Friday, April 29, 2011

Jom Balik Kampung

Aku n en.suami balik kampung lg minggu sudah...kebetulan banyak yang nak disetelkan berkaitan dengan motor peninggalan arwah bapa mertua aku... dah masuk amanah raya so banyak la nak disetelkan...2 hari jugakkitorang dok berulang ke amanah raya n jpj..so kamu2 semua sila la buat penama kedua bagi apa sahaja harta yang kamu semua punya sebab nanti kemudian hari x perlu lah nak menapak ke amanah raya...jenuh weh nak setelkan...siap kena pergi kt RTM Terengganu lagi sebab nak dapatkan surat pelepasan kenderaan sebab ulu arwah bapa mertuaku tu keje kat RTM...mujurlah ada cc yang kitorang nak dapatkan surat tu en.Naza kenal so leh la dapat hari tu jugak....
Kebetulan lagi on the way balik Terengganu tu singgah umah mak aku kat Kuantan sebabnya Rini kucing aku tu nak mengawan...tepat pada masanya, mujur memang nak balik kampung...hehe sebab kat umah aku tu ada 4 ekor kucing jantan yang gagah perkasa...hahaha...so lepas tinggalkan rini kat Kuantan kitrorang gerak ke Terengganu...

Reason ke3 kepulangan kami ialah sebab en.Naza si pemancing tegar ni dah gian nak mancing dek mendengar kawan2nya yang dapat hasil berganda...huhu tapi time kitorang balik tu Bulan terang so menurut mak mertua ku time bulan terang x banyak hasil laut...so tidak lah mendapat hasilnya....kesian en.Naza aku...xpe2 nanti cuba lain kali yer...

Sila enjoy pics pemancing tegar di bawah....

Pemandangan pantai di Batu Rakit

Nak balik Banting dah....

With Loves,

Thursday, April 21, 2011

HABBATUS SAUDA' SOFTGEL

“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini, (Ibn ‘Atiq) kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam (maut)” Al-Bukhari

Berikut adalah antara kegunaan-kegunaan tradisi Habbatus Sauda’ :


1.        Batuk yang kronik, batuk kokol, selsema yang sudah lama
2.        Resdung (sinustis)
3.        Lelah/sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma
4.        Sakit jantung dan darah gemuruh
5.        Darah tinggi (hypertension)
6.        Luka-luka di hati (cirrhosis of liver)
7.        Batu hempedu, batu karang
8.        Sakit buah pinggang
9.        Gout
10.     Kencing manis
11.     Luka-luka dalam mulut
12.     Sakit tengkuk
13.     Tonlilitis, gusi berdarah, mulut berbau
14.     Gastrik, luka-luka dalam perut
15.     Sakit gigi
16.     Buasir, masalah penghadaman
17.     Alahan gatal-gatal
18.     Cacing, parasit
19.     Migraine, masalah insomnia
20.     Selepas bersalin (menambah susu ibu)
21.     Awet muda dan menegangkan kulit
22.     Mencantikkan kulit dan kuku
23.     Maslaah kesuburan perempuan
24.     Senggugut
25.     Masalah tenaga batin lelaki dan perempuan
26.     Masalah kemandulan
27.     **Sesuai untuk ibu yang sedang mengandung dan boleh dimakan ketika period

Tindakbalas Habbatus Sauda’ – Kemungkinan Sebab/Punca

1.        Berikut adalah senarai beberapa tindakbalas awal yang mungkin berlaku semasa mula-mula mengambil Habbatus Sauda’ kerana sebenarnya anda mengalami penyakit2 tersebut, tetapi tidak perasan dan tidak pernah sedar bahawa anda sedang mengalami masalah tersebut sepertimana yang tersenarai di bawah :
2.        Jika anda mengalami kesan tindakbalas awal ini, jangan panik & takut, teruskan mengambil softgel tersebut sehingga anda pulih. Antara tindakbalas yang mungkin berlaku dan puncanya :
3.        Muntah (punca: Masalah sistem penghadaman)
4.        Demam (punca: masalah usus kecil/besar)
5.        Pening/sakit kepala (pinca:migrain/mslah mata…rabun jauh/dekat & silau)
6.        Najis berdarah (punca:masalah lubang dubur & buasir)
7.        Cirit-birit/kekerapan buang air besar (punca: masalah limpa/hati)
8.        Berpeluh (punca:pengeluaran haba dalam badan)
9.        Sengal bahagian sendi (punca:masalah urat darah & reaksi kelebihan asid uric)
10.     Sakit pinggang (punca:masalah buah pinggang)
11.     Sakit tekak/kerongkong (punca:masalah paru2)
12.     Kencing berbau / kencing dgn kerap (punca:masalah buah pinggang)
13.     Kencing manis bertambah (punca:masalah hatidan pankreas)
14.     Pengeluaran haid berlebihan (punca:proses perubahan hormon dan masalah limpa)
15.     Bertambah selera makan (punca:masalah buah pinggang)
16.     Benngkak anggota badan (punca:masalah buah pinggang)
17.     Gatal hidung, telinga,muka, bersin @ selsema (punca:masalah resdung atau alahan)
18.     Tumbuh jerawat lebih daripada biasa (punca:masalah resdung & alahan/darah kotor)
19.     Jangan panik sekiranya mengalami tindakbalas di atas kerana itu menunjukkan Habbatus Sauda’ sedang menjalankan tugasnya untuk mencuci & membersihkan segala kotoran di dlm setiap organ2 kita.
20.     Diharap anda dapat mengamalkan dgn konsisten/teratur, sabar, niat yang terbaik untuk kesihatan anda,doa 7 istikomah kepada Allah…

Cara Penggunaan :

- Mulai dgn Bismillah & selawat serta NIAT, Insyaallah anda akan merasai keberkesanannya
-  Makan sebiji sebelum sarapan dan sebiji sebelum makan malam  


Maklumat lanjut di http://jamboopink.blogspot.com/ 


With Loves,

COLLAGEN - ANE'S LOOK YOUNG


Kejelitaan seseorang wanita bukanlah hanya terletak pada solekan luaran sahaja tetapi kecantikan dari dalaman juga memainkan peranan penting. Ane's Look Young sebagai makanan kesihatan yang membantu wanita merawat dan mengekalkan kecantikan. Terdapat 11 kandungan yang terdapat di dalam Ane's Look Young, antaranya adalah:

Kolagen
* Memelihara kecantikan kulit.
* Membantu mempercepatkan penyembuhan luka.
* Membantu memulihkan keanjalan atau menegangkan otot.

Lobata
* Membantu menganjalkan kulit yang telah melendut.
* Menegang dan menghaluskan kulit.
* Mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit.
* Mengurangkan garis-garis halus di kulit.
* Menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri.
* Menguatkan kuku agar tidak merekah dan menyerpih.
* Kuku akan kelihatan bersinar dan tidak pucat.
* Membentuk dan merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang kurang menyenangkan.
* membantu menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur.
* Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara.
* Sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin.

Madu
* Memulih, menyegar dan menambahkan tenaga.
* Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
* Menambah tenaga batin.

Saffron
* Mencergaskan minda dan menghilangkan keletihan.
* membantu membuang angin yang terkumpul di dalam perut.
* Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
* Awet muda - Kulit menjadi cerah.
* Menambahkan antibodi dan memulihkan tenaga batin wanita.

VCO (Virgin Coconut Oil)
* Anti Virus dan Anti Bakteria.
* Anti Oksida yang kuat.
* Pemangkin metabolisma badan.
* Asid Laurik yang tinggi (Khasiatnya sama seperti di dalam susu ibu).

Habbatus Sawda'
* Penawar segala penyakit kecuali mati.

Ekstrak Kacip Fatimah
* Mengatasi masalah haid.
* Sangat baik untuk wanita selepas bersalin.

Ekstrak Manjakani
* Menyembuhkan luka dalaman.
* Baik untuk wanita selepas bersalin.
* Melicinkan dan memelihara kulit.

Temulawak
* Mencegah dan pemangkin segala penyakit.
* Agen pencegah penuaan.

Garam Bukit
* Mengimbangkan tekanan darah dalam badan.
* Baik untuk tulang kerana mempunyai kalsium yang tinggi.



Serapat
* Menegangkan payudara.
* Menegangkan dan mencantikkan kulit.
* Memperbaiki dan menegang tisu faraj.

Antara kelebihan-kelebihan Ane's Look Young
  

Membantu menganjalkan, menegangkan, menghaluskan dan mencerahkan kulit
Kuku akan kelihatan lebih bersinar
Menganjalkan payudara dan punggung
Membantu hubungan suami isteri
Kaya dengan vitamin dan garam galian
Membantu dan memulihkan tenaga batin wanita
Memberi tenaga dan kesihatan badan
Membuang angin didalam badan
Meningkatkan keindahan wajah
Sesuai untuk semua golongan wanita termasuk remaja
Membantu melangsingkan badan

Maklumat lanjut sila klik http://jamboopink.blogspot.com/

With Loves,

Tuesday, April 19, 2011

CONTEST MATA PALING KEBABOM!

Ya...aku join contest lagi...Kebetulan hari ni aku baru je order 2 pasang contact lense kat fb yang berharga RM20 sepasang...sangat murahkan...

Ini dia banner contest...sila klik untuk link dengan page contest ini..
Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memastikan aku termasuk dalam 2 orang pemenang bertuah contest ini yang akan menerima sepasang contact lense..

(1) Jadi follower blog penganjur contest.
(2) Klik like DI SINI
(3) Buat entry tentang contest n letak sekali gambar yang dipertaruhkan kemudian tinggal link page anda dalam comment entry penganjur
(4) Boleh letak banyak keping gambar dan penganjur akan pilih sekeping gambar terbaik. Tapi syaratnya gambar x leh melebihi paras dada sebab nak fokus pada mata...
(5) Tag 3 rakan blogger ya...
(6) Letak banner di side bar dan link kan ia..
(7) Gambar tu akan di upload DI SINI dan yang dapat most LIKE akan jd pemenang...
(8) Penyertaan BERMULA pada 17 April hingga 17 Mei 2011


 Ya of course aku letak gambar kahwin aku kerana ni la masanya aku pakai contact lense...tapi aku memang nak menjinakkan diri pakai contact lense sekarang..

Aku mau tag : 

With Loves,

Friday, April 01, 2011

Habbatus Sauda

Nak perkenalkan pada blogger semua tentang habbatus sauda yang aku makan.... Memang banyak khasiatnya yang ada disebut oleh Riwayat Bukhari dan Muslim 'Tetaplah kamu dengan Al-habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat segala penyakit kecuali As-Sam (maut).

Habbatus sauda - credit to assauda.com.my
Kat bawah ni la produk yang aku amalkan sekarang sejak bulan Disember 2010 sehingga sekarang. So sekarang ni aku tengah dalam proses membuang segala penyakit dalam badan termasuk pembuangan toksid sebab tu la kat muka aku ada jerawat sebutir.. Kalau bdan banyak toksid lagi banyak jerawat keluar. Actually habbatus sauda soft gel ni bertindakbalas terhadap penyakit dalam badan kita. So lain orang lain lah bentuk pembuangan penyakitnya. Ada orang lepas makan soft gel ni jadi muntah2, period x datang la, rambut gugur la...tapi semuanya tu cume tyindakbalas n pembuangan penyakit. So jangan lah panik kalau kena simptom2 penyakit macam batuk, demam, muntah dan lain2....
credit to assauda.com.my
Menurut Assauda.com "Habbatus Sauda merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa yang singkat tanpa mendatangkan sebarang kesan sampingan. Maka dengan izin Allah S.W.T is adalah amat sesuai untuk mengubati batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama, resdung, lelah atau sesak nafas, terutama pada bronchial ashtma dan Cardiac Ashtma, sakit jantung, darah gemuruh,darah tinggi,luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver), batu hempedu, batu karang, sakit buah pinggang, gout, kencing manis, luka-luka dalam mulut, sakit tengkuk, tonsilitis, gusi berdarah, mulut berbau, pedih di hulu hati, gastrik, luka-luka dalam perut (ulser), kurang penghadaman dan lain-lainnya.

Habbatus Sauda dapat menguatkan antibodi semulajadi yang sedia ada dalam tubuh badan kita, lantas melegakan segala alahan dan gatal-gatal kulit, panau, kudis buta, bisul, jerawat, kelemumur, rambut gugur dan pelbagai jenis penyakit kulit. la juga merupakan sejenis perawatan awet muda. In) kerana ia menguatkan lagi fungsi-fungsi kelenjar dengan mengatasi masalah kelenjar thyroid lemak berlebihan, gemuk menegangkan kulit terutama bahagian muka. Mujarab untuk mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada buah dada dan rahim.Oleh itu is dapat mengatasi masalah sakit puan (Metric, Indimetris dan Ophratis), senggugut, 2 atau 3 kali datang haid sebulan atau tidak langsung datang haid, luka atau tersumbat dalam saluran fallopian atau pada kilang ovari keputihan yang berlebihan dan berbau,buasir dan luka-luka usus kecil (colias).

Bagi mereka yang menghadapi sakit tuan seperti lemah tenaga batin, kurang kesuburan bagi lelaki dan perempuan (pasangan yang belum dianugerahkan cahaya mata) angin ahmar, lumpuh dan sawan, juga jangan ketinggalan dari mencuba herba ini. la juga dapat melegakan kesan buruk dad pada merokok, cacing, kanak-kanak kencing malam, cramp, kurang tidur,sakit kepala, migraine, senak perut, sembelit. la juga amat berkesan selepas pembedahan dan bersalin serta menambahkan susu ibu."

Sejak pakai soft gel ni, berat aku dah turun 2kg. Orang kata kalau berat turun mendadak maka kemungkinan untuk naik mendadak tu memang tinggi jadi bila berat aku makin lama makin turun maka aku makin percaya dengan produk ni...Aku sebenarnya memang amal makan jamu. Sebelum ni aku makan jamu perawatan remaja Mustika Ratu. tapi la ni aku ganti dengan soft gel ni. So aku x de la kekok nak makan menda alah ni setiap hari untuk kekalkan kecantikan dalamn dan luaran buat jangka masa panjang...
credit to assauda.com.my
Sabun Habbatus Sauda
Ha...yang sabun hitam ni dah jadi produk pencuci muka aku dah....aku dah x pakai da pencuci muka yang slalu aku guna dulu. Sebelum ni aku pernah pakai nivea n produk pencuci yang sewaktu dengannya. tapi sekarang ni sabun ni la yang aku dok tenyeh kat muka aku tiap kali aku mandi...dah jadi serasi dah dengan kulit muka aku...Aku percaya untuk dapat kulit yang cantik tu kita kena setia pada produk yang 1 so x da la berlaku kemalangan yang tak sepatutnya kat muka kita bila kita selalu bertukar produk muka. Yang ni murah je RM6.90. dulu2 aku pakai kat muka n seluruh badan tapi disebabkan bajet ciput maka aku pakai kat muka je sekarang n resultnya kulit aku x dala kering lepas mandi walaupun aku tak pakai pelembab....

Pesan aku buat kawan2, amalkan lah makan makanan kesihatan yang akan bagi benefit pada kita di hari2 mendatang. Bukan apa, bila umur semakin meningkat makan hormon2 yang bagus n baik dalam tubuh kita ni akan semakin berkurang. Mungkin sekarang memang tak nampak lagi kesan kekurangan tu tapi akan datang cnfirm korang2 semua menyesal sebab tak amalkan dari zaman muda remaja ni. Aku dah biasa tengok mereka2 yang berumur dari aku sibuk mencari produk kecantikan n suplement. Mula2 tu aku hairan jugak kenapa la diorang ni sibuk sangat nak cari suplement la, collagen la tapi bila mak aku slalu la buat ceramah free kat aku n my sis maka aku tau semua ni penting. Xpercaya korang tanya la kawan2 sekerja yang lebih tua dari kamu...Dalam amalkan pemakanan kesihatan ni kenalah pandai pilih produk n yang penting yakin n amalkan selalu, jangan culas, sebab kalau culas maka x kan nampak hasilnya...

p/s : sape2 yang berminat dengan produk ni boleh hubungi aku ye.......

With Loves,

1 April

Dalam kenangan... Selamat Hari Lahir buat arwah abangku Zulkhairi Bin Yusof...semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan Orang2 yang soleh...Amin.

With Loves,

Part Time Runner

Kerja pertama aku selepas habis belajar selain daripada menjadi surirumah mithali..hehe aku tolong en.Naza jadi runner.. Bukan runner  = pelari tapi runner kereta. En.Naza kena hantar kereta kepada buyer kat Melaka.. Lebih kurang pos laju atau Fedex atau yang sewaktu dengannya cume yang ni lagi cepat sebab x perlu tunggu sehari... 
Inilah kereta yang bertuah yang dipilih oleh buye dari Melaka tu. Honda blue impreza.
 Ni gambar kat workshop. Time ni baru lepas tinted kereta sebelum gerak ke Melaka... Kitorang gerak lebih kurang pukul 7lebih. En.Naza bawak honda ni, aku pulak bawak viva putih tu...mujur la lalu highway sebab aku dah la tak mahir sangat drive sebab jarang2 drive. Actually ni adalah journey aku yang paling jauh pernah aku drive. Sebelum ni paling jauh pun dari UUM ke Kuala Perlis or ke Alor Setar. Bila en.Naza tanya berani x nak bawak aku cakap berani je dengan penuh confiden. padahal gamble aju..hihi bukan apa, kalau x mula 1st step entah bila lah aku nak boleh bawak keta jauh2 kan...
Ni kat stesen minyak Ayer Keroh tengah tunggu buyer sampai
 Kitorang sampai kat Ayer Keroh lebih kurang pukul 9lebih...sampai2 je dok lepak tepi Petronas ni sambil menjamu donut gebu yang aku buat...hehe dua2 kelaparan. Mujur la en. Buyer tu sampai awal so semuanya setel tanpa sebarang masalah... Pastu kami tuju ke kedai makan la pulak...kedai makan Naiman. sedap jugak makan kat situ. Ni pun en.Buyer tu yang tunjukkan...

Suami isteri tengah dating...huhu aku tengok punya la banyak budak2 yang dating kat kedai makan tu... Ish2 blajar lagi dah pandai nak dating2...huhu (jeles sebab masa belajar poli dulu x sempat ak dating pun sebab time tu x couple dengan en.Naza lagi)
gambaran kat Restoran Naiman..ramai jugak pengunjungnya.
 

En.Naza ku
Best betul dapat pengalaman baru...best sebab dapat jalan2 walaupun cuak jugak drive jauh2 dengan kereta manual...kalau auto je memang aku lenjan sampai habis meter...hahaha.. Bagus jugak gamble je macam tu so boleh la aku tau aku ni berani ke tak...tapi mulut tu memang x habis2 la zikir sambil drive mengejar en.naza...hahaha

With Loves,

Donut Gebu

Akhirnya misi aku berjaya. Ni percubaan kedua aku nak buat donut. Sebelum ni buat x jadi sampai membazir tepung aku..huhu. Mujur second time buat jadi n gebu...biasalah aku kan budak baru belajar.

Gebu n sedap tau walaupun rupa ada sikit huduh sebab tangan aku x berseni nak bentuk donut...
Resipi ni aku dapat dari mak cik aku...so sesapa nak try sila lah salin resipi ni yer...

Bahan-bahan : (utk 1kg tepung)
(1) Air suam 1 1/2 cawan
     Susu tepung 2 sudu / susu pekat
     Mauripan segera 1 paket 
     (campurkan semua, mauripan biar kembang 1/2 jam)

(2) Air 1 cawan (gelegak)
     Gula 1 cawan / ikut suka
     2 sudu besar marjerin (cairkan)
     Campurkan semua, Biarkan suam

(3) Campurkan bahan (1) dan (2)
      Tambahkan telur 1 biji
      Sedikit garam
      Goreng api perlahan
     

With Loves,