Sensitif? Ya, semua orang memang ada sifat sensitif cuma yang membezakan setiap orang ialah kadar peratusan sifat sensitif tersebut dalam diri mereka sama ada banyak atau sedikit. namun yang pastinya kaum perempuan memang mempunyai peratusan sifat sensitif yang lebih tinggi daripada lelaki disebabkan mereka ini mempunyai 1 akal berbanding lelaki yang mempunyai 8 akal.
Jadi bagi kaum perempuan yang memang terkenal dengan sifat sensitif tu, anda perlulah tahu bagaimana nak kawal emosi anda supaya tidak berlaku hal-hal remeh yang boleh memburukkan keadaan atau hubungan anda sesama manusia..
Aku? ya, aku juga sensitif..malah aku akan menjadi begitu sensitif pada masa-masa tertentu yang membuatkan aku menjadi seorang yang sangat lemah dan putus as. Bergantung kepada keadaan atau situasi yang aku lalui dan yang nyatanya, seseorang itu akan menjadi mudah tersentuh dengan orang-orang yang rapat dengan mereka..
Cara aku kawal emosi? aku seorang yang pemendam rasa. Aku memang sangat tak suka orang lain tahu apa yang aku rasa. Aku akan sebolehnya sembunyikan apa yang aku rasa so that cuma aku yang melaluinya dan tidak akan melibatkan orang lain. Dan ini akan menjadikan aku seorang perahsia tegar. Aku punya cara sendiri bagaimana mahu merawat dan memulihkan emosi gawat aku... Tapi satu keburukan bagi yang juga mengamalkan pendam rahsia ini adalah perlu kuat untuk menghadapinya seorang diri sebab kalau mental x kuat maka kamu akan mudah lemah n tewas. Jangan biarkan diri sendiri mudah kecewa, perlu menjadi seorang yang positif dan sentiasa ingatkan Allah. Satu cara lagi untukkawal emosi dan mendapat ketenangan ialah dengan membaca Al-Quran. bila baca, hati akan jadi lega sebab kita tahu Allah akan bantu kita menghadapi saat2 kesukaran...
Biasalah hidup, pasti ada saat sukar dan gembira...saat tenggelam dan saat timbul. Sama seperti perasaan aku, kadang2 aku akan rasa sangat sedih n tak kan mengulangi apa yang aku lakukan dan saat lain pulak, aku akan rasa mungkin ini dugaan buat aku dan aku hanya perlu berikan peluang kedua. perasaan akan berubah-ubah bergantung bagaimana kita memujuk hati kita.
Biasalah hidup, pasti ada saat sukar dan gembira...saat tenggelam dan saat timbul. Sama seperti perasaan aku, kadang2 aku akan rasa sangat sedih n tak kan mengulangi apa yang aku lakukan dan saat lain pulak, aku akan rasa mungkin ini dugaan buat aku dan aku hanya perlu berikan peluang kedua. perasaan akan berubah-ubah bergantung bagaimana kita memujuk hati kita.
No comments:
Post a Comment