Thursday, February 18, 2010

Le Tour De Perlis

6/2/10
7.30pagi aku da siap-siap nak pegi Perlis...Hari ni ada aktiviti KLK under persatuan photografi aku...apa lagi, jalan-jalan amik gambar la kami hari ni....

Tempat tujuan pertama ialah Chuping...tapi memandangkan trademark chuping iaitu Ladang Tebu da ditukar dengan tanaman getah maka kami terpaksa la amik je view mana2 yang cantik...x jadi nak tangkap gambar ladang tebu...huhuhu...

 
 
Me and Linda di tepi jalan ke Padang Besar...
Bas yang bawak kami .....
Cantik tapi panas..da beberapa minggu da tak hujan terutamanya di Kedah....musim kemarau sekarang...da macam kat negara yang ada musim luruh dah rasanya...
Oleh sebab kami mengejar masa,...kata En.Syam, instruktor kami, kami hanya diberkan masa yang pendek je nak capture human interest kat Padang Besar ni...huhuhu tahu tak masa yang pendek tu rupanya 2 jam la...saja je wat suspen...hahaha
Selepas aktiviti mengshoppingkan diri kami...
Ha...ni bukan kaki dinosour dalam lost world tu...huhuhuhu
Ni la tuan empunya kaki tadi...burung unta...ada tempat ternaknya berhampiran dengan Padang Besar...best gila bila dapat tengok n teliti secara dekat...

Ini telurnya...sebiji dijual dalam Rm30 lebih...ni kalau buat telur dadar boleh makan 10 orang ni...

Aku sempat jugak bagi makan kat diorang...diorang ni vege tau...makan kangkung...hehehe

Gua kelam...akhirnya sampai jugak kat sini...tapi macam desas-desus sebelum ni memang tak de apa yang menarik kecuali tempat mandi-manda yang terdapat kat luar gua ni...
Destinasi seterusnya ialah Taman Ular...sebelum sampai kat sini aku siap terlelap dengan syoknya dalam bas yang beraircond....rasa cam nak tidor terus tak nak turun..huhuhu

Antara penghuni di Taman Ular ni...spesis anaconda pun ada...tapi jenis yang kecik je...
Muka kepenatan pun leh senyum di celah2 pokok bunga kertas....
Destinasi terakhir ialah Kuala Perlis...kita makan dulu..hhuhuhuhu lapar gila selepas sehari berjalan....
Hidangan untuk 5 orang...memanng sangat kenyang...harganya RM13 sekepala tak termasuk air batu campur....

Lepas makan semuanya da keletihan...balik ke asrama dan berehat...next week boleh balik cuti Raya Cina...bestnya...

No comments: