Thursday, January 07, 2010

K.E.B.E.R.K.A.T.A.N.

Selasa lepas aku masuk kelas kaedah penyelidikan untuk pengurusan projek...Lecturer aku Dr. Wan Ibrahim buat intro pasal agama pulak..hehehe kena dengar kuliah subuh pulak pada kelas pertama kami...

Dr aku tu cakap pasal keberkatan...dia buat penyelidikan tentang warga emas masa nak complete phd dia.. Katanya bila melawat ke rumah orang tua, kebanyakkan sekarang bukan lagi dihuni oleh orang tua yang tiada saudara mara atau orang tua yang miskin tapi sekarang yang dihantar ke rumah tersebut ialah orang tuanya yang anaknya berpangkat, siap ada yang keje sebagai diplomat lagi...bila dikaji, dr aku cakap sebenarnya bukanlah salah si anak 100% tapi salah ibu bapa itu sendiri yang masa sihatnya tak menjaga kebajikan ibu bapa mereka sebaiknya.

Katanya lagi, sebuah rumahtangga atau keluarga itu perlu di bina based on KEBERKATAN sebab bila yang satu ni tak ada maka akan banyak la masalah yang akan timbul..bila ada keberkatan maka barulah timbul keharmonian tu...

Didik anak pulak ada 2 kategori...yang pertama ialah pengukuhan. Pengukuhan ni ada 2 iaitu positif dan negatif. Contoh yang positif ialah bila anak buat perkara baik seperti tolong angkat baju ke, buang sampah ke, rajin belajar ke, ibu bapa kena la puji atau bagi hadiah....kalau yang negatif, bila anak buat sesuatu yang opposite kebaikan maka kena la denda atau tegur atau marah supaya diorang tahu mana yang betul dan mana yang salah. Kategori kedua pulak ialah pembiasaan. Contohnya bila kita nak menderma pada peminta sedekah ke, kat tabung masjid ke, kita bagi duit suruh anak yang derma...bila kita selalu buat macam tu n dia dah terbiasa maka amalan menderma tu akan jadi amalan dia...ha tula maksud pembiasaan..

Sesuatu hubungan sosial akan berkekalan kalau ada keseimbangan kos dan benefit bagi individu-individu tersebut. Ada 2 kemungkinan menyebabkan ketidak seimbangan iaitu bagi berlebihan dan bagi kurang. Kata dr aku tu, bagi berlebihan ni macam bila ibu bapa terlalu memanjakan anak mereka sehingga bagi je apa yang anak mahukan...Ibu bapa seperti ini biasanya mengharapkan apabila mereka bagi anak berlebihan, anak akan lebih sayang pada mereka...ni macam perumpamaan Menatang bagai minyak yang penuh la...tapi akhirnya end up anak menjadikan ibu bapa sebagai sumber mereka untuk mendapatkan sesuatu...bila sumber sudah habis dan ibu bapa tidak mampu dan tua maka anak-anak tidak lagi peduli pasal ibu bapa...itu la yang jadi sekarang semakin ramai orang tua di rumah2 orang tua dan kebajikan...

Ha...begitu lah lecture dr aku yang lecturnya hampir 2 jam jugak pada hari tersebut...tapi agak seronok jugaklah dengar sebab banyak input...so sapa yang membaca ni sila jadikan panduan...

No comments: