Thursday, January 28, 2010

Oh My God...!!!

Apa aku tengah buat di hari khamis penuh bermakna ni? memang la penuh bermakna bagi aku seorang sebab aku je yang tak de kelas hari ni antara kami berenam...kawan-kawan aku saat ini tengah sibuk mencari ilmu di kampus UUM...Chayok kawan-kawan semua...heheehe..mungkin ada antara mereka yang mungkin sedang terlentok dengar lecture....

Azam aku sebelum sampai hari Khamis ni ialah untuk menyiapkan semua asignment aku yang banyak tu...walaupun mungkin tak siap sepenuhnya tapi at least setiap satu nya da ada progress yang memberangsangkan...tapi sehingga kini aku masih lagi kat depan laptop mengadap internet...memang la kalau tak xde la entry ni..huhuhu


Antara bahan yang bersepah kat atas meja aku yang nak guna untuk buat assignment...kalau berlonggok buku macam ni, aku ni boleh dikira rajin kah?...

Okey la..meh aku senaraikan apa dia assignment yang diamanahkan oleh lecturer2 kesayangan aku yang masih tergendala....

1) Gender - Tajuk : Gender & Work (group)
2) Penilaian Projek - Kena buat Rancangan perniagaan - suggestion ahli kumpulan ialah nak buat syarikat landskap..(group)
3) Administrative Law - Tajuk : Kebebasan kehakiman - tentang tribunal2 (group)
4) Pentadbiran kewangan - (1) jurnal audit dalaman (individu), (2) perolehan atau belanjawan kerajaan atau syarikat yg ada kaitan dengan kerajaan (group)
5) Pembangunan Tanah - (1) assignment kecil tentang pajakan, lien dan gadaian (individu), (2) pengutipan cukai tanah di Malaysia (group).
6) kaedah Penyelidikan - buat kajian tentang sosiodemografi warga tua (group)

Banyakkan yang aku perlu siapkan....semoga aku selamat siapkan semuanya skali....semoga dipermudahkan....

No comments: