Tuesday, December 15, 2009

Nasi Ayam Madu

Akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak buat nasi ayam buat pertama kalinya...resipi aku amik di sini.
Tapi aku ada jugak modified sikit2..aku just amik resipi nasi n sambalnya aje..



 

Untuk ayam aku gaulkan dengan :

kicap manis
sos tiram
madu secukup rasa
garam sikit
perahan lemon sikit
mayonis

Tang sambal tu kalau ikut dalam blog yang aku refer dia blend separa lumat je..aku blend sampai lumat..hehe biasala..ikut pandai punya resepi...lagipun orang kata buat nasi ayam ni memang menu simple jer kan..so cnfirm menjadi.

Kunjungan Kilat

Pada 13/12/2009 (ceh siap letak tarikh hehe) aku dapat hadiah bergerak paling best...hahaha aku sangat suka hati sekarang...nak tahu apa hadiahnya? tapi limited edition la, xleh kongsi dengan sape2..huhuhu
hadiahnya...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
En.Naza..hehehe
(tentu korang faham sekarang kenapa ianya limited edition kan...)
*
*
*
*
Tak sangka lepas berkunjung ke Majlis Kawin Liyana n Pie...aku pulak dapat kunjungan dari jauh..dari Banting la mana lagi...padahal malam itu, en.Naza p melepak kat Jalan permai dari jam 2am sampai la jam 5am lebih siap sempat bersarapan roti canai mamak lagi tu...sambil2 tu dia sms katanya rindu...aku pun jawabla, kalau rindu turun la Kuantan...hahaha x sangka betul2 dia muncul di Kuantan...
Tepat jam 12.30 tengahari dia sampai..lepas tu mintak tidur kejap selepas semalaman tak tidur..katanya sejam aje sampai pukul 2 tapi akhirnya sejam en.Naza rupanya sampai pukul 4pm...aku memang tak sampai hati nak keut tapi kebetulan my bro nak keluar so nak tak nak kami pun kena keluar jugak coz my parent x de di rumah sedang bercuti ke Klang...

Tempat tujuan ialah East Cost Mall.. aku nak ajak en.Naza bersteamboat di Johnny's Restaurant...da lama da nak ajak akhirnya berkesempatan jugak...



Tengoklah pilihan steamboatnya..banyakkan..tapi awas..jangan la order abalone...cajnya RM168 sebiji..mungkin 3 hari kamu boleh kenyang makan sebiji abalone agaknya....lepas tu kalau terasa nak order udang basah..jangan makan seekor je amik rasa..kesian partner anda nanti terpaksa makan 3 ekor...secara adilnya jika di beri 4 ekor maka perlu dikonngsi sama rata 2 ekor seorang ya..(en.Naza pasti faham maksud aku..hehehe gurau je)..tapi kami makan banyak jugak, 9 bekas steamboat n plain rice n mee hijau daging barbeque..en.Naza siap order jus Aloevera..katanya nak licinkan kulit..hehehe... Kawan2, adakah siapa2 tahu apa pencuci muka yang elok untuk lelaki? just in case u all know then i can recommend it tu him..
.

 
 
Aksi semasa menunggu makanan sampai...tapi tak sampai sepuluh minit semua yang diorder da selamat tersumbat ke dalam periuk yang berisi kuah tom yam...sedap...aku paling suka sos yang disediakan dalam mangkuk kecil...sungguh masyuk..aku rasa servisnya sangat cepat kerana mungkin konsepnya makanan mentah jadi da disediakan awal2 so bila ada order, pelayan cume perlu ambil mengikut jenis yang diminta da terus kepada pelanggan...bagus kan..x perlu tunggu lama2.

 
 
 
Lepas makan kami jalan2 n ronda2 sambil menunggu waktu tayangan Wayang tibe...ni gambar di parking lot.. ramai sungguh yang datangke ECM..kami hanya mampu dapat tempat parking paling atas..huhuhu...
Kami tengok cerita Storm Worriors..kesinambungan cerita Stormriders. tapi dinasihatkat kepada kawan2, jika anda datang dengan partner atau pasangan masing2 maka janganla pilih cerita seperti ini kerana terlalu serius...better pilih cerita yang agak ringan...aku memang tersalah pilih waktu tu...lain kali tak buat dah..huhuhu

habis je wayang en.Naza hantar aku balik then bertolak ke Banting around jam11.. what a day but then i enjoy it so much... walaupun something happens in the middle but we manage to solve it...

P/S : aku terserempak dengan Pasangan tak berapa nak sejoli, Norman Hakim n Memey serta anak2 Norman di ECM masa nak p jumpa Johnny..en.Naza yang mula2 ternampak..huhu lagaknya  sangat bahagia..bahagia la sangat ye..huhuhu

Monday, December 14, 2009

Liana n Pie's Wedding

12/12/2009 - Hari perkahwinan Liana & Pie.. Dua2 rakan persekolahan aku time kat SEMSAS...
Here r the story on that day..


Punya la banyak gambar aku kat atas ni menunjukkan betapa aku memang mengambil masa untuk menyiapkan diri especially with my shawl...hahaha 

Yamie picked me up around 9 am although we had promise to meet at 8 something in the morning...biasalah kalau kaum perempuan bersiap memang mengambil masa...bukan selalu lambat tapi kadang-kadang bila nak cepat ada je yang tak menjadi...tudung senget la...bedak tak rata la...macam-macam...We r concern about our appearance of course...
Lepas tu gerak pergi ambil kawan kepada mak Yamie name Mak Di (seperti yang dibahasakan oleh yamie)..Lepas tu gerak lagi n singgah di Taman Guru menikmati sarapan pagi di kedai makan Cindai... Lepas tu gerak lagi meneruskan perjalanan ke rumah Cik Anis di Bentong disebabkan kami dah berjanji nak berkonvoi bersama-sama ke Selayang...


 Berlaku la adegan kejar mengejar di lebuh raya dengan kereta Anis seperti di dalam gambar...

 
Hasil pecutan Yamie dan Anis kami tiba awal di lokasi perkahwinan iaitu di Taman Selayang Utama...Jadi kami lepak kejap dalam kereta touch up2 dan bergambar..hehe

 
 
 Pengantin sedang bersiap sewaktu ketibaan kami...ha ini la dia pengantin perempuannya...

Aku dan Yamie, masing2 bersyukur dengan adanya Anis kami tak de la Kekok..hahaha lain kali kalau nak ke Majlis kawin boleh la tempah anis ni...dia memang expert menyerbu ke bilik pengantin...sampai2 je kami bersalamdengan mak pengantin dan anis terus tanya bilik pengantin kat mana...apa lagi...kami terjah..

 
 
Antara hantaran dua mempelai pada hari itu

 
 Alamak...gigi aku tak nampak..kena praktis senyum lagi ni..huhu

  
Anda jangan tertipu dengan senyuman mereka berdua...tu senyuman hanya untuk menutup ketidaksabaran mereka masuk ke tandas....siap komen lagi kenapa la pengguna tandas waktu itu ambil masa yang lama untuk keluar...

  
 Me n Anis

 
 Ha...ini gambar candid paling berjaya pada hari tersebut...Anis makan dengan serius tapi berselera manakala rakan di sebelah Cik Yamie tengah ambik mood nak makan...

 
 
 aksi sang pengantin sebaik berjumpa...tengah tengok silat ketika ini...silat pembuka acara...
Pengantin lelaki sunguh berskil senyuman anda...mungkin ini hasil daripada latihan keras kamu sebelum hari bahagia...syabas.

 
 
 
 
 
 Gambar sewaktu persandingan...kami adalah antara tetamu yang dok bersimpuh n belajar macamana nak bersanding kelak...

 
 
 Gigi aku masih bersembunyi...kena mintak petua dengan Yamie n Anis ni

 
Waktu ni kacau pengantik sedang makan mengadap... Gambar diambil oleh pengapit lelaki..terima kasih En.Yoyie..sungguh pink kamu padahari ini..

Selesai sudah...looking foward to attend more Weddings..Tahniah buat pengantin. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Amin

Positive VS Negative = Myself

Aku suka atau tidak suka memang tidak ada kena mengena dengan makhluk Allah yang lain dan juga tidak perlu aku kisah jika ada yang x suka dengan apa yang aku suka dan jika ada yang suka dengan apa yang aku tidak suka...xoxoxox

Aku suka :
  1. Dia...hahaha siapa lagi kalau bukan En.Naza. Kerana dia yang memahami, kerana dia yang mampu jadi teman kala suka duka...
  2. Merah n pink color...hahaha dulu aku anti pink...pasti ada komen yang kurang membina bila ada yang memilih pink sebagai pilihan...sekarang ini sudah terbalik..aku insaf.
  3. Buah naga...buah paling best bila makan sejuk2...tapi aku tak faham kenapa ada yang tak suka buah yang best lagi exclusive ni..heheh
  4. Beg. Bukan setakat suka da tapi sangat suka sehingga bila jalan2 terpaksa elakkan diri dari tengok bag sebab tak mahu pulan dengan hati yang tak best bila terpaksa mengelak diri dari membeli beg yang da berkenan di hati...
  5. Masak..suka masak..
  6. Perhati gelagat manusia...hahaha belajar menafsir sebenarnya..
  7. Beli kain pasang...Elakkan dari bawa aku ke kedai kain kerana kelak aku akan keluar dengan plastik di tangan dengan tersenyum gembira..
  8. Pedas...lagi pedas lagi best sehingga tiap kali aku pasti akan taburkan serbuk lada hitam ke atas makanan aku sesuka hati...
  9. Dapat hadiah..yang ni aku pasti semua orang pun suka....
  10. Bila jiwa tenang n tak perlu pikir apa-apa n boleh enjoy the moment...
Aku tidak suka :
  1. Jus carrot susu, eventhough aku rabun tahap cipan tapi sangat tidak suka carrot susu...kalau carrot tu dibuat sayur atau acar aku suka...
  2. Buat biskut raya..kalau spesis kek atau yang selain daripada biskut raya aku suka buat..
  3. Rambut gugur...sangat concern about my hair...kalau boleh nak jaga elok2 n potong lawa2 n biar rapi tapi masalah sekarang rambut sering gugur terutama ketika bershampoo..huhu sungguh tidak suka
  4. Tak suka kalau drive kereta kat depan ada motor..agak gabra sebab motor ni macam2 boleh buat...kejap ke kanan, kejap ke kiri...
  5. Tak suka jerawatttt
  6. Perjalanan jauh dengan bas..bila tidur n terjaga n dapat tau ada masa lagi 4 jam untuk sampai...rasa macam nak jerit...lambatnya lagi..huhu slalu berlaku bila balik dari Sintok ke Kuantan...
  7. Bilik bersepah...tiap kali balik cuti kena bersihkan bilik all out..huhu sungguh tension.
  8. Gaduh dengan si dia...huhu buat jiwa lara...
  9. Handfon rosak....stakat ni da dua kali...sangat tidak best sebab terputus hubungan sekejap dengan yang jauh dan dekat
  10. Orang yang berkira, sinis, x boleh terima pendapat orang, berlagak

Friday, December 11, 2009

Spaghetti Ayamnese

Menu hari ni ialah spaghetti dengan ayam cincang cap Ayamas..
Aku memang suka spagetti...lagi masam lagi sedap...sebab rasanya sangat la simple dan mengenyangkan... tapi aku sangatlah tidak sure sama ada spagetti ni adalah menu sihat atau tidak...tapi bila buat spagetti ni keje x banyak sebab cume perlukan mi spagetti, sos spagetti n perencah seperti ayam cincang atau daging cincang atau meatball aje pun da cukup da...

Aku pernah la try spagetti dari Pizza Hut dengan Kenny Rogers...x best pun..pastu cincai je dia serve tapi harga mencecah sepuluh ringgit siap ada tax lagi...huhuhu baik aku buat sendiri...Rm10 tu siap leh makan 3 4 orang kalau beli n buat sendiri..betul tak kawan2...


 Kalau guna dapur elektrik lagi mudah n cepat...just setkan untuk masak selama 13minit...



Ha...ni la dia Spageti Ayamnese..hehe

Buah Kaki ?


Anyone knows the name of this fruit? It totally not tomato...

I Got C+

(T_T")

I got C+ akhirnya...result exam aku da keluar n i got 1 C+...huhuuh feel terrible but then i had do my best eventhough i felt like hentam for the whole 100 multiple choices question paper during the exam..just have to accept it. As expected...my result jatuh menjunam dari last semester due to my lack of study kot..huhuhu or the paper r tough n some of the lecturers r strictly marking refering to the skima jawapan..hahaha whatever la...yang penting there r two more semester to go for me..chayok chayok...

Tripple C

Cat Care Centre
A Perfect Place For Your Cats Needs
A, 27000, Jln Tengku Muhamad, 25050 Alor Akar Kuantan, Pahang
Tel/Fax : 09-5672727

Ini iklan percuma bagi pecinta kucing kat Kuantan supaya senang nak dapatkan khidmat nasihat dan produk terbaik untuk si manja kucing anda....
Aku baru lepas pergi sini n beli makanan kucing aku yang 5 ekor kat rumah...for the first time aku beli produk makanan kucing Iams n Sportsman tapi yang plastik sekilo je la...Iams 1kg (RM24) n Sportsman 1kg (RM18).. Tapi menurut penerangan, once makan makanan berkhasiat ni, kucing anda tidak lagi memerlukan vitamin tambahan...aku pernah la jugak tanya pasal vitamin untuk kucing kat kedai kucing..harganya RM30 untuk 30biji n perlu diberi setiap hari...huaaaa lg la mahal...so better amik produk ni n tak perlu untuk bagi vitamin lagi...lepas tu untuk suntikan vaksin pula, hanya RM35 sekali cucuk untuk halang dari 4 jenis virus/penyakit. then untuk boarding atau tinggalkan kucing jika anda ingin berjalan jauh, hanya RM12 sehari siap dengan diberi makan...sangat murah kan...makanan pulak bukan la jenis makanan biasa tapi jenis yang berkhasiat la..


Antara aksesories kucing dan barangan kesihatan yang ada di situ...


Yang banyak2 kat rak tu makanan kucing..macam2 jennis ada..

So siapa yang berminat datang la ke premis yang dinyatakan di atas...


Ini Pengunjung kali pertama ke Cat Centre tersebut..

***********************************************************************
Selingan.....



 
Ini kucing En.Naza yang bernama Comey...cantikkan..
setakat ni aku da jumpa sepasang da...seekor hensem, seekor lagi cantik...

Monday, December 07, 2009

I'm Bored

Boring sangat...aku just mengadap laptop tengok cerita Jepun koleksi adik aku...da 2 citer bersiri yang dihabiskan dalam masa beberapa hari ni...huaaaaaaaaa....da tak de citer bersiri lagi dah...lepas ni turn movie2 yang belum aku tengok tadi...sat tadi baru lepas habis tengok The proposal...not bad la ceritanya...Lookinng forward nak tengok wayang la...filem Santau. Princess n Frog n beberapa cerita lagi da nak keluar...sume2 pun macam best jer....ni memang nak lepas gian tengok wayang sebab kalau da masuk semester cnfirm susah nak p lagi...lagipun next semester going to be tough...this semester pun aku da agak giyang skip....ntah berapa la result yang aku dapat...huhuhuhu

Thursday, December 03, 2009

Pizza + Egg Tart

Aku mengasah skill memasak lagi musim cuti ni...hehehe setakat ni dua menu yang aku da buat...pizza n tart telur..tapi biasalah amatur...so rupa x seindah lukisan la jadinya...hehehe


 
 
 
 
Ha...ni le dia rupanya tat telur aku...huhuhu sangat la tidak menarik rupanya tapi boleh tahan la rasanya....so need more improvement in the future...

yang ni pulak pizza yang aku buat beberapa hari yang lepas...




 
Yang ni aku agak berpuas hati la sebab rasa semua cukup...lain kali da biasa buat mesti rasanya powerzz...

Lepas ni kalau rajin aku buat lagi resipi lain...tapi slalunya  kalau kuih yang manis macam tat telur ni aku makan sebiji jer...buat je lebih tapi slalu orang lalin yang habis kan..