Sehari selepas Christmast - 26 Disember 2009
Hari ini dua orang yang suka sama suka mahu pergi shopping di One Utama...sebenarnya tujuan utama ialah The Curve tapi masa nak p tu jumpa One Utama dulu so kereta kami da melencong ke OU dulu..hahaha plan carca marba..kami sampai agak tengahari da time tu dalam pukul 12 lebih jugak..awal2 tak ramai sangat orang tapi parking da agak2 banyak yang da berpenghuni..
Antara ahli kumpulan Shopping pada hari tersebut.
Background sangat meriah dengan deco untuk Christmas. Kami hanya tumpang amik gambar pada background yang suci bersih melambangkan kasih kami...huhuhu ayat jiwang tak ingat..hahaha
Jalan punya jalan kami da pancit sebab perut belum di isi. Ingat nak makan kat Burger King tapi da malas nak patah balik ke sebelah sana sebab as u all know, OU ni bapakla jins besar giler. So jalan lagi akhirnya sampai la depan Carls Jr. Aku memang teruja nak p makan kat sini selepas di promote oleh Cik Ema.
Alamaks....sume jerawat sudah muncul..
I Love this guy
We love this giant burger..
(Gambar kami mengalami gegaran yang tidak dapat dielakkan)
Teriyaki Burger Combo Large
Chilis Burger+Medium Strawberry
Spicy Chilly Cheese Fries (yang tak berapa nak spicy pun)
Total : RM50++
Kenyang ya rabbi. Itu la reaksi kami. Itu pun kentang Chilly Cheese tu tak habis. Aku ngunyah burger to sampai lenguh rahang mulut aku..punya la besar aku bite tapi macam tak luak je burgernya. Lepas ni aku cakap kat en.Naza kalau nak makan kat situ lagi cume order air 2 n burger 2. hahaha kalau ada side order mesti kami makan overload.
En.Naza sebelum makanan sampai da macam nak pancit kelaparan. Aku order air large kat dia pun siap da plan nak refill lagi..bila makanan da sampai punya la laju makan tapi lama2 da slow da sebab da agak kenyang. siap cakap besarlah burger ni. Dia sempat habiskan burger dan kentang. Pastu da tersandar kat kerusi sambil raba perut kekenyangan. Lepas tu kami lepak dulu biar makanan turun.hehehe
Jalan2 sampai kedai Hush Puppies. Punya la ramai orang berkerumun kat longgokan baju. Aku tarik en.Naza masuk. Rupanya ada sale giler. 50% n & 70% rupanya. Belek2 lagi en.Naza jumpa seluar pendek, dia cakap lawa, aku cakap lawa giler, jom p try. Dia kata x nak la, mahal. Aku kata, 'Ala, kita p try je kat fitting room pastu amik gambar pastu kita blah.' Idea bernas aku sudah menular. Dapat amik gambar pun jadila kalau tak nak beli..hehehe
Aksi mencuba seluar
Tapi bila kami keluar dari kedai Hush Puppies tu, ada pulak beg plastik kat tangan...akhirnya kami beli seluar tu sebab get the right sized n it fit well to him..kami tewas akhirnya.
Ha...ini aksi en.Naza semasa berada di Pangkor semalam 30/12/2009 menghadiri kursus di sana ketika itu.
Kursus memancing agaknya sebab dapat 2 ekor ikan kerapu.
----------Ooops selingan aje yang tu...kita sambung semula aktiviti shopping----------
Pegi berurut urat yang da tersimpul. Sakit ke?
Tak sakit tapi besttt. RM1 untuk 3 minit.
Tapi kat depan tu punya la ramai yang lalu lalang. Aku yang nak try pun terus tak jadi.
Jalan2 lagi masuk Jaya Jusco. Masuk2 je jumpa Padini. Nampak pulak jaket yang memang di cari-cari.
X sempat p fitting room. kat situ jugak en.Naza try. Siap wat aksi nak terbang lagi.
Tak puas hati lagi, masuk fitting room pulak. Aku pulak jadi penasihat fesyen pada hari itu. Kopak lagi beg duit en.Naza. Tapi berbaloi la sebab memang da lama cari jaket ni. Dari JJ Bukit Tinggi, Uptown Shah Alam sampai ke OU baru la jumpa. Akhirnya..
En.Naza da banyak kali tanya aku x nak beli pape ke. Aku jawab aku nak beli purse je tapi tak jumpa-jumpa yang berkenan. So i end up just belikan mak aku punya purse kat butik Esprit. Da habis shopping, kaki pun da tak larat nak jalan so jawabnya kena la bertolak balik. Da da.
No comments:
Post a Comment