Wednesday, February 03, 2010

Pria Terhebat

Kita memang tak boleh nafikan bahawa lelaki ni pemimpin..tak kira la dalam keluarga atau dalam apa jua situasi tetapi memang lelaki lah paling sesuai dalam kerja-kerja memimpin ni sebab diorang ni ada 1 nafsu dan 9 akal...sebab tu diorang boleh berfikir lebih rasional dari perempuan dalam menangani apa2 situasi atau masalah... kalau perempuan ni sebabkan mereka ada 1 akal dan 9 nafsu jadi mereka lebih bertindak berdasarkan emosi...senanng cerita, perempuan ni sensitif...sebelum-sebelum ini perempuan ni memang serring dikategorikan sebagai kaum yang lemah dan insan yang perlu kan perlindungan...nak pulak bila diorang menggunakan air mata sebagai senjata...tapi bagi aku, kini zaman sedikit sebanyak dah banyak berubah..perempuan dah semakin berani semakin berfikiran positif....kesamarataan gender semakin ditekankan....

Tips bagi mereka yang ingin mengenali lelaki lebih dekat...:
(berdasarkan pengalaman dan hasil pemerhatian apa yang berlaku pada kawan-kawan dan sekeliling)

1)  Lelaki sekarang kurang gentleman...(hahaha ayat pedas)...ni sebab mungkin kerana banyak penggunaan teknologi dalam kehidupan...sekarang ni kalau nak ngorat da tak main da pakai surat cinta ke, surat layang ke, notes pas2 ke, pakai posmen ke...sekarang ni orang pakai sms je...mms je...even tersalah nombor pun kladang2 da boleh ke jinjang pelamin....kuatnya pengaruh teknologi hari ini...so lelaki kurang pengalaman dalam nak approach face to face...bagi aku bila face to face tu baru la pure gentleman...kalau setakat guna sms, perempuan pun boleh ngorat...hehehehe...aku memang terkecuali la dari situasi di atas sebab aku memang berkawan dulu dengan en.naza...kawan sehati sejiwa...

2) Lelaki yang bersuara sedap atau lunak atau lemak merdu di talian telefon adalah biasanya lelaki yang bertubuh berisi....tak percaya cube la anda try...so if nak keluar blind date ke kan, boleh guna tips ini untuk mengenalpasti fizikal kawan anda..

3) Lelaki yang awal2 kenal da cakap 'saya keje di sini (tempat best)', saya nak bukak stesen minyak', 'saya ada kereta ni' 'saya ada rumah besar'...spesis mcm ni ada 2 kemungkinan...kemungkinan pertama dia memang seorang yang berlagak...kemungkinan kedua, dia memang penipu besar yang saja nak tunjuk lagak.

4) Lelaki yang ramah di telefon tak semestinya bila jumpa dia masih kekal dengan sifat ramah tu jugak... Kaum hawa jangan la tertipu...jadi sebelum anda mahu bercouple atau bercintan-cintun.,..pastikan anda kenal dulu spesis lelaki tersebut...bukan apa, nnt takut bila jumpa, x seperti yang anda harapkan...biasalah kalau dah terbiasa borak dekat telefon, macam-macam boleh borak sebab masing-masing tak bertentang mata, hanya dengar suara je...tapi kalau jumpa depan2 barulah tau macamane sebenarnya peranagai azali mereka...

5) Lelaki selalunya mudah jemu...(perempuan pun ada jugak yang spesis macam ni) bila time menackle bukan main lagi sms...setiap masa setiap saat sms...bangun pagi sms 'selamat pagi' time nak tido sms 'selamat mala'...lambat je balas sms, terus tanya 'kenape tak balas sms? jadi pape ke kat awk? awk ok tak?'..kalau da couple dalam 2 bulan 3 bulan, mula la da stat kurang sms...pagi sekali, tengahari sekali...kalau lambat balas, x de nya nak tanya macam time menackle dulu...slalunya dalam pemerhatian aku la, pasangan yang bercinta monyet ni, lepas sebulan 2 mesti hubungan da makin dingin...aku memang bernasib baik...walaupun dah hampir 5 tahun (lagi 5 6 hari genap 5 tahun) aku dengan en.Naza masih rancak bersms, bangun pagi, time nak tidor memang sms la..setiap masa yang terluang kecuali tido n p tandas..huhuhuhu kadang-kadang aku rasa kami ni ber'sms' kalah orang yang baru bercinta...hahaha

6) Lelaki suka benda yang cantik...tak dinafikan cantik adalah pilihan kebanyakan lelaki...slalunya bila berjumpa, dari mata turun ke hati...kalau perempuan tu tak cantik, x denya lelaki nak mintak no telefon...tapi sekaranng ni ada jugak yang jenis couple dengan kawan sendiri..ha..yang ni nampak la ikhlas sikit sebab bercinta bermula dari kawan...sebab bila kita berkawan dulu so of course la kita da kenal hati budi kawan kita tu kan....

7) Lelaki yang bermuka ganas atau nampak garanng tu tak semestinya berperangai seperti yang kita sangka kan...slalunya lelaki macam ni lagi bagus dari lelaki yang nampak jambu ni..jambu ni bagi istilah aku hansem, putih, perasan hansem...slalunya yang bermuka garang dan ganas ni romantik orangnya...and he maybe turn out to be so loyal to us...so dont judge a book by its cover...they r more gentleman dari yang jambu n macho...take note ya kawan-kawan.

8) Lelaki yang rapat dengan keluarga itulah pilihan terbaik...bila dia rapat dengan keluarga iaitu ibu bapa dan adik-beradik maka kita boleh la mengenal pasti dia ini seorang yang hormat dengan yang lebih tua..seorang yang bertanggunngjawab sebab dia sayang keluarga dia...n of course kemungkinan untuk terpesong ke jalan yang tidak baik tu kurang sebab bila nak buat jahat mesti dia pikir keluarga dulu...lagipun berbakti pada orang tua akan bawa berkat dalam hidup kita nanti..

9) Jauhkan daripada spesis lelaki yang baru2 kenal da berani pinjam duit...itu bermakna dia da terbiasa meminjam daripada perempuan lain...sebab tu dia tak segan silu nak pinjam duit daripada perempuan....

10) Jauhkan dari lelaki yang baru kenal da mintak kita col dia, padahal kalau dia nak cakap dengan kita so sepatutnya dia la yang col...spesis ini telah teranng-terang tunjukkan dia ni spesis yang kedekut dan berkira...

Kalau nak dikaji memang banyak spesis perangai lelaki ni yang boleh kita perhati dan amik iktibar...mungkin kerana aku ni seorang perempuan maka aku mengkritik lelaki...tapi ini tak bermaksud perempuan x de kesalahan atau sangat baik...semua manusia dilahirkan ada kelemahan dan kebaikan masing-masing...semuanya bergantung kepada kita yang melihat dan menganalisa...Sekian untuk sesi kaunseling untuk hari ini...

 
 He is mine!

No comments: