Wednesday, May 25, 2011

Macam Mana Nak Dapat Anak Cepat


Petua ni aku jumpa di http://pakarhowto.com..hehe saja je gatal tangan kot ada petua yang boleh diikuti... Tapi ni semua kerja Tuhan maka kita cuma boleh berusaha dan tawakal...

Petuanya begini :

1) Ambil segenggam kacang hijau
2) Rendam kacang hijau tu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira2 panjang ekor anak tauge tu menjadi 2x panjang kepala tauge). air rendaman tu mestilah sama aras dengan kacang hijau supaya kacang tu tenggelam dalam air.
3) Tutup bekas rendaman tu. guna periuk lagimudah
4) Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada
5) Rebus tauge tu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana
6) Bila air rebusan dah jadi separuh, tapis dan ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas)
7) Minum air rebusan tu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sehingga waktu subur

Menurut web ni, ada yang mengamalkan dalam masa sebulan dah nampak hasilnya tapi semuanya bergantung rezki yang Allah nak bagi pada kita...so selamat mencuba...

p/s: aku x cuba pun lagi petua ni...hehe.. sapa2 yang dah cuba bagitau aku ya apa hasilnya...

2 comments:

karipapsayur said...

Eh, tak tahu pun ada resepi gini! Hehehhe.. Haku xmau amalkan. Nak lek2 duluu.. hhehehhehe

KePOchi LaTTe said...

hehe kebetulan aku terjumpa...ko xpe.., dah ada hero sorang...leh bulan madu lama2 skit dulu before nak dapatkan yang 2nd...