Wednesday, May 19, 2010

Sesi Test Skills

Menu pertama...(Semua menu kebanyakkan daripada blog faveret aku... Hana's family)

Karipap Rangups...


Bahan-bahan
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air
INTI
5 biji keledek
2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
air
Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim. 

Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan (aku guna ubi kentang)

Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.(aku cincang je bawang...xblend pun..hehehe)

Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....(disebabkan terlebih terer...aku kelim manually je ...actually x de karipap punya alat tu..hahaha tapi menjadi jugak kelim aku tu...)


Ha...inilah hasilnya karipap pertama aku....


Muffin...




Bahan-bahan 
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara


1.            Cairkan coklat.
2.            Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3.            Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang). (En.Naza yang tolong kacaukan...hehehe)
4.            Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5.            Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati. (Aku hampir lupa nak masukkan baking powder...mujur ada assisstant yang berdedikasi (en.Naza) yang tolong ingatkan)
6.            Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
7.            Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Untuk hasil pertama, kira boleh diterima...tapi perlu usaha lagi biar ianya lebih kembang dan gebu....

Mee tomyam

Jemput-jemput Udang

No comments: