Friday, August 05, 2011

# 4 Ramadhan

Semalam aku berbuka makan simple2 aje...goreng2 aje..hehe tetibe teringin nak cuba wat mashed potato..

Menu Berbuka : Nescafe O Suam, Nugget, Sosej, Chicken Patty, Mashed Potato.



Jadi jugak la mashed potato aku walaupun x de la rasa sebiji macam yg kat KFC...


BAHAN :


Ubi kentang saiz besar 8-9 biji
Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
Butter 3 sudu
Mayonaise 2 sudu
Susu segar/ fresh cream 1/2 cawan
Black pepper 1sudu teh


Bahan-bahan untuk Gravy :


Bawang putih 2ulas - dicincang halus
Black pepper 2sudu teh
Kicap manis 4 sudu + 1 cawan air
Tepung jagung 2sudu + dgn sedikit air (untuk memekatkan gravy)
Stock ayam 1sudu teh
Sedikit minyak untuk menumis bwg putih


First, kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk campurkan sekali bwg putih yg diketuk. Tabur sedikit garam. Rebus hingga empuk dan toskan air lebihan.
Campurkan butter, mayonise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.


Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap). Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.(kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)

Menu Nasi : Nasi, Masak Lemak Cili Padi Tempoyak Ikan Tongkol, Cencaru Goreng, Telur Masin


Uish, kuningnya..hehe sedappp..nyum nyum


Bahan-Bahan :

Ikan tongkol
Serai (dititik)
*Halia
*Kunyit Hidup
Kunyit Serbuk
*Bawang Putih
*Bawang Merah
*Cili Padi
Santan
Tempoyak
Asam keping
Garam & Gula

Cara Masak : Blenderbahan-bahan bertanda *. Masukkan dalam periuk bersama serai dan santan cair, lepas tu masukkan ikan dan asam keping, garam dan gula. Masukkan tempoyak, bila dah mendidih, masukkan santan pekat. Biar sebentar sebelum tutup api.


Jaket goreng + telur masin

Menu kudap-kudap : Lepak kat Pak Li's Kopitiam sambilminum Hot chocolate dan Chocolate Ice...

Menu Sahur : Air kosong, Vico Suam

Disebabkan keluar kudap-kudap kat Pak Li and balik pukul 12am pastu terus makan nasi so masa sahur kitorang minum air aje...


No comments: