Wednesday, November 17, 2010

Dendang Perantauan

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua blogger dan seluruh umat islam...
Huhu tahun ni aku  beraya buat pertama kalinya di perantauan....dah lani raya haji aku yang terakhir sebagai seorang anak dara...hahaha memang sambut bujang punya versi la kali ni... orang kata raya tetap raya so walau di mana jua anda berada jangan hilang kan spirit raya tu...maka dengan itu aku n Sufi yang bertapa di Blok E Kolej Bank Rakyat ni mengambil inisiatif untuk buat juadah raya...dah macam raya betul dah sebab start masak pukul 2 pagi n siap masak dalam pukul 4 pagi...pukul 5pagi baru kami tidor...hahaha cnfirm bebudak lain yang ada kat blok aku ni mesti tertanya2 mana la bau rendang tengah2 pagi buta time malam raya...

Bahan2 nak buat rendang...beli kat C-Mart semalan dengan semangatnya kami walaupun terpaksa meredah hujan..
Hasil kerja Sufi...tengah dalam proses menyediakan bahan2 masakan
Ni lah orang kata, bila dah x de baru lah terasa rindu...bila dok berdua masak rendang daging cincang ni mula lah terliur nak makan daging korban...orang kata daging korban ni berkat sebab orang yang elergik makan daging pun, time raya korban ni lah nak bedal daging korban...aku pulak da terasa2 kat tekak ni nak makan daging korban tapi nampaknya tahun ni aku makan daging korban dalam mimpi je lah ...huhu sadisnya....

Rupa rendang aku yang telah siap di masak
Haha disebabkan tidor pukul 5, pukul 7 aku bangun solat Subuh...tupun lepas abah aku call wish Selamat Hari Raya. Lepas tu aku dengan tiada kesedaran siviknya boleh sambung tidor...Sufi lagi lah tak sedar2...pengsan atas katil sebelah...akhirnya kamiend up bangun pukul 11 lebih...siap2 mandi semua barulah makan pagi=tengahari raya...pukul 1.00 tepat barulah perut kami terisi dengan juadah raya hasil tungkus lumus kami malam tadi...

Nasi impit aku yg agak lembik akibat terlebih air..

Mini sosej rebus penambah rasa di tengahari hari raya

Bergedil hasil air tangan Sufi..

Rendang Daging Cincang
Selamat menjamu selera..
Akhirnya kami x de la beraya makan megi je kali ni walaupun raya di Kolej...puas hati n berbaloi2 dapat makan rendang di pagi raya...alhamdulillah ada rezki kami walaupun jauh daripada keluarga...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA... =)


With Loves,

Wednesday, November 10, 2010

Sabun Sri Pengantin

Hari just nak kongsi dengan semua B2B sedikit info...nak perkenalkan Sabun Sri Pengantin yang aku beli ni...baru je sampai hari ni, rasmi pun idak lagi...cuma baru amik2 bau je...

ha..inilah dia sabunnya...
Kalau nak beli, boleh klik kat sini SHOP ANEKA n deal dgn ownernya ya...aku ni tukang promote je... 

Ni adalah antara ayat promo di shop aneka n aku adalah salah sorang yang tertarik..hahaha bukan apa, kalau nakbuat spa x sempat la agaknya sebab pertengahan bulan 12 baru aku habis final, pastu nak siap2kan mana yang patu...awal bulan 2 dah nak langsung so kena pilih cara yang ekonomi dan cepat la nampaknya...

Ayat promo dari laman facebook yang aku copy paste :

SET SPA sabun pengantin 2in1 mengandungi:
1. BODY LULUR + MANGIR WHITENING MILK SOAP
- scrub/mangir dalam bentuk sabun
-diekstrak dari 7 jenis herba
-fungsi merawat parut,cela dan noda pada seluruh badan, menanggal kulit mati, mencegah bau badan, memutih, awet muda, menganjalkan kulit, mencegah kedutan awal, meringankan masalah sesulit dan kulit oren, membantu mereda tekanan.
-Urutan dari butiran skrub herba ini berkesan membantu peredaran darah

2. BODY WHITENING MILK BATH SOAP
- Kesan sama seperti rawatan mandian bunga, mandian susu pengantin, ditambah dengan aura bauan semulajadi , amat sesuai sebagai pengganti mandian susu
-kulit gebu, halus, naik seri, buang aura negative. amat sesuai walaupun anada berkulit sensitif kerana tiada unsur kimia dan bauan kimia.
-Kulit akan Sedap disentuh.


KENAPA MESTI MEMILIH SET RAWATAN INI??????

√EKONOMI – Cuma RM39.90 sebulan
√BERKESAN- olahan warisan melayu, dijamin berkesan dan segar. Kerana harganya yang amat menjimatklan anda tidak perlu risau untuk mulakan seawal 6 bulan, berinspirasikan bahan spa, anda pasti kagum hasilnya.
√MUDAH – hanya guna ketika mandi. Cara penggunaan , dan detail ada dinyatkana dibahagian bawah.
√PELENGKAP -Bagi penggemar spa anda boleh menjarakkan rutin ke spa, selang selikan dgn set ini. Lebih berkesan dan jimat!!


SET PENGANTIN PERTAMA DI MALAYSIA.... BUKAN HANYA UNTUK PENGANTIN TETAPI ADALAH BERITA BAIK UNTUK SEMUA WANITA.... UNTUK MEMILKI KULIT SEHALUS SUTERA, SEPUTIH KAPAS DAN SEGEBU ARTIS POPULAR...

Amacam? best x? hehe actually sabun ni x de la khas untuk bakal pengantin aje...untuk anak2 dara n mak2 dara yang nak menjaga kulit pun boleh n nak sentiasa segar dan harum tanpa sebarang parut pun boleh lah mencuba...so sapa yang berminat sila klik pada link yang aku dah bagi kat atas tadi yerk...


With Loves,