Tuesday, May 31, 2011

Info Korea

Aku memang suka tengok drama Korea..Memang hantu drama korea masa time blajar dulu. Nak pulak aku duduk di Kedah maka banyak la cd cetak rompak korea yang murah2. Boleh dikatakan kebanyakan drama korea aku dah tengok..cuma bila habis blajar ni link korea kurenng la skit sebab supplier x de kat Banting ni. Bila tengok drama Korea ni memang best sebab aku memang menghayati ceritanya. xde nak main skip2 sebab naktahu ending cepat2. Aku suka ceritanya sebab jalan cerita interesting..bila komedi memang sangat lawak, bila sedih memang boleh buat aku menangis, bila part romantik memang membuai-buaikan perasaan...haaa macam tu la hebatnya penangan drama Korea pada gadis-gadis manis seperti aku ni...layan lonely bila duduk jauh daripada keluarga n yang tersayang.. Memanng sampai ralit n x dapat nak fokus kat assignment n waktu tidor bila x habis the whole episode of the drama...haha kronik, makan pun kadang2 leh lupa tau...yang kesiannya kat laptop aku la sebab kadang2 sampai 24 hours aku layan cerita...

Satu lagi aku suka tentang drama korea ni bila part diorang makan. Punya la bersusun mangkuk2 kecik atas meja bila time diorang makan... setiap sorang akan ada jumlah mangkuk yang sama (selalunya lebih dari 3 mangkuk kecik) depan diorang yang diisikan dengan lauk yang sama. maksudnya setiap orang ada lauk masing2. x macam kita kat Malaysia ni mangkuk lauk kita kongsi ramai2 n bila nak baru ceduk masuk dalam pinggan. Bila tenngok macam tu nampak diorang macam ada sifat mementingkan diri pulak sebab x leh berkongsi. tpai bila dilihat dari sudut yang lain, contohnya time makan benda2 bersup or berkuah, diorang siap letak periuk sebiji kat tengah meja makan n ceduk ramai2..macam2 peel makan diorang...tapi tengok makanan diorang memang boleh membuat kita telan air liur...


Bibimbap

Kimchi - macam best n pedas... ~ i loike
Tapi dalam sedap-sedap tu, aku baru tahu satu info, orang Korea ni, kebanyakan makanan diorang adalah dari jenis yang diperap, contoh yang famous ialah kimchi n ikan masin diorang yang diperap menggunakan garam yang banyak dah nampak macam sambal nasi lemak dah. Tapi memang masin sebab bagi diorang, memasak makanan yang kurang rasa adalah satu penghinaan kepada makanan yang baik (good food). Tapi, info ada menyatakan bahawa orang Korea adalah yang paling banyak pengambilan sodium dalam pemakanan seharian mereka iaitu mereka suka makanan yang masin dan ini merupakan salah satu punca kepada kanser gastrik sebab penngambilan makanan masin yang berlebihan...tapi memang x elok pun makan masin banyak sangat sebab leh darah tinggi kan.

Kalau kat Malaysia ni, yang aku tahu la, sesetengah orang Terengganu memang kuat masin. Bagi diorang sedang elok je makanan tu tapi bagi orang lain memang x leh nak makan sebab masin. Slalunya yang suka masin ni orang yang keje berat macam Nelayan sebab nak bagi tenaga kat diorang. Macam buruh2 asing diorang slalunya makan nasi dengan ikan masin je, maybe sebab nak jimat n untuk supply tenaga kat badan diorang..

Apa2 pun yang aku tahu, makanan n makan adalah antara perkara yang menghubungkan manusia dengan manusia n antara aktiviti untuk mereleasekan tenson n aktiviti yang sering dilakukan ketika waktu santai oleh ramai orang di Malaysia. Tak gitu? hehe

p/s : kat mana ada jual makanan korea ea? teringin la pulak nak makan...huhu

No comments: