Wednesday, November 17, 2010

Dendang Perantauan

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua blogger dan seluruh umat islam...
Huhu tahun ni aku  beraya buat pertama kalinya di perantauan....dah lani raya haji aku yang terakhir sebagai seorang anak dara...hahaha memang sambut bujang punya versi la kali ni... orang kata raya tetap raya so walau di mana jua anda berada jangan hilang kan spirit raya tu...maka dengan itu aku n Sufi yang bertapa di Blok E Kolej Bank Rakyat ni mengambil inisiatif untuk buat juadah raya...dah macam raya betul dah sebab start masak pukul 2 pagi n siap masak dalam pukul 4 pagi...pukul 5pagi baru kami tidor...hahaha cnfirm bebudak lain yang ada kat blok aku ni mesti tertanya2 mana la bau rendang tengah2 pagi buta time malam raya...

Bahan2 nak buat rendang...beli kat C-Mart semalan dengan semangatnya kami walaupun terpaksa meredah hujan..
Hasil kerja Sufi...tengah dalam proses menyediakan bahan2 masakan
Ni lah orang kata, bila dah x de baru lah terasa rindu...bila dok berdua masak rendang daging cincang ni mula lah terliur nak makan daging korban...orang kata daging korban ni berkat sebab orang yang elergik makan daging pun, time raya korban ni lah nak bedal daging korban...aku pulak da terasa2 kat tekak ni nak makan daging korban tapi nampaknya tahun ni aku makan daging korban dalam mimpi je lah ...huhu sadisnya....

Rupa rendang aku yang telah siap di masak
Haha disebabkan tidor pukul 5, pukul 7 aku bangun solat Subuh...tupun lepas abah aku call wish Selamat Hari Raya. Lepas tu aku dengan tiada kesedaran siviknya boleh sambung tidor...Sufi lagi lah tak sedar2...pengsan atas katil sebelah...akhirnya kamiend up bangun pukul 11 lebih...siap2 mandi semua barulah makan pagi=tengahari raya...pukul 1.00 tepat barulah perut kami terisi dengan juadah raya hasil tungkus lumus kami malam tadi...

Nasi impit aku yg agak lembik akibat terlebih air..

Mini sosej rebus penambah rasa di tengahari hari raya

Bergedil hasil air tangan Sufi..

Rendang Daging Cincang
Selamat menjamu selera..
Akhirnya kami x de la beraya makan megi je kali ni walaupun raya di Kolej...puas hati n berbaloi2 dapat makan rendang di pagi raya...alhamdulillah ada rezki kami walaupun jauh daripada keluarga...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA... =)


With Loves,

4 comments:

Neko D. 13 said...

huhu saye pon dendang perantau jugak...hahaha! Salam aidiladha :)

a.m.n.i.n.a said...

menyelerakan laaaaaa! aku nak juge.uhuk

KePOchi LaTTe said...

neko : salam aidiladha
nina : ni makanan tangkap muat la..hehe

julaili said...

hehehe...nice project..