Tuesday, June 29, 2010

Daging Masak Kering


Bahan-bahan

*Dikisar
2 labu bawang besar
3-5 ulas bawang putih
lengkuas
halia
2 batang serai
lada hidup (nak pedas letak banyak)

Bahan lain
rempah tumis
santan
kerisik
daging
gula melaka
air asam jawa
garam 
gula
daun kunyit
daging

Cara memasak:

- Masukkan bahan yang dikisar dalam kuali..kacau sekejap
- Masukkan daging. Kacau lagi dan masukkan rempah tumis
- Masukkan santan cair dan gula melaka, gula dan garam
- Masukkan air asam jawa, daun kunyit (potong halus2)
- Bila da nak kering, masukkan santan pekat dan kerisik
- Kacau sehingga kering

Sedia untuk di makan bersama nasi atau nasi impit...


With Loves,

Sunday, June 27, 2010

Award From Cik Panadol


Teruja sebab aku dapat award..My first award from cik panadol..hohho aku bukan sakit atau x sihat sampaikan aku dapat award daripada cik panadol...da memang tukang bagi tu nick name nya cik panadol..hehe anyway thanks for always visiting my blog yang slalu updatenya tak tentu masa....

Syarat dapat award ni kena jawab 3 soalan kat bawah ni :

1) Write 5 interesting facts about the person who give you this award
- Kami baru kenal kat ruangan blogger ni...so berdasarkan pemerhatian, cik panadol ni jenis yang happy go lucky n speak her mind out...
- Katanya sangat suka music, McD and coklat
- Masih single mingle so sapa2 yang berminat boleh isi borang pendaftaran yer...
- Punya follower yang ramai berbanding aku yang hanya 10 orang ni maka ini menunjukkan dia adalah seorang yang agak glemer juga...
- Thanks sebab slalu lawat blog ni and leave your comments...

2) 10 interesting facts about yourself of your hobbies
- Suka jalan2 cuci mata masa poket penuh
- Suka try resipi yang best n mudah dan ringkas..
- Suka tengok Korean drama series...addicted to it sampai kena kawal diri time nak exam...
- Suka shopping online...huhu sangat giler tapi sekarang dah dapat kawal perangai buruk ni...
- Suka tengok wayang
- Suka beli novel tapi nak habiskan novel sangat la lambat
- Suka tengok pantai dan ombak
- Suka kucing...
- Suka dating dengan en.Naza..hahaha
- Suka lepak2 sambil gosip2..hohoho

3) Picks your 10 most deserving recipientsand describe them
Lisa - membe masa zaman politeknik aku dulu...dah beranak seorang da..aku jugak yang masih ketinggalan
- Ema - Membe dendang perantau aku kat Utara...
- Yamie - Minah jiwang ni slalu bergosip dengan aku hal2 hati
- Miss Q (Qast) - Mommy tunggal yang berjaya menpositivekan dirinya dan makin hari makin vogue
- Nina The Vogue - Queen of gossip..hahaha tiap kali jumpa pasti ada cerita terbaru lagi terkini
- Shiela - Membe sekolah aku yang makin lama makin berani dan berkeyakinan...good for you.
- Bazlin - Membe time Form 1 sampai form 3 dulu...da lama tak jumpa ni..
- Amira Haryati - Membe time form 1 sampai form 3 jugak...baca blog dia memang banyak mesej yang akan menginsafkan kita...

With Loves,

Saturday, June 26, 2010

Muda Tapi Tak Muda

Ntah hape2 tajuk entry aku ni...heehehe. Ini just berdasarkan pemerhatian aku yang budak kecik ni memang mudah ikut contoh atau perangai orang tua..hehehe...mungkin diorang pun selesa bila berkelakuan hasil tiruan dari orang yang lebih dewasa daripada diorang.... Biasa la time kecik2 ni otak masih pure, fresh n cergas..pemerhatian tajam sebab tak de lagi unsur rabun dan pendengaran pun peka..so hasilnya mereka lebih cerdik dan pick-up masa usia begini...sila lihat contoh di bawah....

Nama : Aqil (my junior cousin)
Makanan kegemaran : Kari daging, kari ayam
Minuman kegemaran : Air oren n gigit air batu
Nama mama : Julaili Ngah
Nama papa : Azam
Lokasi : Bs11 Kampung Sepauk, Nenasi, Pahang
Menu : Nasi lemak gaul sambal

Budak2 sekarang makan dengan sudu...kalau budak dulu makan nasi dengan tangan je..hehe ni kecik2 da pandai gila besi ye...

Bagus Aqil ni sebab kecik2 lagi da pandai makan pedas...bagus macam ni sebab da ajar so nanti x de la nampak merah je tak nak makan sebab takut pedas...

Aku dah dok perati dia makan dari awal sampai habis...start dia angkut pinggan nasi lemak dia dari dapur sampai la kat luar ni...pastu duk bersila depan pinggan..sebelum makan siap tadah tangan baca doa makan tu walaupun x disuruh oleh orang2 yang lebih berumur...maksudnya tanpa pantauan pun pandai baca doa sendiri...

Sila lihat dalam pinggan...tadi punya la penuh nasi sekarang da licin...aku rasa ni sebab lapar sangat ni..hehe bagus2..banyak Aqil dapat pahala hari ni..

Tapi.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang ni memang x boleh blah...stail duduk mengalahkan orang tua ni..hehehe kalau orang tua2 lepas makan mesti duduk macam ni layan air kopi sambil borak2...mujurla x da air kopi depan Aqil tu waktu ni...hahaha dok sorang2 pun leh layan termenung lepas perut kenyang...
aku rasa ni mesti dia tiru gaya mama dia ni agaknya..hahaha...

With Loves,

Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri

Sumber : Google

Siapa tak makan ikan duri? 
Kenapa x makan ikan duri?

Kat kampung ari tu sempat aku makan ikan duri buat pertama kalinya dalam hidup aku..hahaha sebelum ni belum penah makan...ciri2 ikan ni lebih kurang ikan keli n sembilang...ada orang kata dia lagi nak dekat serupa dengan ikan baung...aku x pernah tengok or makan lagi ikan baung...

Time tu acik Ily n pak cik azam yang p mancing kat jeti Nenasi petang tu lepas balik dari Rompin...huhu dapat la jugak dekat 10ekor ikan duri..banyak jugak la sebab yang tukang makannya tak ramai..aku pelik la kenapa  x suke makan ikan ni...xda la rasa pelik ke or hanyir macam ikan salmon tu..aku pernah makan steamboat ikan salmon, humakkk-aiii sangatla hanyir sampai aku terus rasa loya...

Tapi ikan duri yang mak aku masak walaupun mak aku x makan ni x de la hanyir pun...boleh tahan la rasanya sedap jugak...bau pun x de...huhu da memang aku ni semua jenis benda aku makan...i am not the cerewet type la..hehehe...

Tengah dalam periuk...masak gulai tempoyak cili padi ikan duri tapi sayangnya cili padinya tak cukup pedas...kalau pedas lagi 3x ganda kaw-kaw...
yang ni versi goreng pulak...

Tukang pancing : Pak cik Azam
Tukang teman pancing : Acik Ily
Tukang siang ikan : Pak cik Azam
Tukang basuh ikan : Usahasama Pak cik Azam & Acik Ily
Tukang masak : Mak aku
Pemerhati : Aku
Tukang Makan : Pak cik Azam, Abah aku, Zudin n Afif (my bro) and Aku sendiri

With Loves,

Fresh Dari Pokok

Balik kampung hari tu aku sempatla merasa air kelapa muda fresh dari pokok hasil petikkan oleh pak sedara aku Pak Moha...hohoho sila lihat pic di bawah ya...

Percubaan pertama menggunakan galah dan tangga

Cara2 untuk petik kelapa guna galah

Cara kedua...panjat pokok melalui daun kelapa...sila lihat aksi di atas...tidak disyorkan kepada sesiapa yang gayat ya...

ya...sudah berada di atas bersama2 buah kelapa muda yang banyak dan fresh...sila lihat dalam bulatan merah ya...



Melepaskan lelah dan buat acara perasmian party kelapa muda fresh dari ladang...hohoho..

Selain pemanjat kelapa professional, juga adalah mekanik sambilan dengan diploma automotif dan bakal petani moden di Kampung Sepauk, Nenasi..

Ha...sapa2 nak rasa air kelapa muda, meh la datang wedding aku nanti ye...jangan lupa yang bawak hadiah peti ais, tv lcd dengan mesin basuh yer..hahaha..

With Loves,

Tok Muda

Tok mu....hahaha tok muda la...tok bukan sebarang tok...Ton ni baru umur 26tahun...Kahwin pun idak lagi tapi udah ada gelaran tok...Tok sedara.....huhu aku muda lagi la...........

Ha..ni la cucu sepupu aku...cucu kepada anak sedara ayah aku...mak budak ni anak kepada anak sedara ayah aku...badan sikit punya semangat...time kecik umur setahun dulu da kena diet sebab doktor kata obes...


Mujur tak pemalu orang nya...tapi aku tanya sepatah jawab sepatah..hehehe

Ha...yang baju hijau ni adik dia...tapi otai sikit n aktif sikit dari abangnya...kelakar je tengok keletah dia time ziarah umah nenek dia kat Rompin aritu...aku lupa pulak nak tanya nama budak berdua ni..hehehe tak sangka...baru nak rancang kahwin dah ada cucu da...

With Loves,

Dua Siri Perkahwinan Pupu & Dua Pupu

Aku lambat update lagi buat kesekiankalinya...majlis kahwin 2 siri ni sebenarnya dah berlaku pada 17hb dan 19hb yang lepas...sekarang sudah26hb..hohoho...aku x sempat la nak berblog akhir2 ni sebab banyak hal pulak nak handle...acually pada 17hb lepas aku hadirkan diri di majlis anak kepada sepupu mak aku...maksudnya dua pupu aku la kan...Majlisnya berlangsung kat Rompin Pahang...memang meriah giler n ramai orang beb...sebab orang ramai giler rupanya sebab bapa pengantin tu Ketua Kampung kat situ...mengikut sumber, 5 ekor lembu, 1 ekor kerbau dan 2 ekor kambing dah tumbang bagi meraikan majlis kali ni...punyalah meriah....Semoga berbahagia ke akhir hayat la hendaknya....amin....

Rombongan pengantin lelaki sampai..


Banyak betul hantarannya...13 balas 15...


Selamat Pengantin Baru


Ni rombongan keluarga aku..ada 3 generasi..hehehe... 
Waktu ni tengah nak menunggu balik 


Ha...ni pulak majlis 19hb di Muadzam Shah...Majlis sambut menantu anak Pak Ngah Mat aku...Sangat la meriah macam Majlis Kahwin belah perempuan pulak siap ada karaoke semua..


Selamat Pengantin Baru jugak..semoga berbahagia selalu...


Ni anak teruna tunggal Pak Teh aku...ikmal namanya...geram aku nak cubit2 pipi budak ni...


Sepupu sepapat aku yang masih muda remaja lagi...


Ni tuan punya blog...huhu saja je enter frame..aku tahu ramai yang rindu kat aku ni...
Hm...kadang2 aku pakai tudung ni rasa macam berumur da aku ni padahal aku rasa aku ni berjiwa muda remaja lagi...

With Loves,

Monday, June 21, 2010

Chicken Luncheon Rolls


First time buat roti ni...hehehe sangat suka hati sebab menjadi walaupun rupanya x secantik original resipinya...dan sempat juga bagi bekal pada en. Naza...actually aku wat minggu lepas hari Selasa...tapi disebabkan aku balik kampung Khamis lepas so x sempat nak update blog...

Original resipi boleh dapatkan di Dapur Tanpa Sempadan...

Bahan-bahan

250g tepung roti (high protein flour)
30g gula halus
20g susu tepung
6g instant yeast
1/2 camca teh garam halus
1/2 camca teh bread softener
1//2 camca teh bread improver
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus (optional)
2 kuning telur
130ml susu segar (aku guna air)
30g mentega
cheese (aku guna kraft single je)
sosej secukup rasa

Cara-cara

1. Satukan semua bahan kecuali mentega, sosej dan cheese
2. Gaulkan menjadi doh kemudian baru masukkan mentega dan gaulkan lagi
3. biarkan naik 2 kali ganda dalam masa 45 minit, tutup dengan penutup
4. Kemudian keluarkan doh, tumbuk2 untuk buang angin
5. Canaikan menjdi 4 persegi, taburkan sosej dan cheese kemudia gulungkan menjadi seperti swiss roll
6. potong doh yang telah digulung dan letak di atas talam pembakar
7. Biarkan selama 4 minit supaya naik..
8. Bakar dalam oven pada suhu 190 darjah celcius selama 20-25 minit

Hasilnya adalah seperti di bawah ini.....siapa-siapa yang berminat bolehlah cuba ya...
Bahan-baha


Aku letak sos dan mayonis sebelum tabur cheese dan daging





With Loves,

Friday, June 04, 2010

Info Perkahwinan

Source : google image

Antara info perkahwinan yang aku tahu serba sedikit berdasarkan pemerhatian, pendengaran dan melalui penglihatan adalah seperti di bawah ini....
  1. Perkahwinan yang paling diberkati ialah perkahwinan yang menglibatkan mahar atau mas kahwin yang paling sedikit... Info ni aku tau dari rancangan Semanis Kurma kat Tv9 yang ditayangkan masa kaum-kaum lelaki pergi solat Jumaat petang tadi...kata ustazah tu, mas kahwin ni diwujudkan kerana Islam nak mengangkat martabat wanita ke tahap yang lebih tinggi...ada yang tanya, kalau nak mengangkat martabat wanita ke tahap lebih tinggi kenapa pulak mas kahwin yang ditetapkan sedikit...tapi ustazah tu da cakap da...yang sedikit itu lah yang paling diberkati....
  2. Persandingan dibenarkan dalam perkahwinan tapi dengan syarat yang sangat ketat iaitu hanya untuk tontonan ahli keluarga sahaja...jadi untuk itu disarankan untu dielakkan sebab nak mengurangkan pembaziran dan sifat menunjuk-nunjuk...jadi disarankan fokus kepada perkara-perkara yang diwajibkan...
  3. Hantaran adalah dianggap hadiah dan syaratnya mestilah tidak membebankan pihak lelaki...so it is not necessary to ask or to state how much the bridegroom have to give untuk wang hantaran...tapi perkara ni la yang slalu dilupakan....
  4. Pakaian pengantin perempuan mestilah tidak jarang atau ketat. Ini adalah antara syarat untuk medapatkan keberkatan dalam perkahwinan yang dilangsungkan....
  5. Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut tapi jangan la pula kerana nak melangsungkan perkara baik ini berlaku pembaziran...
  6. Sebaik sahaja diijabkabulkan...pasangan yang berkahwin itu dianggap telah menunaikan 50% daripada tanggungjawabnya sebagai seorang Islam kepada Allah s.w.t.dan selebihnya adalah ibadat-ibadat lain yanng perlu ditunaikan.....ini menunjukkan bahawa perkahwinan itu merupakan perkara yang penting yang wajib ditunaikan...
Source : google image


With Loves,