Sunday, September 13, 2009

Outing For Food

Masuk minggu kedua puasa semua pun da jelak da beli makanan di bazaar ramadhan dekat Bukit kachi yang agak kurang pilihan...so everyone pun nak ubah selera..asyik teringat je merryBrown yang satu2nya restoran fast food yang available dekat Changlun iaitu pekan paling hampir dengan Kolej..huahuahua...kesian pada kami...sangat terpenjara...hehehe sabar itu separuh daripada iman...nak pulakbulan puasa...
kebetulan semua mengeluarkan idea nak p tapau makan dekat Merybrown so aku n yg lelain pun amik kesempatan membeli belah skip kat Cmart...Pasaraya kecil yang ada semua keperluan yag diinginkan utk student di uum...(hehe..promote pulak)
kebetulan lagi Anis pinjam periuk nasi dekat kawannya so aktiviti memasak akan bermula untuk 2 3 ari di bilik operasi blok E no bilik 216...hahaha..akhirnya kami dapat jugak merasa menu baru berbuka puasa....siap ada buat spageti perisa ikan bilis...confirm rasanya da sebijik rasa sardin walaupun sikit pun x letak sardin mahupun tin sardin pun xde berdekatan tempat memasak tu..huhu...biasalah kalau dah chef2 amatur berkumpul maka resipi-resipi baru ala fushion akan dicipta buat makanan 6 kepala jiran sebelah menyebelah...
 
Sempat bergambar sambil tunggu prebet sapu kawan anis..si arip sampai...time ni da lewat da sebab jam dah hampir pukul 6..tp dek kerana kebulurkan Merybrown yang satu kami tetap menunggu dengan sabar dan beriman...huhuhu..
percubaan kedua memasak spagetti...tapi ni guna yang segera..cume tambahkan susu low fat sahaja...cnfirm x taruk ikan bilis or sardin.. 
operasi kali kedua berjaya akhirnya...keadaan kembali kepada normal iaitu membeli makanan kat Bazaar bukit kachi, Mall Kachi atau Cafe KakMona tanpa sebarang rungutan sebaik sahaja periuk nasi dipulangkan kepada tuannya... 
p/s: aku sungguh malang kerana sepuluh hari yag lepas periuk nasi yang aku beli telah punah dek kerana mungkin ada wayar yang terputus maka keje rewang masak memasak terpaksa ditangguhkan mungkin sehingga selepas cuti raya...aku sungguh sadis..

No comments: