting, comedy n there r certain part that made me struggle to get hold of my tears.. even the scene where Saadom just sit still mengenangkan isterinya pun made me touch.. there r lots of message that they really want us to understand.. it is a ONE MALAYSIA film.
The last scene where Mia presented her final project was the best part..the dialog is simple but yet it touched me a lot..it did reach my heart..i m so fond of this movie....
Award yang dimenangi dalam Festival Filem Malaysia ke 22 (FFM22) :
- Filem Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik - Afdlin Shauki
- Pelakon Wanita Terbaik - Liyana Jasmay
- Cerita Asal Terbaik - Afdlin Shauki
- Skor Muzik Terbaik
Tonton la filem ni...Anda tak kan rugi...
No comments:
Post a Comment