Kami sudah di tipu..Penipuan yang sangat licik...kami bukan tidak cerdik kerana kami adalah siswa siswi di UUM. Tapi kami tetap tertipu oleh organisasi besar ini.. Kami ini tujuannya hanya mahu mencari keperluan...bukan mahu membuat onar tapi kami tertipu juga...Rasa hati sangat membara kerana tujuan utama adalah untuk membelanjakan duit pinjaman yang baru diterima dengan jimat dan cermat tapi kami di tipu. Kami hanya ingin memenuhkan keperluan-keperluan yang masih tidak lengkap tapi niat baik kami ini diambil kesempatan...kami ditipu!!!!!
Aku sangat bengang. Mulanya aku tidak perasan tapi ada seorang pakcik tu tegur aku dan Ina, katanya berhati-hati tapi waktu itu kami pandang remeh sahaja. Pak cik itu bilang katanya dia sudah tertipu...harga yang dipromosikan dan harga yang dibayar di kaunter adalah tidak serupa...aku ditipu kerana aku tidak mengambil berat nasihat itu...wah...sungguh hangat + hangit aku rasa dalam hati bila aku tersedar...
Jumaat yang lepas seperti yang aku ceritakan dalam entry yang lepas, aku dan mereka-mereka yang duduk di sebelah bilik pergi beli belah di Tesco Mergong, Alor Star. Tapi kami ditipu...kononnya ada promosi dan harga baru diletakkan di rak tapi bila urusan pembayaran dibuat, mereka (cashier di kaunter pembayaran) scan the items directly from the kod bar kat plastik barang...so of course la harga asal barangan yang akan keluar maka secara logiknya tiada harga promosi seperti yang ditempelkan pada rak2...sungguh zalim. Ini adalah penipuan licik. Rasa mahu boikot beramai-ramai je...Confirm lepas ini Tesco Mergong akan di bar terus dari senarai tempat membeli-belah kami...kami tidak mahu ditipu lagi...
Aku sangat berharap ada pihak yang alert dan mengambil tindakan...Ini sudah kes menipu pengguna. Aku tau ramai yang sudah terkena kerana kami semua memang da terkena. Aku lebih rela membeli di kedai borong Ah Wang di Changlun daripada membeli kat Tesco penipu itu lagi...
Inilah rupa kuasa jahat itu...
Aku tahu sebagai pengguna aku layak untuk meluahkan ini semua. Secara terang-terangan kami diperkotak-katikkan...Jadi anda semua di luar sana sila berhati-hati dan ambil pengalaman aku dan rakan-rakan ini sebagai iktibar....
2 comments:
TESCO adalah jenama yahudi beb. Tapi dia kan penjenamaan macam francais apa bagai. Org Malaysia beli francais dan bukak di sini. Sah-sah kena tipu dengan Orang Malaysia perangai Yahudi
Yup...aku dah tertipu...tau je lah kat Alor star x de la macam Kuantan...x de banyak kedai yang menarik...huhuhu ketandusan tempat membeli-belah...
Post a Comment