Thursday, January 07, 2010

Program Jalan-Jalan

Setakat hari ini da banyak la program jalan-jalan yang member2 aku kemukakan padahal baru je start semester...diorang ni kalau bab bercerita memang berkobar-kobar..bila time nak pergi jarang2 sangat yang menjadi..ok kat sini aku sebaraikan antara program yang mereka dok bincang :

1) Ke Pulau Langkawi ~ Rancangan Anis dari sem lepas tapi akhirnya tak jadi lepas dikira bajet akan memakan jumlah sebanyak RM300. Anis terus cancel walaupun dari semester lepas lagi dia berkobar-kobar nak pergi.

2) Padang Besar & Alor Star ~ Dah selesai pun pergi...semua orang sempat beli olehh2 dari Padang Besar baru-baru ini...mungkin aku akan pergi semula sebab en.Naza pesan beli lagi jersey yang seperti di bawah ini...murah tau harganya RM28 jer...made in Germany. Sem2 lepas aku pergi cume RM26 maybe da naik harganya...


Cantik kan jerseynya...

3) Hadyaai & Songkhla ~ Nurul, member ko-k aku ajak pergi sebab dia nak cukupkan 10 orang. Setakat ni dia baru ada 4 orang...Katanya lagi ramai lagi bagus...terpaksa ditolak sebab JPA aku tak masuk lagi ditambah pulak aku memang tak de plan pun nak p sana sebab nak jimat2...

4) Hadyaai, Songkhla & Danok ~ Plan dari Zana selepas tengok iklan pergi sana yanng ditampal di papan kenyataan dekat tangga Cinderella kat asrama aku...harga RM65, untuk berjalan, bersantai dan bershopping dari pagi sampai petang...siap ada pemandu pelancong yang fasih berbahasa Melayu lagi...interesting jugak sebab under kelolaan student tapi terpaksa ditolak sebab reason yang sama dengan no (3). Lagipun en.Naza pasti tak bagi aku pergi punya...hehehe

5) Genting Highland ~ Juga cadangan dari Zana selepas Nina bagitahu ada iklan pasal rombongan ke sana untuk 2 hari 2 malam dengan bayaran RM110..Zana n Ina memang teruja nak pergi sebab da lama nak pergi. Aku suggest better diorang pergi tapi aku tak dapat nak pergi la sebab sedang berjimat-cermat..hehehehe tak masuk dalam bajet..

6) Kursus Kahwin ~ Kelolaan Lecturer Muamalat Anis n Anis jugak yang suggest..memang direkomen oleh lecturernya sebab dia kata best dan tak bosan lepas tu hanya sehari je untuk RM60 tapi dari pukul 8 sampai 10mlm...siap ada budak yang pergi 2x lagi kata lecturer Anis tu...Aku tolak jugak walaupun Anis kata pergila lagi sekali sebab best tapi aku meman tak masukkan dalam bajet, lagi pula aku da pergi da kursus kahwin. dah dapat pun sijilnya...Maybe Anis, Zana, Ina n Sufi akan pergi kot....

7) Klang, Banting (Cuti Raya Cina) ~ ha...yang ni memang masuk dalam perancangan aku...Zana n Ina maybe follow sekali...sebab diorang nak p berjalan2 di KL. So nanti sempat la jugak pergi kenduri kahwin kakak Anis dekat Jenjarom, Banting 14 Feb nanti...

Itu lah antara program jalan-jalannya tapi tak dapat la nak pergi semua dek kerana aku ingin merancang perbelanjaan aku semester ni sebab ada kena kumpul duit na berjimat-cermat da dari sekarang..mintak maaf la kawan-kawan yang aku tak dapat join program yang kamu semua cadangkan...Adios.

No comments: