Monday, May 24, 2010

Badaks N Gedils

Semalam buat cucur badak kegemaran aku tapi keledeknya bukan guna keledek yang merah tu tp yg putih sebab stok tu je yang ada kat umah..boleh tahan la rasanya walaupun x semantap yang dijual kat kedai....Resipi dari Hana's Family lagi...hehehe


Bahan-bahan

500g ubi keledek - yg merah is better
3/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung kanji

Inti
1/3 kelapa parut
1 btg serai
2 sudu besar udang kering
3 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
air asam jawa
1 sudu gula
garam

Cara-cara buat :
- rebus ubi keledek sampai lembik, tos dan lecetkan masa tenngah panas tu..
- bla sejuk, masukkan tepung dan gaul rata
- bua doh bulat2 supaya senang isi inti nanti
- cili kering, bwg besar, bwg putih, udang kering dan serai diblenderkan
- campurkan kelapa denngan bahan yg dikisar
- campur gula, garam dan air asam jawa
- gaul sebati dan kemudian goreng tanpa minyak sehingga kering
- kemudian isi dalam doh mcm buat pau tu....then goreng secukup masak...

rupa intinya bila da siap goreng

doh yang siap diuli

cucur badak panassss

Ha...yang kat bawah ni pulak bergedil daging yang feveret...senang je buatnya

Bahan-bahan

kentang
daging cincang yang direbus
tepung jagung
garam
breadcrumbs
telur

Cara-cara
- rebus atau goreng kentang dan lenyekkan
- masukkan daging cincang dan tepung kanji
- letak garam sikit then gaul sebati
- bentuk2kan jadi bulat atau bentuk yg diminati
- celup dalam telur dan kemudian gaul dengan breadcrumbs...
- kalau x letak breadcrumbs pun xpe tp bila letak lebih garing...

* ada certain orang letak skali dengan bawang goreng, daun kucai or daun bawang pastu ada yang letak bawang besar yang dicincang...resipi boleh diubahsuai ikut kesukaan ramai...biasanya dimakan dengan mi soto tapi kalau makan dengan mi sup biasa pun sedap...makan dengan nasi putih pun boleh..makan begitu sahaja pun sedap...

Bergedils

No comments: