Monday, March 28, 2011

Unta Masak Kicap Lada Hidup

Korang sume pernah makan daging unta? hehe tajuk entry aku tu bukan aku main2 tau...ni real punya.. Nak dijadikan rezki, ari tu dalam bulan 2, kat kampung aku ada buat sembelih unta beramai2. haha jangan x percaya..Rasanya unta2 ni dikira sumbangan daripada siapa aku x tau tapi memang kampung aku n kampung2 berdekatan dengannya dapat... Time kajlis kenduri kahwin aku ari tu pun ada da 2 3 ekor unta yang stanby kat perkarangan masjid...

Ini la dia..nyum nyum sedapnya..
Aku ingat x berpeluang la aku nak makan daging unta ni sebab da nak balik Banting. Kebetulan time aku n en.Naza balik Kuantan 2 3 minggu lepas kami berpeluang makan daging unta ni...tu pun mak aku yang bawak balik dari kampung...dapat la skit dagingnya...hati unta pun mak aku dapat...kata orang hati unta ni bagus untuk ubat penyakit especially siapa2 yang ada lelah...

Yang bestnya hari tu, aku yang tukang masak daging unta tu. aku masak kicap lada hidup..sedap woooo...en.Naza pun suka.. Rasanya macam daging lembu jugak...tapi yang jadi makin sedapnya sebab aku tau aku tengah makan daging unta...susah tu nak dapat kat Malaysia ni... Kalau nak makan lagi nampaknya aku kena pergi wat Umrah atau Haji la nanti baru dapat merasa lagi this rare meat...hehe

With Loves,

Muara Ikan Bakar

Semalam aku pergi ronda2 dengan en.Suami ke Klang...Mula-mula kami tuju ke Pelabuhan Barat..saja je ronda2, pastu kami tuju ke tempat kami dating dolu2 time keje kat Shah Alam iaitu di Pelabuhan Klang... Pastu tak sangka pulak en.Naza ajak makan ikan bakar..kat tempat kamipernah makan besar dengan Rizal n awek dan Lisa n Toyie..haha menggamit nostalgia lampau... Restoran tu namanya Restoren Muara ikan bakar..kat area ni ada satu je restoren ikan bakarnya..

Otw jalan2 cari makan
Pemandangan dari tempat duduk kami..
Restoran ni agak luas jugak la...malam ada orang karaoke..kami pergi petang maka x berkesempatan nak tengok.

Ini dia menu kami...penuh meja tapi makan berdua aje.
 Kat sini aku nak komen la skit...ini berdasarkan ketidakpuasan hati kami menjamu selera di sini..menu kami ialah ikan kachi bakar, sup sayur n kangkung goreng belacan with 2 nasi putih... yang x puas hati nya ialah cara diorang bakar ikan...memang x senonoh sebab sampai terbakar jadi abu daun pisang yang dilapik atas ikan... En.Naza memang hangin la sebab penuh abu daun pisang atas ikan. dia marah sebab katanya abu daun pisang tu sama la seperti karbon boleh sebabkan pencemaran karbon dalam badan kalau kita makan. bahaya tu. 

Pastu lagi yang membuatkan kami x puas hati, ada isi ikan yang bahagian tengah sebesar telapak tangan aku ni yang masih x masak. Nampak sangat diorang bakar dengan api kuat sampai penuh abu daun pisang pun isi ikan x masak jugak.. Komen aku dan nasihat aku pada blogger yang nak makan ikan bakar kat sini, rentikan lah niat kamu...memang x best... Honestly, selepas 3 tahun aku kembali semula kat restoran ni, x da satu pun perubahan yang berlaku..huhu nampak sangat ketidakmajuan restoran ni...better aku makan kat Kuala Perlis dulu, walau pun gerai kecik je dekat dengan Jeti Kuala Perlis tapi kualiti makanan memang marvelous la...
Pemandangan kat pantai berhampiran restoran...alamak, kualiti gambar memang x best..huhu
Sunset at Port Klang

With Loves,

Edisi Khas : Belakang Tabir 05022011

Ini merupakan edisi khas belakang tabir ya...Kredit to Abg Lin, my sepupu untuk gambar2 kat bawah ni ya... akhirnya ada jugak gambar belakang tabir di hari kejadian 05022011...Aku memang nak gambar belakang tabir macam ni tapi x kan la pengantin nak ke hulu ke hilir kat tempat orang memasak untuk amik gambar...huhu luckily abg lin aku amik gambr2 ni semua...

Gambar time malam kenduri...
Edisi melapah daging beramai2...
Daging kerbau n lembu.
Ni geng pulut kuning yang diketuai oleh mak ngah aku yang berbaju kelabu tu
Keadaan bangsal di pagi hari Kenduri
Para periuk belanga dah beratur menunggu giliran untuk dipanaskan
Ini geng memproses ayam
Rajin betul anak2 dara ni membersihkan ayam...bagus2, praktis ye cara nak masak..nanti nak kahwin mudah skit..

Para menantu Che Ngah (tokki aku) sedang gigih memotong sayur n buah...ha macam ni la menantu mithali..hehehe
Kenduri dah start da...
Geng Tuan Rumah
Geng pengantin tengah santap...
Sebelum ni nye entry gambar kat meja makan gelap..itu pasal aku upload semula gambar ni...
Antara tetamu yang hadir
Mau tau siapa jejaka berbaju biru ini....?
 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ha...ini lah dia bakal abag ipar aku...akhirnya ada jugak pics nya...sebelum ni time akak aku tunang, en.Amin ni main sorok2, malu nak bergambar...kantoi sudah dok berdating denga periuk belanga time kenduri kahwin aku...
Actually aku tunggu cd gambar kahwin aku dari mak andam aku kak nani...hopefully banyak lagi gambar yang menarik leh aku upload bila aku dapat cd tu nanti...


With Loves,

Friday, March 25, 2011

CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL

Sila klik kat banner ni untuk sertai contest ini ya...
Haaa...da lama x sertai contest so once again aku merajinkan diri sertai contest maera ni...Maera ni yang aku perhatikan memang sangat rajin update blog...slalu gak blogwalking kat blog dia... Aku bosan sebenarnya tu yang mencuba nasib masuk contest ni...hehe..

So Maera, below are the pics of me untuk diterjah ya... =)


Aku suka pakai shawl mcm ni sebab senang je nak belit...pastu bahagian lebihnya xkira la panjang ke pendek, leh pinkan kat bahu sebelah...so x perlu nak risau tudung tu nampak selekeh coz memang akan beralun cantik je..kalau shawl tu lembut lagi cantik ia beralun
Ha..style ni pun aku suka sebab kalau shawl keras skit, leh wat stail macam ni je..yang ni pun x amik masa panjang nak pakai...pastu anak tudung lavender ni pun aku paling suka pakai...duua2 gambar aku pakai anak tudung yang sama..anak tudung ni membuatkan pengambilan masa memakai shawl menjadi lebih singkat n sangat sesuai bg yanng bermuka bulat macam aku...pastu aku suka sepit shawl aku yang blink2 tu tapi yang sadisnya aku telah kehilangannya...uwaaaaa  sedih betul =((
 Rakan2 yang aku nak tag ialah :

(sebab diorang ni memang rajin masuk contest2 ni..hehe)

p/s : hopefully aku menang la hendaknya..hehe n lagi best kalau hadiahnya sepit shawl mcm sepit shawl aku yang hilang tu...huhu dimanakah ko sepit..aku memerlukan mu..huuuu



With Loves,

Thursday, March 24, 2011

Bila Kaki Pancing Bertemu...

Ahad lepas, En.Naza keje pagi (ot) n aku pun kena bangun awal sebab my makciks n pakciks mahu buat lawatan sambil belajar ke Banting..hahaha... so aku memang bertungkus lumus mengemas n bersiap sedia untuk masak... punya la awal diorang bertolak, pukul 10.30 dah sampai dari Pandan Indah...yang datang hari tu ialah Achik Ily, Aqil n Pak cik Azam dengan Achik Inah, Pak cik Sani n Iman...walaupun x ramai tapi memang meriah la kejap umah aku dengan hero berdua tu..hehe si iman pulak x habis2 dok menimbang badannya yang 10kg tu kat penimbang digital cosway aku..haha nakal betul.

Ari tu mujur la Naza habis keje awal jugak so sempatla dia belikan lauk untuk masak.. Menu aku hari tu ialah Popia daging, bersama air nescafe..ni menu pagi...jenuh aku pikir mau masak apa then paling mudah wat popia ni..yang tukang gulung Achik2 aku berdua tu la..pastu menu tengahari lak simple2 je...aku masak nasi with kari ayam, sayur campur, budu+tempoyak, cencaru goreng n ikan masin...nyum nyum tapi terlupa nak snap gambar..

Lepas zohor, para kaki pancing da siap sedia da dengan pancing masing2. dah bertemu tiga kaki pancing, pakcik azam, pak cik sani n en.Naza aku..huhu x habis2 cite pasal mancing... kami gerak pergi kolam pancing berbayar around pukul 3 lebih kat Jugra...aku pun first time sampai sini....

Kaki pancing menunjukkan skill

Penuh semangat waja..haha

view kat kolam pancing tu...kolam ni letaknya dekat je dengan Sungai Langat n terletak kat dalam Kampung...

hhoho nampak sangat tengah kelaparan...


Achik ili sekeluarga...Pakcik azam siap tertido dok menunggu ikan makan....
hampirpukul 6 jugak la kitorang dok kat kolam mancing tu...aku pun sampai tersengguk2 jugak..lepas tu kami terus p ke Kilang krepek sebab achik2 aku ni nak borong kerepek...habis selesai beli belah krepek diorang beransur pulang...x sangka seharian diorang dok melepak kat Banting...Lain kali kalau nak borong kerepek cnfirm diorang datang sini lagi... Thanks la buat mereka sebab datang memeriahkan rumah aku seharian...

With Loves,

Thursday, March 17, 2011

Nyum nyummm

Some of my home made food..hehe simple je untuk makan tengahari...saje je wat entry ni..., da lama pulak rasanya aku x wat entry makan2...slalu masak aku x sempat nak snap...

Ohooo, jangan salah faham...ni bukan menu makan pagi ye...ini menu makan tengahari...disebabkan en.Naza x rasa nak makan nasi so aku pun wat la makanan di atas ni..simple je asal kenyang...
Pengedil. daging burger, salad n telur makan with roti

Ha..yang ni pun menu makan tengahari...same with above reason, en.Naza x nak makan nasi so aku wat popia daging..hehe mudah je keje aku, x yah susah2 masak nasi...slalu malam baru makan berat skit...
Yang ni baru la menu makan malam...tapi yang ni special skit sebab yang ni en.Naza yang masak...
Hash potato, salad with cheese n daging cincang dengan sos lada hitam..
Nanti lain kali aku upload banyak2 lagi gambar...la ni kamera aku masuk wad sebab tu x banyak gambar aku upload...

With Loves,

Kalumpang Resort - 27022011

For the first time i got chance to join in a trip tu air terjun bawah kelolaan unit vektor en.Naza...walaupun nerves coz will be meeting peoples that i dont familiar with...tapi lumrah la...mana2 kita pergi pun kita akan jumpa orang baru....aku memang agak kekok dengan kwan 2 baru but i am trying my best to improve my communication skill so this is a good opportunity...and gladly all went well with the trip n enjoy it so much...

Kami berkumpul di Pejabat Kesihatan Kuala Langat sementara menunggu ketibaab yang lain...sampai kat Kalumpang lebih kurang pukul 2 la jugak sebab bertolak agak lewat...Kalumpang ni actually dah kat sempadan Selangor n Perak...very near tu Tanjong Malim...Kat sini sebenarnya tanahy persendirian...n what i like about Kalumpang ialah facilitiesnya yang lengkap.. ada chalet, ada camping site betul2 mengadap air terjun...siap bukak pintu khemah dah boleh terjun dalam air terus...walaupun air terjunnya x da la panjang sangat tapi cantik n bersih, itu yang penting. pastu ada restoren, ada mini zoo jugak sebab ada beberapa jenis binatang macam kera, itik, merak n lain2 yang diorang keep dalam sangkar...

Kalau yang datang semata2 nak mandi n berkelah, bayaran masuk dikenakan bagi dewasa kalau x silap aku dalam RM10 n kanak2 RM5...n aku memang suggest la korang pergi whether with family trip or member2 sebab kira orite la tempat ni...Actually ni ialah tempat perkelahan air terjun yang pertama yang aku pergi yang ada semua facilities macam tu n berbayar...so kebajikan terjaga la kiranya...

Aku pun kurang pasti siapakah nama jejaka pemalu ni...tapi yang pasti en.Naza sempatla beramah mesra dengan dia
Ni la tempat aku nginap...tapi yang ni kira macam dorm la sebab ada katil double decker 4 biji.so sebilik boleh masuk 8 orang dengan bayaran RM180.. yang ni with aircond...ada banyak lagi bilik untuk yang datang dengan family pun ada...
Ni la rupa air terjunnya...ada tempat cetek n tempat dalam...so puas hati la mandi manda
En.Naza menunjukkan aksinya
Dengan Kak Khainun n Iqhwan...baru berkenalan dengan diorang pada hari tersebut...

Malam ada buat bbq...makan ayam bakar, ikan bakar, jagung bakar dengan nasi impit kuah kacang..
With him..dah macam budak2 da suami aku ni...sejuk la tu sebab lemak kat badan kurang..hahaha
Amboi...sukanya dia...

Ayam bakar besttt
Semua gambar kat atas ni kredit tu Kak Khainun...aku amik kat fb dia...aku tak amik gambar pun pada hari tersebut sebab excited nak mandi air terjun...hehehe


With Loves,