Kerja pertama aku selepas habis belajar selain daripada menjadi surirumah mithali..hehe aku tolong en.Naza jadi runner.. Bukan runner = pelari tapi runner kereta. En.Naza kena hantar kereta kepada buyer kat Melaka.. Lebih kurang pos laju atau Fedex atau yang sewaktu dengannya cume yang ni lagi cepat sebab x perlu tunggu sehari...
|
Inilah kereta yang bertuah yang dipilih oleh buye dari Melaka tu. Honda blue impreza. |
Ni gambar kat workshop. Time ni baru lepas tinted kereta sebelum gerak ke Melaka... Kitorang gerak lebih kurang pukul 7lebih. En.Naza bawak honda ni, aku pulak bawak viva putih tu...mujur la lalu highway sebab aku dah la tak mahir sangat drive sebab jarang2 drive. Actually ni adalah journey aku yang paling jauh pernah aku drive. Sebelum ni paling jauh pun dari UUM ke Kuala Perlis or ke Alor Setar. Bila en.Naza tanya berani x nak bawak aku cakap berani je dengan penuh confiden. padahal gamble aju..hihi bukan apa, kalau x mula 1st step entah bila lah aku nak boleh bawak keta jauh2 kan...
|
Ni kat stesen minyak Ayer Keroh tengah tunggu buyer sampai |
Kitorang sampai kat Ayer Keroh lebih kurang pukul 9lebih...sampai2 je dok lepak tepi Petronas ni sambil menjamu donut gebu yang aku buat...hehe dua2 kelaparan. Mujur la en. Buyer tu sampai awal so semuanya setel tanpa sebarang masalah... Pastu kami tuju ke kedai makan la pulak...kedai makan Naiman. sedap jugak makan kat situ. Ni pun en.Buyer tu yang tunjukkan...
|
Suami isteri tengah dating...huhu aku tengok punya la banyak budak2 yang dating kat kedai makan tu... Ish2 blajar lagi dah pandai nak dating2...huhu (jeles sebab masa belajar poli dulu x sempat ak dating pun sebab time tu x couple dengan en.Naza lagi) |
|
gambaran kat Restoran Naiman..ramai jugak pengunjungnya. |
|
En.Naza ku |
Best betul dapat pengalaman baru...best sebab dapat jalan2 walaupun cuak jugak drive jauh2 dengan kereta manual...kalau auto je memang aku lenjan sampai habis meter...hahaha.. Bagus jugak gamble je macam tu so boleh la aku tau aku ni berani ke tak...tapi mulut tu memang x habis2 la zikir sambil drive mengejar en.naza...hahaha
With Loves,
No comments:
Post a Comment