Friday, June 04, 2010

Info Perkahwinan

Source : google image

Antara info perkahwinan yang aku tahu serba sedikit berdasarkan pemerhatian, pendengaran dan melalui penglihatan adalah seperti di bawah ini....
  1. Perkahwinan yang paling diberkati ialah perkahwinan yang menglibatkan mahar atau mas kahwin yang paling sedikit... Info ni aku tau dari rancangan Semanis Kurma kat Tv9 yang ditayangkan masa kaum-kaum lelaki pergi solat Jumaat petang tadi...kata ustazah tu, mas kahwin ni diwujudkan kerana Islam nak mengangkat martabat wanita ke tahap yang lebih tinggi...ada yang tanya, kalau nak mengangkat martabat wanita ke tahap lebih tinggi kenapa pulak mas kahwin yang ditetapkan sedikit...tapi ustazah tu da cakap da...yang sedikit itu lah yang paling diberkati....
  2. Persandingan dibenarkan dalam perkahwinan tapi dengan syarat yang sangat ketat iaitu hanya untuk tontonan ahli keluarga sahaja...jadi untuk itu disarankan untu dielakkan sebab nak mengurangkan pembaziran dan sifat menunjuk-nunjuk...jadi disarankan fokus kepada perkara-perkara yang diwajibkan...
  3. Hantaran adalah dianggap hadiah dan syaratnya mestilah tidak membebankan pihak lelaki...so it is not necessary to ask or to state how much the bridegroom have to give untuk wang hantaran...tapi perkara ni la yang slalu dilupakan....
  4. Pakaian pengantin perempuan mestilah tidak jarang atau ketat. Ini adalah antara syarat untuk medapatkan keberkatan dalam perkahwinan yang dilangsungkan....
  5. Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut tapi jangan la pula kerana nak melangsungkan perkara baik ini berlaku pembaziran...
  6. Sebaik sahaja diijabkabulkan...pasangan yang berkahwin itu dianggap telah menunaikan 50% daripada tanggungjawabnya sebagai seorang Islam kepada Allah s.w.t.dan selebihnya adalah ibadat-ibadat lain yanng perlu ditunaikan.....ini menunjukkan bahawa perkahwinan itu merupakan perkara yang penting yang wajib ditunaikan...
Source : google image


With Loves,

No comments: