Tuesday, December 14, 2010

Beli Hantaran Lagi

Semalam best sebab dapat jalan2 kat SACC Mall dengan my sis n my mom...shopping2 aku beli set make up untuk hantara kat Body Shop...pastu my mom n sis beli jubah kat PKNS for my sis enggagement...nice n just around rm70 je...murahkan..

So sape b2b yang nak wat preparation leh la jenguk2 ke body shop sebab kat sini diorang leh wrapping skali...kalau dalam kotak macam ni Rm6-7, kalau dalam bakul Rm12.. Ada banyak perfume n Body wash set promotion until 25 december 2010...so enjoy shopping...


With Loves,

Mau Ice Cream Lagi...

 Lokasi : Jaya Jusco Bukit Raja
Ahli Gambar : Naza n Aswa
Message khas buat en.Naza : 
Sedapnya ice cream tu...bila mau belanja lagi?huhu teringin makan ice cream..nyum nyum

p/s: Masa stress exam ari tu asyik teringat nak makan ice cream n makan cheese cake blueberry je..

With Loves,

Kahwin Ijal 12/12/10

Aktiviti pertama kau bila sampai Klang bersama en.Naza ialah mengahdiri perkahwinan partner en.Naza... Kendurinya berlangsung di Yong Peng, Johor...so kami travel lebih kurang 3 jam setengah jugak la...kat highway memang penuh kereta jugak time tu...maklum lah dah cuti sekolah, nak pulak hari tu memang hari ahad so mmg ramai la yang pergi berjalan ataupun baru balik berjalan...
Kami bertolak agak lewat jugak la, dalam pukul 12tgahari tu...so kami sampai pukul 3.30pm..time tu pengantin baru lepas makan beradab. so sampai2 kami makan dulu...isi perut dulu la sebab dah petang baru jumpa nasi... x banyak gambar amik tapi ada jugaklah yang en.naza sempat ambil...so enjoy it....







lepas majlis gerak balik klang terus....tapi on the way tu sempat lagi melepak kejap kat perhentian Ayer Keroh...minum petang...heheheh...



With Loves,

My Happy Ending...

I finally end my study...so...
balik kampung hohoho balik kampung....bye2 uum...sayonara dpp bank rakyat...
mau kawin sudah....haha gata mereyam gak aku ni...orang habis study x sabar nak cari keje..aku pulak x sabar dok menghitung hari nak kahwin...mana taknye, umur ku sudah meningkat lo....x berkesempatan la aku nak jadi seorang ibu muda....huhu jd ibu sedang2 je la...sebab umur lg beberapa tahun mau masuk daerah 30an... =(

So may god bless me for my event n semoga aku cepat2 dapat kerja...buat kawan2, tunggu kad jemputan dari aku ya...

With Loves,

Thursday, December 09, 2010

Back For Good..Yeay \(^^)/

I finally post something here in my dearest blog... this is all bcoz having not so much lazy time for blogging...hoho i am having my final exam for my final semester here in UUM...so glad to say this coz had enough with three  years of study..have put so much effort in this n hopefully will give me a very good time to end it with...haha of course i am hoping for good grades.. *If i get 1st class then i'll be attending my convo, if not then consider me absent* haha taking it as a joke but who knows i will do as what i said...just wait n see... (**,)

So...today, on this very not so bright day coz it looks like goin to rain soon, i will attending my last exam paper at 2.30pm...this will be my last one here in uum so hopefully i can perform well...wish me luck....

With Loves,

Wednesday, November 17, 2010

Dendang Perantauan

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua blogger dan seluruh umat islam...
Huhu tahun ni aku  beraya buat pertama kalinya di perantauan....dah lani raya haji aku yang terakhir sebagai seorang anak dara...hahaha memang sambut bujang punya versi la kali ni... orang kata raya tetap raya so walau di mana jua anda berada jangan hilang kan spirit raya tu...maka dengan itu aku n Sufi yang bertapa di Blok E Kolej Bank Rakyat ni mengambil inisiatif untuk buat juadah raya...dah macam raya betul dah sebab start masak pukul 2 pagi n siap masak dalam pukul 4 pagi...pukul 5pagi baru kami tidor...hahaha cnfirm bebudak lain yang ada kat blok aku ni mesti tertanya2 mana la bau rendang tengah2 pagi buta time malam raya...

Bahan2 nak buat rendang...beli kat C-Mart semalan dengan semangatnya kami walaupun terpaksa meredah hujan..
Hasil kerja Sufi...tengah dalam proses menyediakan bahan2 masakan
Ni lah orang kata, bila dah x de baru lah terasa rindu...bila dok berdua masak rendang daging cincang ni mula lah terliur nak makan daging korban...orang kata daging korban ni berkat sebab orang yang elergik makan daging pun, time raya korban ni lah nak bedal daging korban...aku pulak da terasa2 kat tekak ni nak makan daging korban tapi nampaknya tahun ni aku makan daging korban dalam mimpi je lah ...huhu sadisnya....

Rupa rendang aku yang telah siap di masak
Haha disebabkan tidor pukul 5, pukul 7 aku bangun solat Subuh...tupun lepas abah aku call wish Selamat Hari Raya. Lepas tu aku dengan tiada kesedaran siviknya boleh sambung tidor...Sufi lagi lah tak sedar2...pengsan atas katil sebelah...akhirnya kamiend up bangun pukul 11 lebih...siap2 mandi semua barulah makan pagi=tengahari raya...pukul 1.00 tepat barulah perut kami terisi dengan juadah raya hasil tungkus lumus kami malam tadi...

Nasi impit aku yg agak lembik akibat terlebih air..

Mini sosej rebus penambah rasa di tengahari hari raya

Bergedil hasil air tangan Sufi..

Rendang Daging Cincang
Selamat menjamu selera..
Akhirnya kami x de la beraya makan megi je kali ni walaupun raya di Kolej...puas hati n berbaloi2 dapat makan rendang di pagi raya...alhamdulillah ada rezki kami walaupun jauh daripada keluarga...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA... =)


With Loves,

Wednesday, November 10, 2010

Sabun Sri Pengantin

Hari just nak kongsi dengan semua B2B sedikit info...nak perkenalkan Sabun Sri Pengantin yang aku beli ni...baru je sampai hari ni, rasmi pun idak lagi...cuma baru amik2 bau je...

ha..inilah dia sabunnya...
Kalau nak beli, boleh klik kat sini SHOP ANEKA n deal dgn ownernya ya...aku ni tukang promote je... 

Ni adalah antara ayat promo di shop aneka n aku adalah salah sorang yang tertarik..hahaha bukan apa, kalau nakbuat spa x sempat la agaknya sebab pertengahan bulan 12 baru aku habis final, pastu nak siap2kan mana yang patu...awal bulan 2 dah nak langsung so kena pilih cara yang ekonomi dan cepat la nampaknya...

Ayat promo dari laman facebook yang aku copy paste :

SET SPA sabun pengantin 2in1 mengandungi:
1. BODY LULUR + MANGIR WHITENING MILK SOAP
- scrub/mangir dalam bentuk sabun
-diekstrak dari 7 jenis herba
-fungsi merawat parut,cela dan noda pada seluruh badan, menanggal kulit mati, mencegah bau badan, memutih, awet muda, menganjalkan kulit, mencegah kedutan awal, meringankan masalah sesulit dan kulit oren, membantu mereda tekanan.
-Urutan dari butiran skrub herba ini berkesan membantu peredaran darah

2. BODY WHITENING MILK BATH SOAP
- Kesan sama seperti rawatan mandian bunga, mandian susu pengantin, ditambah dengan aura bauan semulajadi , amat sesuai sebagai pengganti mandian susu
-kulit gebu, halus, naik seri, buang aura negative. amat sesuai walaupun anada berkulit sensitif kerana tiada unsur kimia dan bauan kimia.
-Kulit akan Sedap disentuh.


KENAPA MESTI MEMILIH SET RAWATAN INI??????

√EKONOMI – Cuma RM39.90 sebulan
√BERKESAN- olahan warisan melayu, dijamin berkesan dan segar. Kerana harganya yang amat menjimatklan anda tidak perlu risau untuk mulakan seawal 6 bulan, berinspirasikan bahan spa, anda pasti kagum hasilnya.
√MUDAH – hanya guna ketika mandi. Cara penggunaan , dan detail ada dinyatkana dibahagian bawah.
√PELENGKAP -Bagi penggemar spa anda boleh menjarakkan rutin ke spa, selang selikan dgn set ini. Lebih berkesan dan jimat!!


SET PENGANTIN PERTAMA DI MALAYSIA.... BUKAN HANYA UNTUK PENGANTIN TETAPI ADALAH BERITA BAIK UNTUK SEMUA WANITA.... UNTUK MEMILKI KULIT SEHALUS SUTERA, SEPUTIH KAPAS DAN SEGEBU ARTIS POPULAR...

Amacam? best x? hehe actually sabun ni x de la khas untuk bakal pengantin aje...untuk anak2 dara n mak2 dara yang nak menjaga kulit pun boleh n nak sentiasa segar dan harum tanpa sebarang parut pun boleh lah mencuba...so sapa yang berminat sila klik pada link yang aku dah bagi kat atas tadi yerk...


With Loves,

Wednesday, October 27, 2010

Merdeka 2x

Alhamdulillah....

hari ni hari best aku...walaupun ada 2 lagi assignment yang nak kena submit tapi hari ni aku dah merdeka 2x...yang pertamanya thesis aku dah selamat hantar kat Dr penyelia aku...thanks somuch to her for guiding me n wawa all this while...paling best sebab tadi dapat bergosip sakan, berborak sakan dgn doktor aku tu..hehehe..

2nd merdeka aku ialah aku menghadiri kelas terakhir aku di UUM pukul 2pm tadi...kelas autocad aku...terharu betul...akhirnya aku dah menghabiskan pembelajaran aku selama 3 tahun kat UUM ni...sekarang yang tinggal cuma berjuang berhabis-habisan time final nnti..hopefully aku kuat semangat nak habiskan sisa2 aku kat sini...

ni lah dia thesis aku yg dah jilid...hasil tangan aku after 3 years spending time here...
hahaha sempena menyambut kemerdekaan berganda aku hari ini maka aku pun mahu kelihatan seceria mungkin...hoho aku tahu ni da terlebih ceria da sebab pink giler...x kisahla...sebab aku mmg gila pun dok bertungkus lumus sebelum merdeka ni...
Hopefully i can do my best for the coming final...all the best to me n my friends.....

With Loves,

Friday, October 22, 2010

''Gojes wif Shawl Contest''

 
 Mari2 join contest ini...da lama x join contest macam ni..hehe sebab da tak active berblog cume active ber'shawl' je...thanks for my dear friend 'Miss Q' sebab tag aku...Sapa2 nak join boleh la klik pada banner di atas ya atau click di sini ASYA...

sila ikut syarat2 yang ditetapkan untuk melayakkan anda menyertai contest ni sebab cik asya nak bagi hadiah 2 helai shawl branded from Asyazain's Shop


''saya nampak gojes pakai shawl ni sebab........saya rasa lebih confiden saya ni seorang yang cantik...haha walaupun mata saya ada pelbagai lingkaran akibat kurang tido..."

Okay...saya nak tag 3 org rakan saya. sila ambil perhatian ye kawan2...


CONTEST TAMAT PADA : 10 NOV 2010


With Loves,

Friday, October 01, 2010

Risik - 13092010

Hari yang dinanti dah tiba....akhirnya dapat jugak pertemukan dua keluarga untuk berbincangkan hal kami...sapa lagi kalau bukan aku+en.Naza....setelah menunggu lama akhirnya apa yang nak disetelkan dapat jugak diakhirkan dengan nafas lega...lepas je majlis aku rasa lega sangat2 macam hilang semua bebanan...sebab tinggal nak melangsungkan hari besar je...

Majlis pertemuan diadakan kat rumah aku di Kuantan pada raya ke 4 2010. ramai jugak makcik2 aku datang sampai terkejut orang dr terengganu sebab tengok banyak sangat kereta depan rumah aku..hahaha nak buat macamane sebab makcik2 aku ni datanng sambil beraya...sila layan pic di bawah ya...mujur ada makcik aku yang baik hati ni amik gambar...ni pun aku cilok dr FB dia la ni..hehehe...

Sepupu sepapatku sekalian...
Tengah mengambil giliran nak naik buaian...
 Iman n Pak cik Sani...barulah nampak si kecik ni senyum...diorang ni tengah amik angin kat depan rumah aku
Time merisik ni en.Naza datang dengan mak n adik bongsunya pastu yang tukang runding pakcik dia yang datang sekelamin....so tak ramai sebab tu yang gabra tengok ramai sangat kat rumah aku...so seperti biasa la yang lelaki merangkap en.Naza terpakda menunggu kat taman astakona depan rumah aku tu...aku pulak bukan kat dalam bilik..memang nak tunggu dalam bilik tapi accidently aku terbz pulak kat dapur time tetamu sampai...(biasalah, nak jadi isteri mithali) maka aku terpaksa la dok curi2 dengar kat dapur...haha sugguh tidak sopan sambil2 buat isyarat dengan sepupu aku abg Ra yang duduk join dengar apa yang dirundingkan...aku pulak dok terkinja2 pasang telinga kat dapur..hahaha...

Time ni x tahu tengah tunggu apa...
Mula2 aku ingat x perlu la pergi depan tapi terpaksa keluar sebab mak en.Naza kata mak saudaranya x kenal lagi jadi nak tengok la sapa bakal jadi anak saudaranya...aku selambe je kuar time tu...mujurla aku da biasa dengan mak en.Naza so x de la gabra sangat..n mujur la yang ada kat depan tu semuanya pakcik2 n makcik aku yang mmg biasa dengan aku so x dela berdebar sangat jantung hati aku...Alhamdulillah Tuhan da permudahkan semuanya untuk aku...Aku mmg tak jangka banyak la pulak barang hantar yang di bawa...aku dgn mak aku just prepare kek aje..last2 tambah dengan kuih raya...haahaha kami mmg x prepare sangat sebab persetujuan nak jumpa ni mmg last minit...

Sesi menyarung cincin pada bakal menantu gebu berbaju hijau...
Cincinnya ada sikit ketat tapi nasiblah padan ...
Sesi beramah mesra dengan bakal mak mertua

Sesi beramah mesra dengan bakal mak saudara..
Team perunding..dr hujung kat pintu pakcik en.Naza...pastu pakngah aku, tokki aku n my father


Sesi makan kek

Sesi makan kuih raya pulak..mak aku dok melayan budak2 ni

Hoho ni candid aku tengah makan nasi...pukul 4 lebih baru lah aku dapat menjamah makanan dengan cincin baru di tangan...hehehe
Aqil yang ralik mengerjakan kerepek pisanng BBQ...habis sebekas dia makan sorang sambil tengok citer ular emas


Alhamdulillah majlis berjalan lancar...n persetujuan dah dibuat iaitu majlis kenduri kahwinnya akan dilangsungkan pada bulan Februari masa cuti Tahun Baru Cina nanti....lepas habis belajar aku akan sibuk buat persiapan mana2 yang belum di buat sebab lepas tengok kalendar, Raya Cina jatuh pada 3hb dan 4hb Feb 2011..kemungkinan besar aku buat 5hb Feb 2011..insyaallah...semoga semuanya berjalan lancar..pada kawan2 aku sila spare that date ya until i recnfirm back..Last but not least aku sangat2 berterima kasih pada makcik2 aku n family yang datang pada hari tersebut sebab diorang la banyak tolong...thanks so much to all.. nanti wa belanja makan nasi minyak raya cina nanti ya...tungguuu..hehehe

With Loves,