Sunday, July 26, 2009

Kenapa Perlu Rasa Begitu?

Kenapa hidup perlu penuh dugaan...
Kenapa hidup perlu buat sesuatu dengan memikirkan apa kata orang..apa orang kata...bagaimana pandangan mereka..
Kenapa perlu hidup tanpa menunjukkan diri sebenar..
Kenapa perlu bataskan apa yang kita perlukan demi orang-orang terdekat...
kenapa apa yang kita lalui x semudah yang orang lain alami..
Kenapa keadaan masih sama walaupun siang malam kita berdoa untuk perubahan...
Kenapa perlu lalui kesusahan dan kerumitan sebelum kita dapat sesuatu yang diingini...
kenapa kita tak bahagia seperti yang lain...
Kenapa kita tak senang seperti yang lain...
Kenapa kita susah untuk berjaya...
Kenapa x ada keyakinan dalam diri...
Kenapa Tak berani bersuara seperti yang lain walaupun kita sendiri ada pendapat yang mahu kita luahkan...
Kenapa perasaan hormat membataskan percakapan kita sehingga kita tersepit di antara hormat dan apa yang ingin ditegakkan...
Kenapa hidup ini perlu begini...?
Kenapa...Kenapa... Kenapa...????
*
*
*
*
*
Persoalan yang mungkin kit pernah tanya pada diri sendiri apabila kita lihat orang lain lebih baik atau semasa kita bandingkan diri dengan orang lain... Mungkinkah itu semua sudah tersurat atau kita yang terlalu memikirkan tentang kekurangan diri sendiri dan hanya melihat kelebihan orang lain sehingga kita sendiri lupa akan kelebihan diri...Mungkin juga kita hanya nampak peluang yang orang lain dapat sehingga kita mensia-sia kan peluang yang kita ada...
Persoalan yang terlalu subjektif...kita hanya tahu mengajukan soalan dan mencari kekurangan dan nafikan kebenaran...Mungkin kita perlu lenih sedar apa yang kita ada mungkin tidak ada pada orang lain...apa yang kita rasa peluang yang kita ada hanya perkara kecil namun munkin ia adalah yang diingini oleh orang lain...
Terlalu subjektif dan begantung kepada individu untuk menilai sama ada untuk menghargai apa yang mereka ada atau menikmati kelebihan mereka atau hanya duduk termenung dan merasakan diri sendiri malang dan tidak diberikan peluang...
Semua yang kita ada hari ni adalah pinjaman semata-mata maka kita tidak perlu untuk rasa kita ini serba kekurangan...tapi memang tidak dinafikan kata-kata mudah dilafazakan namun bila mahu melaksanakan ramai yang gagal dan akan terus mengajukan pesoalan...
Kesimpulannya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya jika kita pandang itu semua daripada sudut yang positif...
  • Aku pun pening...sebab aku juga adalah salah seorang yang selalu penuh dengan persoalan..mungkin yang baiknya aku sering menganggap itu semua takdir dan hidup masih perlu diteruskan...dan mungkin suatu hari nn\anti akan ada juga yang baik akan aku terima seperti juga orang lain cuma masa aku masih belum tiba...Adakah aku insaf...?

I Need Motivation

I Need motivation because :
  1. Skipped class aka making my own free time aka ponteng
  2. Have lots of assignment but just doing nothing like having no assignment at all
  3. Watching korean series everytime having free time
  4. Window online shopping but end up buying things - but always thinking that i need the things so it was not a waste of money..really? yup. i think so
  5. x de semangat nak p kelas...
  6. Always think that i'm pasif n not active
  7. lack of good spirit
  8. I am lazy
  9. I am boring
  10. Lack of everything...
  11. i am feeling so down...

Empty Mind Disease

Tengah tunngu waktu kelas terakhir bermula...lepak jap kat lab computer...
waa...sungguh membosankan dan mengantok..dengan keadaan hati yg kurang stabil n agak kurang gembira..dengan mata yang agak mengantuk dan memerlukan tidur walaupun smalam da tido cukup tapi bagi mata yang malas dan kepala yang tension...itu semua masih belum memadai...
mungkin kerana spesis aku ni walaupun bukan spesis berdarah sejuk atau spesis panas baran namun bila jer diri dilanda ketensionan atau menghadapi krisis atau kementalan kurang stabil maka aku perlukan tidur untuk melupakan semua itu...huhuhu..i will be a really lazy girl..n be very sleepy or just hanging out with my fren n just listen to them chatting to each other but me myself just remain silent..as my head n mind r blur n empty..

Saturday, July 25, 2009

A Day Out

A day out with friends....akhirnya sampai juga ke Sungai Petani untuk kesekian kalinya...dengan cuaca yang maha cerah dan sangat bagus..what a perfect weather for a perfect journey....

Feel like to fly up to the sky....

View yang sangat menarik di highway ke Sungai Petani....sawah padi yang luas menghijau mendamaikan suasana n jiwa yang lara...
awan memutih mengalu2kan perjalanan kami pada hari tersebut...
5 sekawan dalam seekor kancil yang disewa khas

nampak tak gunung jerai? aku pun baru je tahu tu namanya gunung Jerai..hehehe

Akhirnya sampai ke Sungai Petani... ni gambar bank HSBC..unik kan..cantik dan nampak antik.

Sambil tunggu traffic light nyaka kaler hijau sempat lagi aku snap gambar kedai emas tepi jalan...
huhuhu bila la aku dapat pegi kedai emas.. (ayat tersirat dan tersurat)

Dah sampai destinasi, central square..kita makan dulu...ni le kroni2yang join skali dalam trip kali ni...mukapun senyum je nak menjamu selera..

singer to be..hehehe ni adengan melepas perasaan oleh siti sufi...sempat karaoke kat Village mall sebelum balik...aku bila la nak karaoke...nyanyi pun x pandai...lagu pun x tahu lagu apa...aku ni agak buta music kot..slalu tajuk lagu x ingat..hehehe

ha...ni yang jadi penontonnya...

Dinner time...tapau KFc je bawak balik asrama...hehehe..malam nisume tekak fast food je kecuali ina yang rembat nasi ayam kat foodcourt Tesco sebelah Village Mall

sume tengah menjamu selera..perut dah bernyanyian..

ha...ni part paling best...dapat jugak akhirnya makan kek secret recipe yang lama aku idam kan...tapi kongsi ramai2 sebab cnfirm x habis makan sorang2...hehehe... Ekspresso Cheese.
Oh...what a day...selamat sampai Sungai Petani yang plan punya la lama dari semester lepas dan selamat kembali ke asrama...sume selamat..cukup2 12jam sewa kereta..hehe..yang pasti sume pun ada mengeluarkan duit..hehehe..maksudnya sume pun shopping la...tp yang bagusnya sentiasa beringat supaya tak over budget or ikut nafsu...


Thursday, July 23, 2009

Posting

Posting to Selangor..
Huhuhuhu...not as expected.
I feel sad.. i feel real bad..
*
*
*
*
*
*
coz i know that is what he would feel..

Wednesday, July 22, 2009

Nor Eryna Raisya Bt Mohd Khusairi

This is my 1st niece (anak saudara angkat)..hehehe
Nama bukan main panjang lg..
Lahir pada 17.5.2009
Baby n her mom..n wearing my gift...(baju kuning)..hehe 1st time beli hadiah untuk baby...after this i know the terms to buy baby cloth...lebih berbaloi beli baju untuk baby berumur 6-12 bulan dari baju 3-6y bulan

To my best friend Nor Marlisa aka Lisa, semoga berbahagia selalu dengan kehadiran orang ketiga yang slalu di nantikan...

Gift For Love One

Brighten up ur life with colors... aku sgt suka n suki kaler2 menarik n striking mcm kat bawah ni...feel like my life full with happiness n laughter...given me spirit to put some more effort to my study n making me appreciate life better...make my day full with enjoyment n excitement..

To my love one, this is for you...congratulation as you have finished your 2 years course for pembantu kesihatan...hopefully u will be posting to the place that u dream of (dekat dengan pantai)..and hopefully u will always remember me when u bring this with u...it is esspecially for you to enter the new environment...good luck my dear...


Pandemik (H1N1)

Panduan kesihatan :

  1. Patuhi etika batuk dan memakai 'mask' sekiranya batuk dan selsema
  2. Elakkan bersin dan batuk di tempat-tempat awam atau menutup mulut dengan tisu semasa bersin
  3. Kurangkan perhimpunan dan tidak berkumpul atau menghadiri majlis atau karnival yang sesak dengan orang ramai, bagi mengelakkan penularan virus
  4. kepada yang ada simptom2 H1N1 seperti di bawah dinasihatkan berjumpa dengan doktor dengan kadar segera...
  • demam melebihi 38 darjah celcius
  • selsema
  • batuk
  • sakit badan
  • susah bernafas (sesak nafas)
  • mempunyai hubungan dgn pesakit yg positif atau "close contact"

Monday, July 20, 2009

oh..I Am Sick

For the pass 3 4 days i am not feeling well....why i got all the diseases....huhuhu i'm so tired with panadols dan yang sewaktu dengannya...afraid of getting the virus H1N1 is also one of my fear coz tanda2nya quite the same... From the latest news, i found out at least 4 Indonesian students are quarantine bcoz of the virus....huaaaaaaaa.....i hope i will recover soon...

Saturday, July 18, 2009

Tokoh Demokrasi...Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi

Memang aku tak pernah sangka aku akan berpeluang hadir ke majlis ni...macam tak percaya jer...hehehe jakun kot tp it really makes me teruja bila sesi integrasi ko-k aku dijadualkan untuk turut serta dalam Majlis Konvokesyen Khas Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Y.A. BHG. Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi yang turut dihadiri oleh Sultan Kedah. Memang best la...1st time tengok pemimpin negara secara life depan mata...rasa macam tengok tv skrin besar gila...sah aku memang jakun..huhuhu...
Actually walaupun ramai yang mengkritik bekas Perdana Menteri ni namun bagi aku setiap pemimpin ada cara dan keistimewaan mereka yang tersendiri...yang pasti kelebihan mereka adalah berbeza daripada kita orang biasa ni sebab tu diorang boleh memimpin negara...coz bukan calang2 orang yang boleh menjadi Perdana Menteri. As we know..everybody have their own fate, whether good or bad there always be hikmah somewhere....
Buku khas sempena Konvo yang diadakan di Dewan Mu'adzam Shah UUM pada 17 Julai 2009
Ni signboard untuk group ko-k aku...aku group Fotografi so under Unit Teknologi Media & Kreativiti....

Nurul n Aya...awal2 lagi da mintak amik gambar...biasala budak fotografi...hehe..

Pentas tempat upacara akan dijalankan...memang cantik la dihias...kerusi kat tengah tu khas untuk Sultan Kedah...

Para pelajar da siap sedia amik tempat start pukul8 pagi lg mengikut unit ko-k masing-masing...sume pun cam excited je....

Perarakan Besar masuk ke dewan n mengambil tempat...

ha...sume da duduk n majlis da nakmula...da penuh da kerusi2 kat depan...

Sultan Kedah tengah baca buku khas konvo kot...puas aku zoom gambar. beberapakeping jugak la yang tak jadi...nasib ada dapat yang clear ni sebab aku duduk agak belakang jugak la..

3 dari kanan adalah penerima anugerah...Tun Abdullah..

Naib Canselor UUM, Tan Sri Dato' Wira Dr. Nordin Kardi sedang memperkenalkan Graduan Kehormat

Rakaman video Graduan Kehormat tentang kejayaan beliau dan sumbangan-sumbangan yang pernah dilakukan...

Kusyuk Tun Abdullah mendengar pengenalan yang diberikan oleh Tan Sri Dato' Wira Dr Nordin Kardi...

Penganugerahan Ijazah Kehormat PhD (Falsafah Demokrasi) kepada Graduan Kehormatoleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor

Ucapan Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi

Nyanyian koir dari pelajar UUM...

Ada yang xbertauliah boleh tidor pulak semasa majlis berlangsung...bukan sorang je tapi ada lagi yang memang xtau menghormati majlis...nasib baik duduk belakang kalau duduk depan cnfirm mencacatkan majlis...

Titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor

ha....Majlis da nak habis kita bergambar dulu..hehe

Memang best...n ni akan jadi salah satu kenangan aku di UUM walaupun terpaksa bangun di awal pagi hari time membe2 aku still lagi tidor..huhu...tapi aku rasa berbaloi... :)))

Friday, July 17, 2009

Azam Baru

Edisi 14 Julai 2009....

Hari ni penuh dengan azam baru...sepatutnya ada perjumpaan dengan mentor but it was canceled. so aku pergi library sebab nak pinjam buku untuk rujukan assignment untuk subjek sem ni...aku xnak da jadi yang terakhir pinjam buku sebab selalunya student akan cari bahan rujukan awal2 so that buku2 yang dikehendaki dapat dipinjam...slalunya kalau lambat datang cnfirm putih mata jer...

ni antara buku yang aku pinjam...agak banyak jugak la sebab semua pun relate dengan course aku...so apa lagi, lepas ni proses memfotostat la pulak kan.. then nak tunggu 18hb ni sebab ada book fair di foyer library...sem lepas ada jugak la 2 3 buah buku yang aku beli...hobi aku memang beli buku tapi time nakbaca tu lambat skip tapi tetap akan baca la....
ni pulak buku yang zana pinjam....lagi banyak..budak law la katakan...kena study hard sebab susah nak score......
lepas setel dengan buku, hajatnya nak teman sufi pergi bank di Varsity Mall Uum tapi kebetulan pulak pc fair n ekspo usahawan dah start kitorang pun apa lagi...mencuci mata n bershopping la...last sekali hampir pukul 6 petang baru la sampai ke bilik asrama...

ni la antara tudung instant yang aku borong...murah jer. rm5 je sehelai...cute kan...aku beli banyak bukan nak pakai semua...tapi makcik aku yang nak. sampai 5 helai dia pesan...xpasal2 aku jadi orang tengah urusniaga tudung..sebelum ni melalui internet sekarang kat ekspo pun jadi orang tengah jugak...lepas ni aku kena jadi pemborong tudung la pulak agaknya...

Thursday, July 16, 2009

Roti...Tertarik...Menarik

Ha...toaster baru aku...keperluan yang diperlukan untukmenjadikan roti anda lebih sedap lagi menyelerakan...aku kan nak jadi omputih,...nak makan roti..hehehe...beli cap ayam je...student cam aku ni mana lanak mampu beli yang mahal2...tapi ni pun da kira puas hati la jugak...nak bawak periuk nasi macam student lain takut tak termasak pulak nanti...memenuhkan ruang pulak so beli yang ini aja la...
Tengah memproses roti bakar...

ha....da msak da rotinya...dua2 belah lampu da nyala...

so amacam? ada nampak best tak? boleh la kan...kira2 nampak ada kaler golden2 ni kira lulus la kan...hehehe
p/s: buat student2 mahupun para pekerja dan ibu2 di luar sana...ini pesanan khas untuk anda semua...sarapan pagi adalah penting untuk badan untuk memberikan tenaga yang cukup untuk kita melaksanakan tugas harian...sekian terima kasih....

Kuliah Again

Here I am again...minggu baru, semester baru... sesi pertama 2009/2010...
so macam biasalah...azam baru nak mantapkan pointer...hopefully sem ni better than lepas2...hopefully semua lecturer yang mengajar best2 sebab faktor pengajaran sangat la penting untuk mud belajar student...kalau dapat lecturer strict agak rasa terancam la sebab kemungkinan untuk dapat markah kurang sangat tinggi kot n of course less student akan bertandang ke bilik lecturer berkenaan...hehehe so memang memainkan peranan yang besar... tapi apa2 pun depends on diri sendiri jugak..motivasi kena tinggi..

semester baru dengan tudung dan baju baru...serba merah sebab semangat yang membara...ceewah...cakap je lebih...

balik kuliah lepak kat Kachi Mall merelease kan tension sambil menjamu selera...awal2 semester boleh la lepak2...nanti bila da balik kuliah penat n otak pun letih, badan pun lesu x da la nak melepak2 lagi kat sini...bila menjelang malam memang ramai kat sini...yang makan ada...discussion ada...berdating pun ramai...budak2 sekarang memang lain perangainya...huhuhu

Wednesday, July 15, 2009

Keperluan...Bukan Pembaziran...

Edisi 7 Julai 2009...
Hari ni x de kelas....aku n geng tempah kereta n keluar beramai-ramai ke Alor Star. sambil jalan sambil membeli barang keperluan...maklum la baru masuk semester baru...stok2 keperluan mesti ada so tak de la nanti bila nak guna baru nak p beli...slalunya barang2 instant macam megi n 3 in 1 Milo or minuman instant yang jadi sasaran...life as a student ni memang perlu perkara2 instant mcm tu..bukan apa, untuk memudahkan perjalanan hidup la katakan...semuanya nak cepat...nak pulak bila da terlambat bangun nak p kuliah...at least x de la minum air masak jer pepagi hari....

lepas bersiap sempat lagi amik gambar sekeping...hehehe

ha..ni namanya brunch...breakfast + lunch...keluar punya pasal makan pagi pun x sempat da...sobila da sampai kat City Plaza terus tuju kat Medan Selera dulu...ada nampak menyelerakan x? memang selera...habis diet untuk hari ni....

tempat tupperware pun masuk...aku beli botol air ada straw...huhuhu rasa cam kembali ke zaman persekolahan pulak...bukan apa sebab slalu aku bungkus air mesti terlupa amik straw atau tercicir straw...ni kat Tesco...barang kat sini agak mahal la n kebanyakkannya adalah untuk packing borong or bungkusan untuk stok sebulan...so kena pandai pilih la...nanti terlebih bajet pulak memborong....namanya ada diskaun tapi still agak mahal jugak daripada kedai biasa....

ni la hasilnya membeli-belah aku hari ni...sampai 4 plastik...kalah orang berkeluarga...huhuhu
p/s : lepasni kalau keluar da tak payah nak belanja banyak2 da sebab sume dah ada...kalau terbelanja jugak tu namanya mengikut nafsu...