Friday, June 17, 2011

Masak 5 Minit Je

Aku memang hebat...setelah 4 bulan lebih menjadi surirumah sepenuh masa aku kini dah pandai masak dah dengan terernya. X sia-sia aku men'training'kan diri di dapur di kala suami ku keluar bekerja. Tak rugi jugak mak aku belikan kukus besar gajah untuk aku mencuba pelbagai resipi...kini, memasak bukan lagi satu halangan atau sesuatu yang susah bagi aku. 

Hanya berbekalkan cili padi setangkai, telur sebiji, mee ketak2 n sejenis serbuk kari yang dicampur dengan perasa sayuran aku dapat menghasilkan hidangan yang lazat untuk dinikmati dipagi hari tatkala perut lapar. Semuanya hanya disiapkan dalam masa 5 minit dengan menggunakan khidmat kuali bertangkai satu aku.

Menu pagi aku ari ni ialah :


+

Ya...ini dia, mamee perisa kari vegetarian...sila dapatkan di kedai-kedai runcit berhampiran anda..best, pedas.

Tibe-tibe pagi ni aku ter'lapar pulak. disebabkan aku sangat 'rajin' maka aku pun ke dapur masak resipi yang aku cerita kat atas tadi..hehe. Owh, untuk en.Naza aku dah siapkan daging burger dengan roti telur dah...dia memang x nak makan nasi selalunya time tengahari so biasanya dia makan roti or kuih2 ringan yang aku masakkan.

Bila cakap bab megi ni, aku teringat saat mula-mula aku start makan megi. haha dah jadi kenangan dah. Nantilah aku cerita di entry yang lain pulak ye...

No comments: