Thursday, January 28, 2010

Oh My God...!!!

Apa aku tengah buat di hari khamis penuh bermakna ni? memang la penuh bermakna bagi aku seorang sebab aku je yang tak de kelas hari ni antara kami berenam...kawan-kawan aku saat ini tengah sibuk mencari ilmu di kampus UUM...Chayok kawan-kawan semua...heheehe..mungkin ada antara mereka yang mungkin sedang terlentok dengar lecture....

Azam aku sebelum sampai hari Khamis ni ialah untuk menyiapkan semua asignment aku yang banyak tu...walaupun mungkin tak siap sepenuhnya tapi at least setiap satu nya da ada progress yang memberangsangkan...tapi sehingga kini aku masih lagi kat depan laptop mengadap internet...memang la kalau tak xde la entry ni..huhuhu


Antara bahan yang bersepah kat atas meja aku yang nak guna untuk buat assignment...kalau berlonggok buku macam ni, aku ni boleh dikira rajin kah?...

Okey la..meh aku senaraikan apa dia assignment yang diamanahkan oleh lecturer2 kesayangan aku yang masih tergendala....

1) Gender - Tajuk : Gender & Work (group)
2) Penilaian Projek - Kena buat Rancangan perniagaan - suggestion ahli kumpulan ialah nak buat syarikat landskap..(group)
3) Administrative Law - Tajuk : Kebebasan kehakiman - tentang tribunal2 (group)
4) Pentadbiran kewangan - (1) jurnal audit dalaman (individu), (2) perolehan atau belanjawan kerajaan atau syarikat yg ada kaitan dengan kerajaan (group)
5) Pembangunan Tanah - (1) assignment kecil tentang pajakan, lien dan gadaian (individu), (2) pengutipan cukai tanah di Malaysia (group).
6) kaedah Penyelidikan - buat kajian tentang sosiodemografi warga tua (group)

Banyakkan yang aku perlu siapkan....semoga aku selamat siapkan semuanya skali....semoga dipermudahkan....

Sesi Santai Berkumpulan

22/01/2010
Akhirnya hari yang dinanti tiba selepas di postpone seminggu dari tarikh sebenar...kami akhirnya berpeluang untuk bersantai di Hutan Lipur Puncak Janing. Actually, ni kawan-kawan aku la ni yang beria nak pergi berpicnic..aku ikutkan je sebab ada di antara kitorang ni da semester akhir jadi nak bersantai katanya...

Plan punya plan kami pun siapkan la apa yang nak dibawak...ni baru pertama kali nak pergi berpicnic jd kami semua cadang masak sendiri...dan menu kami hari tu ialah Nugget goreng, chicken fingers goreng, keropok, mi siput n spagetti tom yam...n untuk sarapan ialah jemput2 segera adabi serta roti n telur hancus...memang sangat penat la masak memasak tu sume...belum sampai air terjun pun da letih badan da....huhuhu

 

 
Ni antara menu yang kami sediakan...acara menggoreng ni da siap time malamnya lagi...


Da siap da...kena bangun awal sebab nak gerak pukul 9am...sempoi aje pegi sebab nanti da sampai terus nak mandi aje...da siap2 pakai track da...

 
 
Acara persiapan terakhir bersama kereta yang ditempah...time ni da nak gerak da...kami p dengan 2 kereta kancil ni sebab ada 7 orang semuanya...

 
  Wah santainya...harapmaklum...ni bukan Puncak Janing ye..huhuhu kami masih di area Sintok sebab tersadai...tengah tunggu bas....masing2 masih lagi boleh tersenyum tawar...mungkin pagi tadi semua minum air tanpa gula agaknya...hahaha

 
Nina sempat lagi bagi peace walaupun kereta kami tersadai kat tepi jalan...hahaha kereta tu sebenarnya kehabisan minyak sebab tu la tersadai kat bustop....kuang kuang kuang...
Waktu ni sebenarnya tengah tunggu kereta kancil merah yang lagi satu datang bawak minyak penyelamat...nasib baik la habis minyak time nak p isi minyak kat Changlun..buatnya habis minyak time dalam perjalanan tak ke haru kami semua...

 
Bergambar sambil menunggu penyelamat kami...
 
Owh...ini penyelamat kedua...penyelamat pertama datang bawak botol minyak..penyelamat kedua tolong isikan minyak n hidupkan enjin...ni memang sanngat kebetulan la...yang isi minyak ni sebenarnya scandal roomate aku, ina..kebetulan dia buat penghantaran ke Kuala Perlis ternampak kitorang tersadai kat tepi jalan...hahaha belum pape da kena diselamatkan...

 
 ha.... semua da kembali bersemangat da lepas kereta kami da hidup semula...Thanks to keta kancil merah (anis, zana n ayu) and to shah....


Kami lalu jalan kampung di Changlung...ikut signboard Kuala Nerang

 Tenang je lalu jalan ni...cantik pulak tu suasananya..

 
 Hampir sejam jugak baru la kami jumpa papan tanda ni...fuhh jauh jugak la...jenuh nak boleh sampai...
Time sampai tu x de ramai orang pun..kiranya kami kumpulan pertama yang sampai....tapi ada da kedai bukak tapi memang tak banyak kedai pun...sebuah dua je..

 
Tengah dok mengangkut barang nak mencari port yang best...

 
Ha...yang bulatan merah tu la port kami....mula nak dok kat pondok yang disediakan tapi x jadi sebab jauh dari air...kalau dekat senang sikit nak pantau barang2 kami...air terjun kat sini tak la besar sangat...port kami pilih tu kiranya yang atas jugak tapi still dekat dengan tempat kami park kereta...

ooopsss gambar santai, mandi manda kami memang aku tak upload la...sebab bukan untuk tontonan umum...lebih kurang pukul 2 pm kami da gerak da dari air terjun ni...mandi lama2 pun x best sebab badan sume da letih...time kami da nak siap tu baru la ramai keluarga2 yang datang nak mandi manda...nasib la kami da siap...

 
Tengah berkemas2 nak gerak ke destinasi lain...
Oleh kerana kami sewa kereta sampai pukul 5 jadi kami gerak p Alor Star Mall dulu sebab ada yang nak beli barang n nak mennghabis kan masa menyewa kereta...tak beli barang sangat pun sebab memang tak plan pun....


Gambar kami di Alor STar Mall...sambil tunggu mereka yang lain beli perfume...

What a day..penat tapi best jugak picnic sebab jarang2 picnic...tapi memang sangat penat sebab banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum p bersuka-ria...da sakit lengan2 n badan aku sebab mengangkut barang...lepas ni kalau nak picnic lagi memang kitorang akan tapau aje makana...tak sanggup da nak masak2 ni...letih wooo...tu pun kalau ada lagi la plan p picnic...tapi mungkin tidak...hahahaha

Socialize your wife



Selasa lepas aku masuk kelas kaedah penyelidikan...Dr aku bagi sedikit pesanan kepada mereka-mereka yang mahu berkahwin dengan gadis-gadis daripada Kelantan...kepada warga Kelantan, jangan tersinggung atau merajuk hati, ini hanyalah pandangan daripada seorang individu yang mungkin membuat kesimpulan ini berdasarkan pemerhatian beliau dan atas dasar lain orang lain pengalamannya..

Pesanan prof aku adalah...he said that every guy who wants to marry gadis Klate or have intention to do so must socialize them...ini kerana menurut Dr aku ini, kebanyakkan perempuan Kelantan ini rapat dengan keluarga...maka bila keadaannya begitu, mereka akan kerap pulang ke kampung maka kemungkinan setiap kali balik raya atau cuti mereka akan balik berkumpul di Kelantan...maka bagi para suami mungkin kebarangkalian untuk pulang ke kampung sendiri akan berkurang...

Dr aku kata...rapat dengan keluarga itu sesuatu yang bagus tetapi bila kita dah berkahwin maka sifat give and take itu sangat penting...berkahwin bukan bermakna kita berkahwin dengan lelaki atau perempuan itu sahaja tapi bermakna kita juga berkhawin dengan keluarga mereka sekali...

Dr aku kata  lagi, ini hanya sekadar sebuah nasihat...aku pun x sure kenapa topik itu yang dibincangkan sebagai seling.an..mungkin kerana terdapat ramai pelajar Kelantan dalam kelas aku agaknya..tapi memang tak dinafikan warga Kelantan ni memang ramai...So u guys kat luar sana, pandai2 la anda membuat pilihan...apa2 pun, Jodoh itu ketentuan Tuhan...tapi kita juga perlu berusaha untuk jodoh kita.....

Wednesday, January 27, 2010

Fokus

Mata melihat
Telinga mendengar
Tangan menulis
Kepala berfikir apa yang diajar/fikirkan

Aku dan rakan2 yang lain di sound secara halus oleh lecturer supaya memberi fokus dalam kelas....kami ini bukan tidak fokus...mungkin kerana personaliti lecturer itu atau suaranya yang lantang atau cara pengajarannya yang jelas lagi clear membuat kan kami ada sedikit gabra dan membuat kami sedikit gugup...mungkin...hahahaha mesti la gabra sebab takut2 disoal...even apa maksud spss yang simple itu juga kami tidak boleh ingat padahal dah diajar minggu lepas...
hahahaha macam kena ribut taufan pulak bila masuk lab computer untuk sesi tutorial spss minggu ini sebab dikejutkan dengan kehadiran lecturer itu...sebenarnya dia hanyalah buat demo je untuk tutor kami cara pengajaran yang berkesan...fuh...lega kami dengar sebab minggu depan tidak lagi ketemu dia...but i admit that his teaching was good coz even dalam gabra pun kami masih dapat menangkap maksud pengajarannya dengan jelas dalam waktu pengajaran ytang singkat itu...sejam pun rasa cepat je masa berlalu...

Monday, January 25, 2010

You're Beautiful


Source : Google

Title : Minami Shineyo / You're beautiful / He's Beautiful / You're Handsome
Genre : Romance, comedy
Episode : 16
Broadcast Network : SBS

Cast :
A.N.JELL
 [1] Jang Geun Suk as Hwang Tae Kyung
[2] Park Shin Hye as Go Mi Nam (male) /  Go Mi Nyu (female)
[3] Lee Hong Ki as Kang On Yu / Jeremy
[4] Jung Yong Hwa as Kang Shin Woo

Sinopsis :
Drama berkisar tentang grup A.N.JELL yang sedang dalam pencarian ahli grup baru dan Go MiNam telah terpilih namun malangnya dia menngalami kecederaan jadi adik perempuan kembarnya Go Mi Nyu terpaksa menggantikan tempatnya menyamar jadi ahli baru kumpulan A.N.JELL.... Jalan cerita sangat menarik disamping lagu2 yang memang best...Gelagat ketua kumpulan Tae Kyung yang sentiasa berlagak macho tetapi ala2 kebudakan bila selalu je menghadapi masalah dengan Go Mi Nam ahli baru A.N.JELL...Percintaan mereka juga sangat komedi...patut tonton...tak merugikan kala anda semua memerlukan hibburan di waktu santai hujung minggu...

Hahahaha da macam promote barang da...tapi seriously drama ni memang best...jauh lebih ok dari Coffee Prince...dan yang penting lagu2 diorang memang lagu love story yang jiwang n masyukkk....

Thursday, January 21, 2010

Aktiviti Tanpa Permit

Hohoho...aku buat lagi aktiviti gelap..hahaha sejak2 periuk nasi aku da baik semula dari sakit, memang digunakan sepenuhnya...bersama rakan-rakan seperjuangan aku....tapi ni da wat minggu lepas..aku baru nak upload hari ni sebab aku quite busy lately...cuti banyak pun busy la....


Ha..ini dia resipi terbaru...Nasi Goreng Tomyam Bodo...

Saja je nak test pes tom yam yang aku beli kat Padang Besar..memang mengancam la...


Sebab ini adalah nai goreng bodo so kami pekena dengan tempe goreng sama kentang goreng sama cendawan goreng dari Cafe Kak Mona.(bodo tu sebab nasi goreng kosong je tanpa ada perencah lain seperti udang mahupun ayam-biasalah nasi orang  bujang)

Bila kenyang sume suka hati...

Friday, January 15, 2010

THE SWEETEST SMILE CONTEST

Jom senyum ramai-ramai...




Suka tengok Blog Delisya sebab ada unsur-unsur warna pelangi that i like the mmost...baru la ceria hidup Tuan punya blog dengan yang melawat blog... Mari melawat beramai-ramai...kalau ada yang berkenan boleh la isi borang order..sebab harga shawl n items lain sangat berpatutan...

CONTEST BARU PULAK!!



Mari join contest ini...Cume tampal dan link dan upload gambar...keterangan lanjut klik kat banner di atas ya..


Ni pic yang aku paling suka...muka maintain senyum tapi sebenarnya dua2 tengah kebulur tunggu order sampai untuk buka pose setengah hari kami..hahaha macam budak2 tadika pulak pose tengah hari..Sebenarnya sebab tak makan dari pagi...pukul 2 baru makan..tu yang jadi pose sekerat hari tu...

SNAP VIA MIRROR CONTEST

Jom kita ramai-ramai join contest ni kelolaan Cik Blog...Sape2 yang berminat nak join bboleh klik kat link ini --> SNAP VIA MIRROR CONTEST

Jangan segan-segan jangan malu-malu yer...syaratnya pun senang aje...

1) Copy paste banner contest ke side bar anda kemudian linkkan
2) Follow blog
3) Masukkan blog tersebut dalam bloglist anda
4) Buat entry macam aku buat ni guna tajuk "SNAP VIA MIRROR CONTEST"
5) Upload satu gambar sendiri atau dengan kawan2 dalam entry tersebut yang di'snap' melalui cermin
6) Beri cadangan bernas bagaimana Cik Blog boleh menambahbaikkan blog2 beliau untuk jadi lebih berkualiti dan best
7) Last skali mcm biasa la, tinggal link anda pada comment entry contest tersebut ya...



Aku pakai mirror kecik je dalam keta...Amacam...boleh menang x?heehe

Cadangan :
Saya (uiks...tukar panggilan pulak...hehehhe kita kena berbahasa..tak gitu?) cadangkan Cik Blog tambah lebih banyak gambar dalam entry sebab saya memang suka tengok gambar banyak2 bila blog walking...sebab bila da tengok gambar baru lah teruja nak baca cerita yang dituliskan...Pastu yang blogshop Cik Blog pulak, saya cadangkan supaya harga untuk tiap item di'display'kan supaya yang lalu lalang n singgah kat blogshop tu x tertanya2 berapa harga item yang dijual sebab bila x de harga, minat untuk beli tu jadi akan kurang beberapa peratus...itu sahaja cadangan saya..sekian terima kasih...

Monday, January 11, 2010

Tenggelam Dalam Kemeriahan


Gambar diambil ketika Anugerah Juara Lagu berlangsung..

Aku hanya sempat menonton Anugerah Juara Lagu jam 11 sebaik sahaja habis kelas malam, Pentadbiran Kewangan...Waktu tu cafe Kak Mona dah penuh dengan student2 tak kira lelaki atau perempuan...tapi waktu tu tenggelam dalam kebisingan diorang...ntah apa yang diborakkan..

Aku? sekejap2 makan, sekejap2 lihat ke televisyen yang di atas sana, sekejap2 melayang jauh fikiran... Suara televisyen yang tenggelam atau aku yang tenggelam dalam kegamatan suasana di situ...? Aku juga tak pasti..

p/s : dari tahun lepas aku nantikan kemenangan Aizat..Tahun ini akhirnya menjadi milik dia...He has something in his voice that can make u fly.. (?)

Nekad


 Source : conniewong.vox.com/library/posts/tags/funny/

Nekad ni maksudnya buat sesuatu yang kita tahu akan berisiko slalunya risiko yang memberi impak pada diri kita...Tu apa yang aku faham la...kadang-kadang kita tak tahu bila kita perlu nekad...kadang-kadang kita akan rasa was-was sama ada mahu nekadkan diri atau tidak kerana masih bimbang akan impak risiko yang bakal kita hadapi...

Bila difikirkan, nekad ni boleh jugak disama ertikan dengan membuat keputusan secara terburu-buru tanpa berfikir panjang... Ye ke? Kadang-kadang bila rasa kita perlu lakukan sesuatu untuk kebahagiaan orang lain, mungkin kita boleh nekad. sebab mungkin apa yang kita lakukan tu akan buat orang lain tu berterima kasih dengan kita... Mungkinkah?

Sape2 yang nak menekadkan diri, just jangan sesekali menyesal. Anggap apa yang berlaku if it turn out to be negative or even positive, as a precious experience of yours...Actually apa yang berlaku sebenarnya da tersurat...kita bukan salah menghitung keputusan...cume itu adalah salah satu yang Tuhan nak tunjuk pada kita supaya kita lebih mengerti pada masa hadapan...Just think positive....

p/s : Ini nasihat buat semua especially diri aku sendiri... (*_*)

Juara Lagu 2010

Pergi - Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

Source : http://liriklagump4.blogspot.com

Kau Dan Aku

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Chorus :
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ooohhh.
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh..Ooohhh

Source : http://liriksemualagu.blogspot.com

Friday, January 08, 2010

Nite Feast

Semalam petang sebelum aku pergi makan mee kicap, Anis cakap kat aku :

'Wa, nanti malam kita goreng mee siput dengan buat jomput-jomput ye..' (cakap campuran Jawa)

Jadi malam tadi kami bekwah (bahasa Terengganu bermaksud kenduri) ramai-ramai sediakan menu mee siput yang datang jauh dari Muar..(Mak Sufi yang pos kan..)


Cili kena banyak baru masyuk beb...pedas lagi sedap...campur bawang putih sikit untu penambah perisa n gula sikit..ni, aku yang tukang potong.

 
 Ha...ni kicap yang guna untuk cicah mee siput... Aku n Nina yang godek (kacau - bahasa Jawa).. memang mengancam la...ada 3 orang yang jadi mangsa tergigit lada termasuk aku...tapi mangsa paling kronik ialah Zana...xpe Zana, mcm tu baru la mencabar...hehehe

 
 Ni mee siput ~ menu utama kami...tapi agak keras sebab maklumlah gorengnya guna periuk nasi so minyaknya tak panas sangat..huhuhu nasib baik sume gigi kami keras dan kental...bunyi time mengunyah mee ni bukan main meriah lagi..

 
Bubur Nasi Maggi perisa ayam hasil masakan segera Zana...1 paket kongsi 6 mulut..kami memanh sangat jimat..hahaha.. n air teh dari Cameron Highland hasil buatan aku..

Lepas makan borak2 sampai 2.30am...kebetulan Ayu datang jadi tu yang jadi banyak cerita...Lagi pula esok Jumaat adalah cuti untuk negeri Kedah..Last2 pagi ni x de siapa yang bangun awal kecuali aku...tu pun da pukul 8 lebih...waktu ini, pukul 10 mereka masih enak dibuai mimpi...(Habit biasa bila tibe hari cuti)

Thursday, January 07, 2010

Program Jalan-Jalan

Setakat hari ini da banyak la program jalan-jalan yang member2 aku kemukakan padahal baru je start semester...diorang ni kalau bab bercerita memang berkobar-kobar..bila time nak pergi jarang2 sangat yang menjadi..ok kat sini aku sebaraikan antara program yang mereka dok bincang :

1) Ke Pulau Langkawi ~ Rancangan Anis dari sem lepas tapi akhirnya tak jadi lepas dikira bajet akan memakan jumlah sebanyak RM300. Anis terus cancel walaupun dari semester lepas lagi dia berkobar-kobar nak pergi.

2) Padang Besar & Alor Star ~ Dah selesai pun pergi...semua orang sempat beli olehh2 dari Padang Besar baru-baru ini...mungkin aku akan pergi semula sebab en.Naza pesan beli lagi jersey yang seperti di bawah ini...murah tau harganya RM28 jer...made in Germany. Sem2 lepas aku pergi cume RM26 maybe da naik harganya...


Cantik kan jerseynya...

3) Hadyaai & Songkhla ~ Nurul, member ko-k aku ajak pergi sebab dia nak cukupkan 10 orang. Setakat ni dia baru ada 4 orang...Katanya lagi ramai lagi bagus...terpaksa ditolak sebab JPA aku tak masuk lagi ditambah pulak aku memang tak de plan pun nak p sana sebab nak jimat2...

4) Hadyaai, Songkhla & Danok ~ Plan dari Zana selepas tengok iklan pergi sana yanng ditampal di papan kenyataan dekat tangga Cinderella kat asrama aku...harga RM65, untuk berjalan, bersantai dan bershopping dari pagi sampai petang...siap ada pemandu pelancong yang fasih berbahasa Melayu lagi...interesting jugak sebab under kelolaan student tapi terpaksa ditolak sebab reason yang sama dengan no (3). Lagipun en.Naza pasti tak bagi aku pergi punya...hehehe

5) Genting Highland ~ Juga cadangan dari Zana selepas Nina bagitahu ada iklan pasal rombongan ke sana untuk 2 hari 2 malam dengan bayaran RM110..Zana n Ina memang teruja nak pergi sebab da lama nak pergi. Aku suggest better diorang pergi tapi aku tak dapat nak pergi la sebab sedang berjimat-cermat..hehehehe tak masuk dalam bajet..

6) Kursus Kahwin ~ Kelolaan Lecturer Muamalat Anis n Anis jugak yang suggest..memang direkomen oleh lecturernya sebab dia kata best dan tak bosan lepas tu hanya sehari je untuk RM60 tapi dari pukul 8 sampai 10mlm...siap ada budak yang pergi 2x lagi kata lecturer Anis tu...Aku tolak jugak walaupun Anis kata pergila lagi sekali sebab best tapi aku meman tak masukkan dalam bajet, lagi pula aku da pergi da kursus kahwin. dah dapat pun sijilnya...Maybe Anis, Zana, Ina n Sufi akan pergi kot....

7) Klang, Banting (Cuti Raya Cina) ~ ha...yang ni memang masuk dalam perancangan aku...Zana n Ina maybe follow sekali...sebab diorang nak p berjalan2 di KL. So nanti sempat la jugak pergi kenduri kahwin kakak Anis dekat Jenjarom, Banting 14 Feb nanti...

Itu lah antara program jalan-jalannya tapi tak dapat la nak pergi semua dek kerana aku ingin merancang perbelanjaan aku semester ni sebab ada kena kumpul duit na berjimat-cermat da dari sekarang..mintak maaf la kawan-kawan yang aku tak dapat join program yang kamu semua cadangkan...Adios.

Musim Pelam Rangup

Sekarang musim pelam dah kembali...macam terasa je kat tekak aku ni...aku memang suka pelam yang besar then kulit hijau pastu isi dia kaler putih n ada kuning2 air skit pastu rangup...bila makan ada bunyi krak krak...sedap tau..sangat sedap...slalunya musim nya awal2 tahun...Kalau kat Perlis orang panggil mempelam harum manis sebab bau dia n rasanya yang manis...

Aku teringat smula time awal 2009 dulu aku penah makan mempelam ni 2 biji sorang2 sampai aku sakit-sakit perut...mula2 potong isi dalam mangkuk kononnya nak bagi lakat jiran sebelah wat amal jariah untuk tambah pahala...skali aku punya la ralik mengunyah sampai habis semangkuk...hahahaha padan muka aku sebab lepas tu saakit perut...

aku ingat nanti aku nak p survey la mana la port mempelam ni dijual...aku nak beli lagi n rasa kenikmatannya yang memang terserlah tu...


Setakat macam dalam plastik ni akupejam mata pun dah habis makan...ni aku beli kat cafe Cengkih dekat kelas aku 2 3 ari lepas...time tu aku dok usha je orang lain beli..last2 aku pun beli jugak sebab da terliur sangat..hahaha macam mengidam la pulak kan...

Mee Kicap

Pukul 5 lebih tadi aku, Nina n Sufi turun makan kat Cafe Kak Mona..ni memang waktu makan kami pun...makan2 sambil tengok tv. Hari ni aku teringin makan Mee Hailam yang Sufi n Nina slalu makan...Diorang kata sedap...tapi aku makan tadi rasanya da macam rupanya yang hitam pekat da...rasanya macam kicap aje..aku telan jugak walaupun x sedap ditekak mahupun di mulut..nampaknya malam nanti aku telan mamee monster lagi...hahaha


Cafe tempat aku makan...kami duduk betul2 mengadap kaunter sebab nak tengok tv..yang duduk tu Kak Mona, tuan punya cafe..

Sambil telan mee tu aku da terbayang makanan lain da...buat penambah selere..Sufi pulak kena mee sup tawar...katanya macam makan sup sayur...nasib kami la nampaknya hari ni sebab dapat makanan yang kurang rasa dan terlebih rasa...

Tiba-tiba teringin nak makan kat Secret Recipe...tu la satu2nya tempat yang aku n en.Naza tak pergi menjamu lagi...stakat makan keknya tu da selalu...Kata orang kualitinya bagus jugak...Nampaknya Raya Cina nanti kena p try kat Secret Recipe Banting...hari tu Ayu, Membe Nina dah promote kat aku dah...nanti kita pergi ya en.Naza?

Tipu Lagi...

Aku sudah kena lagi sebenarnya...ditipu lagi...da lama nak wat entry pasal ni tapi aku terlupa sampailah aku ter'pegi' membeli-belah semula kat TESCO tu...hahahha malang nasib aku...

Sebelnarnya sebelum akhir semester lepas, aku ada pesan kat jiran depan bilik aku belikan rice cooker..mana lagi belinya kalau tak kat TESCO..masa tu memang teruja la nak guna periuk nasi ni sebab nak main masak2 dalam bilik...tapi secara haram la...tau je la patutnya kalau duduk asrama mana la boleh bawak barang elektrik ni...

Tapi malangnya tak sampai seminggu n guna tak sampai 5 kali periuk aku tu punah da...huhuhu apinya da tak mahu menyala...merajuk dengan aku agaknya sebab aku bukan guna untuk masak nasi tapi guna masak spageti la...goreng itu ini....membe aku siap masak megi lagi....aku memang frust betul time tu ...

So sebelum balik cuti sem aku mintak tolong roomate aku hantar p Tesco untuk redeem warranty dia...tau tak apa yang jadi...kata mereka, mereka tak handle warranty, kena pegi kat kedai pengedarnya...ayah roomate aku cari punya cari tak jumpa...beberapa hari juga la cari tapi haram nak jumpa...aku rasa macam kena tipu lagi....huhuhu malang sungguh..last2 ayah roomate aku panggil orang dekat rumah dia je yang betul kan...so akhirnya bertemu kembali aku dengan periuk aku tu semester ni...


Dah kembali berfungsi da periuk aku...tadi wat rebus spageti kebetulan hari ni aku tak de kuliah...

Lepas ni aku tak kan menjejak kaki lagi kat Tesco tu...cukuplah dengan pengalaman yang da aku lalui...aku dah semakin cerdik sekarang...

K.E.B.E.R.K.A.T.A.N.

Selasa lepas aku masuk kelas kaedah penyelidikan untuk pengurusan projek...Lecturer aku Dr. Wan Ibrahim buat intro pasal agama pulak..hehehe kena dengar kuliah subuh pulak pada kelas pertama kami...

Dr aku tu cakap pasal keberkatan...dia buat penyelidikan tentang warga emas masa nak complete phd dia.. Katanya bila melawat ke rumah orang tua, kebanyakkan sekarang bukan lagi dihuni oleh orang tua yang tiada saudara mara atau orang tua yang miskin tapi sekarang yang dihantar ke rumah tersebut ialah orang tuanya yang anaknya berpangkat, siap ada yang keje sebagai diplomat lagi...bila dikaji, dr aku cakap sebenarnya bukanlah salah si anak 100% tapi salah ibu bapa itu sendiri yang masa sihatnya tak menjaga kebajikan ibu bapa mereka sebaiknya.

Katanya lagi, sebuah rumahtangga atau keluarga itu perlu di bina based on KEBERKATAN sebab bila yang satu ni tak ada maka akan banyak la masalah yang akan timbul..bila ada keberkatan maka barulah timbul keharmonian tu...

Didik anak pulak ada 2 kategori...yang pertama ialah pengukuhan. Pengukuhan ni ada 2 iaitu positif dan negatif. Contoh yang positif ialah bila anak buat perkara baik seperti tolong angkat baju ke, buang sampah ke, rajin belajar ke, ibu bapa kena la puji atau bagi hadiah....kalau yang negatif, bila anak buat sesuatu yang opposite kebaikan maka kena la denda atau tegur atau marah supaya diorang tahu mana yang betul dan mana yang salah. Kategori kedua pulak ialah pembiasaan. Contohnya bila kita nak menderma pada peminta sedekah ke, kat tabung masjid ke, kita bagi duit suruh anak yang derma...bila kita selalu buat macam tu n dia dah terbiasa maka amalan menderma tu akan jadi amalan dia...ha tula maksud pembiasaan..

Sesuatu hubungan sosial akan berkekalan kalau ada keseimbangan kos dan benefit bagi individu-individu tersebut. Ada 2 kemungkinan menyebabkan ketidak seimbangan iaitu bagi berlebihan dan bagi kurang. Kata dr aku tu, bagi berlebihan ni macam bila ibu bapa terlalu memanjakan anak mereka sehingga bagi je apa yang anak mahukan...Ibu bapa seperti ini biasanya mengharapkan apabila mereka bagi anak berlebihan, anak akan lebih sayang pada mereka...ni macam perumpamaan Menatang bagai minyak yang penuh la...tapi akhirnya end up anak menjadikan ibu bapa sebagai sumber mereka untuk mendapatkan sesuatu...bila sumber sudah habis dan ibu bapa tidak mampu dan tua maka anak-anak tidak lagi peduli pasal ibu bapa...itu la yang jadi sekarang semakin ramai orang tua di rumah2 orang tua dan kebajikan...

Ha...begitu lah lecture dr aku yang lecturnya hampir 2 jam jugak pada hari tersebut...tapi agak seronok jugaklah dengar sebab banyak input...so sapa yang membaca ni sila jadikan panduan...

Wednesday, January 06, 2010

Sherlock Holmes

 

Classification : PG13
Genre : Crime / Mystery
General Release Date : 24 Dec 2009
Running Time : 2 Hours 8 Minutes
Distributor : Warner BROS. Pictures
Cast : Jude Law, Mark Strong, Rachel McAdams, Robert Downey Jr.
Director : Guy Ritchie 

Maaflah terlambat aku buat movie review kali ni...Aku da p tengok cite ni sehari selepas cuti Christmas lagi...aku quite buzy time tu sebab dah nak balik Sintok...Walaupun semasa tanyangan berlangsung en.Naza tidor, ini tak bermakna cerita ni tak best...i can give 4.5 out of 5 stars untuk movie ni. Aku memang minat dengan citer ni sebab dari kecik lagi aku da baca bukunya...memang interesting sangat and logik...

Kali ni ceritanya agak berbeza sebab ada involve pasal ilmu hitam n aku mulanya agak kurang pasti la bagaimana jalan ceritanya sebab setahu aku Sherlock Holmes ni semuanya berdasarkan logik dan teori semata..Pastu part yang best semasa beliau reveal macamana nak tundukkan lawan dengan teknik menyerang pada titik kelemahan pihak lawan macam kat belakang lutut la, dada la...
Watak Adler sangat interesting n untuk pengetahuan semua, Sherlock Holmes ni memang lemah bila berhadapan dengan Adler ni sebab dia memang suka kat perempuan ni n selalu kena tipu.. Pada mulanya aku ingat perempuan ni memang nak ambik kesempatan atas kelemahan Sherlock Holmes ni rupanya segala apa yang dia buat tu ada tujuan...walaupun nampak seperti menipu tetapi rupanya dia nak lindung Sherlock Holmes dari penjahat yang lagi jahat dan licik daripada Blackwood yang main dengan ilmu hitam tu..This is because she loves him....
Watak Dr Watson juga sangat menarik...he cants stop himself dari get involve dengan penyiasatan Sherlock Holmes walaupun dia tengah sibuk untuk kahwin..Akhirnya semua dah terbongkar...rupanya ilmu hitam yang disangkakan wujud hanyalah permainan sains sahaja dan yang dikejar Blackwood adalah kuasa dan yang digunakan untuk mencapai semua tu ialah dengan menggunakan senjata kimia....
A very interesting movie...siapa yang suka tengok Detctive Conan should watch this movie....

Tuesday, January 05, 2010

Pinjam Buku

 
Gambar kat hadapan tangga Cinderella Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM

Semalam hari Isnin aku jadi budak baik...Oleh kerana aku terlalu pandai susun jadual sehingga aku memang totally free hari Isnin n Khamis daripada sebarang kelas kecuali Hari Khamis ada slot dengan mentor aku, jadi aku telah pergi ke library dengan tujuan mahu memborong buku sebelum anyone else grab them...hahahaha aku mahu dapatkan dean's award semula untuk this semester...Actually da 2 kali aku plan nak pergi tapi baru kali ketiga plan menjadi....biasalah tu...kalau ajak shopping cepat je jadi, kalau p library kali ke-3 baru jadi...
Banyak jugak aku borong buku...kira2 adalah dalam 8 buah n hopefully semuanya boleh jadi rujukan aku untuk buat assignment..

Slalunya awal2 semester macam sekarang ni memang semua bersemangat...tapi bila da lama skit ramai la yang lupa tujuan datang belajar...Walaupun aku lalai jugak kadang-kadang tapi aku ingat jugakla tujuan utama aku datang sini adalah untuk belajar maka apa-apa hal yang berkaitan dengan belajar aku tidak lah berkira sangat contohnya seperti beli buku ke, fotostat buku ke, keluar duit untuk assignment ker...sebab aku tau berbaloi je aku melabur kepada ilmu nih...moga-moga kelak aku senang dapat kerja. Amin...

Monday, January 04, 2010

Tagged by Miss Q : About Him

Hohoho...aku suka tagged kali ini... Been tagged by  Miss Q which formerly known before as Mommy Qastalani...The new nick name suit her better...single and available with promotion, buy 1 free 1 junior...
Okeh....i am ready to answer all the questions...

1. First time you met him - when and where?
A day in 2004. In April if i'm not mistaken. Jumpa kat Pantai Teluk Gadong, Dungun Terengganu


Him

2. Love at first sight?
Nope. Love from friendship and trust. Masa jumpa tu kami kawan. He has his own marka that time and i have mine too. It was just two friends met on a blind date. Kami kenal melalui member n berdiskusi melalui sms je for almost 2 years before meeting each other..

3. Who is he when the first time you met him?
A student at Politeknik Dungun Terengganu. Sama la dengan aku. Was my junior at that time actually.

4. How long does it takes for him to ask you out for a date?

Time tu 2005. He is single by that time n not willing to be lonely. Dia kata dia nekad untuk tanya aku sudi atau tidak masa tu..Make him wait awhile before i say yes...It's all becoz i trust him that he can be loyal to me

5. First place dating?

Dekat Kuala Terengganu, Terengganu
 
6. How he proposed?

Da lupa la. But he directly ask me sama ada aku sudi atau tidak. Using sms la of course sebab time tu aku di Pasir Gudang n dia di Kuala Terengganu

7. Special date with him?
Having a lot of sweet memories with him all are special to me...celebrate his birthday at Dataran Shah Alam time midnight, berkelah tengah malam di Stadium Shah Alam, Happy Hour kat Genting, Mancing kat Sea lion and many more n will experience more sweet memories with him in the future hopefully.

8. Changes that he asked you to do?

Berubah dari perangai buruk aku yang suka cakap bukan2, yang suka tidor time sms, yang suka tidak berterus-terang contohnya time pegi shopping dengan dia, aku slalu tak cakap bila aku berkenan dengan something. (hahaha padan muka aku, kalau aku cakap confirm dia belikan)...

9. What is about him that you love so much?
He cares for me so much that is why i know he love me so very much.. Dia ada tahap kejelesan yang tinggi which also means that he love me..He never change his habits sms me all the time he has since 4 years 10 months 3 weeks and 5 days we've been dating...It is rare to find a guy that is not feeling bored to you for such a long period and keep missing u everyday...hohoho i am in love with this guy..

10. What is about him that you wish he would change?
Panas baran dia...but i know he is trying so hard since we r dating coz he show so much improvement since that...and also want him to change his habit yang suka sangat letak tangan kat muka risaukan jerawat dia n tangan mula la dok operasi..puas da aku cakap "kuku tu bisa jangan picit jerawat".

11. You lose your mind and crack your head when he?
Bila gaduh sekali dengan pakej perang sms dengan dia..paling tak suka bila gaduh sebab hati tak tenang..cara nak tenang pun just dengan tidor sepanjang hari...

12. You will smile through your eyes for the whole day when he?
Di saat menanti untuk berjumpa dia...pastu bila dia bagi surprise...and surprise n surprise...pastu bila dia bawak p jalan2...when he said he is happy being with me...when he smile...when he laugh..

13. Complete below sentences"My love towards him is as big as...?
The universe, as hot as the sun, asshining as the full moon...as colorful as the rainbow...



Sila jawab tag di atas bagi empunya nama di bawah...cume ceritakan tentang wife/husband/gf/bf anda...tukarkan aje status di atas kepada him or her.

1. Him - en.Naza 
2. http://sweetboutme.blogspot.com/
3. http://mirakimura.blogspot.com/
4. http://kakiconteng.blogspot.com/
5. http://kakironggeng.blogspot.com/ (anis)
6. http://sikakitulis.blogspot.com/
7. http://kisah-shiela.blogspot.com/
8. http://erynaraisya.blogspot.com/
9. http://akuapeez.blogspot.com/

Biggest Liar!!!

Kami sudah di tipu..Penipuan yang sangat licik...kami bukan tidak cerdik kerana kami adalah siswa siswi di UUM. Tapi kami tetap tertipu oleh organisasi besar ini.. Kami ini tujuannya hanya mahu mencari keperluan...bukan mahu membuat onar tapi kami tertipu juga...Rasa hati sangat membara kerana tujuan utama adalah untuk membelanjakan duit pinjaman yang baru diterima dengan jimat dan cermat tapi kami di tipu. Kami hanya ingin memenuhkan keperluan-keperluan yang masih tidak lengkap tapi niat baik kami ini diambil kesempatan...kami ditipu!!!!!

Aku sangat bengang. Mulanya aku tidak perasan tapi ada seorang pakcik tu tegur aku dan Ina, katanya berhati-hati tapi waktu itu kami pandang remeh sahaja. Pak cik itu bilang katanya dia sudah tertipu...harga yang dipromosikan dan harga yang dibayar di kaunter adalah tidak serupa...aku ditipu kerana aku tidak mengambil berat nasihat itu...wah...sungguh hangat + hangit aku rasa dalam hati bila aku tersedar...

Jumaat yang lepas seperti yang aku ceritakan dalam entry yang lepas, aku dan mereka-mereka yang duduk di sebelah bilik pergi beli belah di Tesco Mergong, Alor Star. Tapi kami ditipu...kononnya ada promosi dan harga baru diletakkan di rak tapi bila urusan pembayaran dibuat, mereka (cashier di kaunter pembayaran) scan the items directly from the kod bar kat plastik barang...so of course la harga asal barangan yang akan keluar maka secara logiknya tiada harga promosi seperti yang ditempelkan pada rak2...sungguh zalim. Ini adalah penipuan licik. Rasa mahu boikot beramai-ramai je...Confirm lepas ini Tesco Mergong akan di bar terus dari senarai tempat membeli-belah kami...kami tidak mahu ditipu lagi...

Aku sangat berharap ada pihak yang alert dan mengambil tindakan...Ini sudah kes menipu pengguna. Aku tau ramai yang sudah terkena kerana kami semua memang da terkena. Aku lebih rela membeli di kedai borong Ah Wang di Changlun daripada membeli kat Tesco penipu itu lagi...


Inilah rupa kuasa jahat itu...

Aku tahu sebagai pengguna aku layak untuk meluahkan ini semua. Secara terang-terangan kami diperkotak-katikkan...Jadi anda semua di luar sana sila berhati-hati dan ambil pengalaman aku dan rakan-rakan ini sebagai iktibar....

Me @ Ladang Tebu Terbesar Di Malaysia

New year 2010 aku n kawan-kawan sambut kat ladang tebu...mana lagi kalau bukan kat Perlis...Kebetulan hari tersebut kami rancang nak p beli barang-barang asas keperluan sempena masuk semester baru. Rancangan nak ke Tesco Mergong tapi ada pulak yang nak singgah Padang Besar sebab nak beli baju. Aku ikutkan aje lagipun bukan aku yang drive.



Aku dan mereka-mereka yang gila berfoto...time ni sempat singgah berhenti kat tepi jalan sebab nak amik gambar kat ladang tebu ni. tapi memang cantik kat sini...rasa macam nak berguling-guling je kat atas rumput yang menghijau tu...


Mereka lagi...

 
My roomate, Ina n I

 
Zana, Aku n Nina. Ni masa kat Padang Besar...isi perut dulu sebelum jalan sebab semua tak breakfast lagi pagi tu...
 
Ina, Sufi n Anis

Kami pekena nasi goreng je time ni sebab Nina la yang sibuk nak pekena Nasi Goreng Tom Yam..hahaha menngidam agaknya....Lagipun dia da sem last so lepas ni confirm payah la nak mai Perlis lagi.. Kat Padang Besar ni sempat la aku beli 3 botol pes tom yam..Da lama nak beli tapi tak berkesempatan... Lepas tu ada jugak aku belikan en.Naza aku Jersey. Kat sini memang ramai peminat bola borong Jersey...harga paling murah aku dapat time tu RM28. Kata kakak yang jual tu, tu la harga paling rendah dia boleh bagi...aku pun x tau la betul ke tidak...Kalau tak betul pun aku jugak yang dapat pahala kan..Lepas setel kat Padang Besar kami gerak p Tesco...agak  jauh jugak la...lebih kurang sejam baru sampai. Rasanya maybe lepas ni tak keluar da p mana2 sebab sem ni aku nak berjimat cermat... \(*o*)/

Friday, January 01, 2010

Macam Tak Percaya

en.Naza : Td mak col cakap pasal kes tanah. Lepas tu mak cakap da boleh da fikir2 n bincang2 pasal hantaran.. 10 bulan tu bukannya lama sangat.
Aku : Eh..? (kaget sebentarbila dengar ayat yang tak disangka)
         pastu abang cakap apa dekat mak?
en.Naza : Abg terkedu kejap pastu iyakan aje cakap mak.
Aku : Mak cakap apa lagi?
en.Naza : Mak cakap dalam 9 dulang da ok da.
Aku : Mak cakap macam tu ek? Hm...ok nanti kita jumpa kita bincang
en.Naza : ok



Tu antara perbualan aku dengan en.Naza beberapa hari sebelum Christmas. Acually agak terkejut bila disuruh pikirkan hal tu semua sebab tak sangka pulak aku tak lama lagi aku akan kahwin walaupun tarikhnya masih bellum ditetapkan tapi Insyaallah hujung tahun ni atau awal tahun depan.

Tak sangka masa dah berlalu begiu cepat n aku setahun lagi bakal menjadi siswazah n aku hanya akan dapat lampu hijau untuk kahwin bila aku habis belajar...kesian en.Naza da lama dia tunggu aku.. kami da agak lama bercinta n kenal hati budi masing-masing. dak nak masuk suku dekad da kami bersama. Satu tempoh masa yang agak lama jugak sebab sebelum aku couple dengan en.Naza aku sudah kenal dia sebagai kawan selama hampir 2 tahun..

Betul la seperti bakal mak mertua aku tu kata yang 10 bulan tu tak lama dah. maksudnya kami banyak la kena prepare starting from now skit2 biat nanti tak kelam kabut. Aku tak de lanak buat majlis besar-besar sangat sampai 3 hari 3 malam. Cukup sekadar secara sederhana. Even acara bersanding pun aku mungkin akan mansuhkan dari perancangan kami sebab i think that is not so important. Mungkin aku tak seperti perempuan lain yang memang mengharap2kan acara perkahwinan yang meriah gilang gemilang dan acara persandingan yang grand2..aku tak kisah pun asal hari bahagia tu dapat dirakamkan dengan cukup bermakna, itu sudah memadai bagi aku.

Hm..aku rasa mungkin ramai yang terkejut dengan entry kali ini...hahaha (glamer ke aku?) tapi memang aku masih tak bagitahu pape kat membe2 rapat aku sebab majlisnya masih lama..ada banyak bulan lagi sebelum hujung tahun.. maaf ya kawan2. tapi ni kira unofficial announcement la ek. Nanti da setup cnfirm sampai kad dari aku.

Aku ingat nak langsung kan pada tarikh Maal Hijrah 2010 sempena nak melangkah ke dunia baru ni. Atau mungkin pada tarikh 9 Feb 2011 (Tarikh keramat bagi aku dan en.Naza)..Apa-apa pun semua masih dalam perbincangan. Jadi tungguuuuu..........