Malam ini...aku tidak boleh tidor..ni hasil pekena nescafe ais di Giant setelah lama puasa minum nescafe..hahaha imunisasi aku sudah tidak berfungsi maka aku kini masih segar melayan internet di pagi hari pukul 3pagi...
Hari ini, maksud aku malam tadi aku tersedar akan satu lagi kebenaran yang selama ini tidak terdedah atau disengajakan tidak di ambil peduli...(ayat aku pun sudah tidak betul)..aku tersedar fenomena sosial hari ini yang mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya ramai yang terjebak tapi tidak ramai yang perasan atau sengaja sekali lagi tidak ambil peduli...Melayu atau tidak tak ada banyak yang berbeza kini......dulu, bila sebut minuman keras ramai yang tahu itu haram (bagi umat Islam)..jangan minum, berdosa, setitik sahaja bisa lenyapkan amalan yang kita buat selama 40hari...semua orang tahu itu tapi sedar tak sedar, zaman ini, waktu ini, minuman yang satu itu yang kononnya nampak mewah dan beri kenikmatan itu satu kebiasaan tak kira tua atau muda malah ada yang secara terangan dan tidak segan-segan meneguk..bayangkan lah satu tegukan tu berapa banyak amalan yang free2 je tersia-sia.. Aku sungguh insaf. Rasa takut dengan realiti dunia hari ini...
Hasil pengalaman seseorang dan diharap sila ambil iktibar :
Malam tersebut ialah malam bermulanya Tahun baru Maal Hijrah..Tahun Baru bagi bulan Islam..hari baru ntuk dipenuhkan dengan azam dan juga harapan baru untuk berhijrah kepada yang lebih baik...tapi siapa sangka ada yang menyambutnya di tempat yang tidak sepatutnya. A, terima panggilan dari P ajak ke bandar sempena ada kawan dari Melaka, si T nak turun dan seorang lagi rakan si D. Katanya si T nak payung malam ni. (Maksudnya belanja tanggung beres semua).
Bila da berkumpul, gerak ke K**, tapi penuh...
P : T, bajet berapa nak enjoy ?
T : 7 rat
(Hahaha...si A ni dalam hati kata, biasanya dia p menyumbang suara RM5 je tu pun da habis suara menyanyi...bila dengar bajet 7rat, huhu terus terkedu)
P : Ok, kita try dekat C****.
(katanya da ejas da dengan taiko deal harga...Si A ingat tempat tu tempat biasa je, tapi bila melangkah je rasa da lain macam da..)
Kt situ bilik biasa je da 5rat..bilik medium je pun...mahal sungguh...ni kalau boleh shopping duit tu maunya tak bahagia hidup, senyum cnfirm sampai ke telinga bila dapat menjinjit beg2 shopping kalau free2 je dapat 5rat...ish..ada ke p shopping..maal hijrah ni kena hijrah ke perkara lebih baikjadi menderma dan bersedekah adalah lebih afdal ya kawan-kawan...untuk dapatkan B.E.R.K.A.T.
Ok, berbalik kepada cerita kita tadi, sampai je ke tempat tu, layanan memang meriah, ramah mesra n sungguh welcoming la boleh dikatakan. Bila dengar kawan-kawan panggil someone at that place 'mumy', yang si A da terkebil-kebil macam masuk ke alam baru...slalu tengok dalam tv je sekarang he is about to experienced a new thing that never been expected. Kalau nak diumpamakan guna kesimpulan, boleh guna kesimpulan 'macam katak di bawah tempurung' atau 'seperti rusa masuk kampung'. tapi slalunya kalau cerdik kita kena act cool...ketar lutut ke, gabra ke, rasa nak balik ke, kena la act cool, tenang setenang air di laut... Dalam kebil2 si A ni yang bagusnya dia tak de la menggelabah atau panik..dia buat-macam nothing happen...
Untuk pengetahuan anda, 5rat tu adalah untuk sehingga premis tersebut tutup maksudnya boleh ber'karok' sakan la kat tempat tu...Si A tak syak apa2 bila masuk situ, dia pikir maybe kawan-kawannya tu da biasa berhibur kat tempat macam tu so dia ikutkan aje dengan niat nak teman membe-membe..Mumy tu bawak diorang masuk bilik yang diorang dah deal then mumy tu keluar.tengah-tengah si A belek lagu, masuk sorang lelaki merangkap pelayan bawak masuk minuman...biasala, kalau bilik mahal memang layanan terlebih mesra, servis semua cepat, macam tu la kalau pandai meniaga, pelanggan is their first priority.. nak tau apa yang dihidangkan? bila aku ajukan soalan macam ni aku rasa mungkin dah ada yang dapat meneka apa yang aku maksudkan... yup, tekaan anda semua betul...opsss yang tersilap teka tu takpe, cuba lain kali yer...Si A tersentak bila ada 1 wine n 1 black label (paham-paham je la air apa ya).. si A kata kat P :
A : Weh, giler ko. Aku tak minum ni.
P : X pe, saya sudah tau, saya sudah order Coke sama U.
P pun jawab la seperti mana di atas. Maybe da dapat baca fikiran si A. Macam ni la kawan yang prihatin n tak de la main paksa-paksa. Lega si A dengar.
P, T dan E memang minum, siap ada 1 gelas 1 shot lagi. (liquor yang tak dicampur, pure punya)..da setel bab tu datang pulak yang lain...Tak sempat nak stat nyanyi lagi da beratur 10 orang butterfly( opss ni bukan taman rama-rama ye,,itu cume nama panggilan manja merangkap nama bagi G**). Sepuluh2 beratur depan tv dengan mumy tadi. Si A da mengucap dalam hati da.. Mumy tu kemudian datang dekat pada kawan si A. Dia suruh pilih mana butterfly yang nak...kata si A pada aku macam nak pilih kucing je time tu..yang tak bestnya, semua Melayu...aku ingatkan tempat2 macam tu ramai yang Cina macam tengok dalam 999 tu yang slalu kena tangkap sume Cina. Mumy ni memang pandai niaga, kalau orang Melayu manala nak terliur dengan Cina kan mesti la nak Melayu jugak. A rasa malu sebab semuanya bangsa Melayu...
Si P tunjuk pada si A suruh pilih. Si A cakap bagi 2 ekor butterfilies pada si T sebab dia yang payung, lagi sekor butterfly untu si P n lagi sekor pulak pada si E. Si A cakap kat mumy :
A : Saya gay, saya mau nyanyi saja. Tara minat sama perempuan
(kat situ memang polisinya satu pelanggan akan dapat sekor butterfly)
Mumy tu tersenyum aje. Si A sebenarnya cuak jugak tapi pandai-pandai control sebab tak nak kawan-kawan malu depan kabel diorang. biasala lelaki...Time tu A teringat kat awek dia...teringat kat family dia...dia kata time tu dia just kuatkan hati je n layan karok n minum air coke dari tin je...lepas tu diorang ada order sejug air coke lagi tapi A tak berani sentuh sebab takut ada bercampur alkohol yang tak sepatutnya..
Kata si A, buterflies ni memang seksi giler macam minah-minah cina yang kena tangkap dalam 999 tu. Tapi yang A terkilan tu, 3 dari 4 butterfly ni datang dari negeri Nik Aziz. Diorang ni selamber je amik segelas curah dalam mulut n sedut rokok yang ada. Si A ni sempat pulak interview si butterfly2 ni macam Mazidul dalam 999, dia tanya da lama ke wat keje tu, ada yang jawab baru 2 bulan la, 4 bulan la, yang berbulan-bulan pun ada. Siang diorang keje malam keje kat situ, bila ditanya kenapa nak wat keje tu, ada yang cakap nak kumpul duit wat belanja kawin, nak tanggung anak n family la, macam-macam reason yang ada. A terdetik dalam hati, tanggung family dengan cara macam ni? Isk isk memang tak patut.
A kata selama kat situ adalah lebih dari 10 kali dia pegi tandas..Bila di tanya kenapa macam tu, dia kata sebab tak sanggup tengok kawan teguk arak n peluk2 n raba2 perempuan. Aku tanya soalan nakal, tempat mana yang diraba, kata si A boleh dikatakan semua tempat tapi butterfly ni pandai tepis...diorang pun cerdik, nak lebih kena la bayar lebih tapi kira kat luar la...
Kata si A lagi, ni la pengalaman tak boleh lupa merangkap ngeri kot.hehehe...sedih hati katanya bila lihat sesama sendiri jadi macam tu..Kalau la dia tak pegi malam tu cnfirm tak nampak semua kehancuran ni...tapi apa boleh buat, diri masing-masing, kubur pun asing-asing.
Dalam pukul 2am lebih tu, sorang da terbaring surrender sebab da tak nampak tulisan kat tv karok tu, si T dok berkepit dengan butterfly kiri kanan, yang si P pulak menari sakan berpeluk dengan butterfly dia...si A layan lagu je la memanjang.
Kata si A, nasib baik la kawan2 faham dia n tak de la paksa buat yang bukan-bukan siap tunjuk mana yang boleh minum n mana yang tak boleh. Hampir pukul 3 pagi diorang da gerak da dari situ. sewa bilik n servis campur tolak semua skali lebih kurang 1K. Mak aih, gila betul 1 malam berkaraoke boleh habis banyak tu...Siap ada government tax lagi tu tak tahan...
A kata lagi kalau la dia tahu malam tu itu yang akan dilalui, mungkin dia tak sampai tempat tu...mungkin tuhan nak tunjuk agaknya....niat dia dari awal cume nak teman membe2 berhibur. Nasib baik la si A ni kuat semangat.
Macam tu la kisahnya hikayat satu malam penuh tragis...Satu malam semasa Tahun Baru Maal Hijrah. Mungkin aku rasa ini petunjuk untu A...seperti yang semua maklum, setiap yang berlaku itu da termaktub ada hikmah disebaliknya...cume yang sedar dan celik yang akan nampak apa yang cube disampaikan...bagi yang leka dan lalai mungkin entah bila akan tersedar. Wallahualam.
p/s : entry ini bukan lah bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak...hanya sekadar gambaran realiti yang berlaku pada abad ini...salah silap atau ejaan harap dimaafkan..
p/s : entry ini bukan lah bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak...hanya sekadar gambaran realiti yang berlaku pada abad ini...salah silap atau ejaan harap dimaafkan..
2 comments:
sape si A 2..isk..sungguh kuat imannyer...
watak dalam cerita perlu dirahsiakan untuk tidak menyinggung siapa2..hehehe
Post a Comment