Tuesday, July 27, 2010

My Hantaran To Be

Da beli dah sikit2 barang aku untuk hantaran walaupun majlisnya masih lambat lagi...aku x mampu la nak beli sekaligut at one time so berdikit2 lama2 jadi bukit...
Yang ni aku dah beli since awal tahun lagi

A simple cotton untuk hantaran kain pasang
A multicolor purse purchase from blog Sapphire ministore..Aku memang suka warna2 pelangi ni...hehehe

Love to cook so i choose DKNY - Be Delicious..hahaha acah je..saja2 je pilih yang ni sebab murah...within my budget yang ciput tu..

 Thats all for now la...nanti bila ada lagi aku update...kawan2 yang nak bagi suggestion pun sangatlah dialu-alukan...

With Loves,

Lenora Cranberry n Liberty

Aku memang tengah dalam proses menyediakan persiapan kahwin aku...especially untuk barang hantaran...Tapi right now i am already in Sintok...UUM...sebabnya semester baru dah hampir 3 minggu bermula..hahaha sungguh lambat aku update sebab aku a bit busy this three weeks to settle what need to be sttled...terutamanya thesis aku yang nak didaftar n alhamdulillah semuanya dah selesai cuma menunggu aku ni insaf sikit untuk start buat thesis...hahahaaaa kena build up my spirit for this sem coz i am going to deal with 6 papers n a thesis...orang lain kurangkan jam kredit untuk akhir semester tapi aku terbalik pulak sebab siap pergi apply tambah lagi 2 jam kredit n menyebabkan aku punya rm80 terbang kepada bendahari uum...

 Owh...ini bukan persiapan kahwin aku...xkan la aku nak buat crocs ni untuk hantaran aku (walaupun aku ada memikir utk buat demikian tapi dengan crocs lebih sesuai as a last choice for hantaran shoes...hahaha)...

Ni Crocs baru aku namanya Crocs Lenora..sila berkenalan dengan beliau....aku beli ni dari link kat bawah ni...sila klik pada gambar ya...


Ya...aku mementingkan keselesaan dan aku juga bukan jenis yang 'habis madu sepah dibuang'. Disebabkan keselesaan yang dijanjikan maka aku pun x kisah untuk purchase crocs lagiu buat the 2nd time dari aku beli kasut RM20 then pakai x sampai 3 bulan dah rosak better aku beli kasut yang lebih mahal sikit tapi end up aku boleh lenjan selama lebih dari setahun...before this punya crocs (malindi watermelon yang juga sama dengan warna yang ni although this one is Lenora cranberry) aku dah pakai untuk 2 semester n this semester i still can use it walaupun kadang2 bila hujan agak licin...crocs lama tu dah jadi kasut kuliah n kasut jalan aku dah...Owh aku sudah bagi promo free untuk Crocs....Kasut aku ni kebetula ala2 pink...aku assume it will be red but once open the parcel its  pink..hahaha....jodoh aku dengan pink agaknya...

Aku sangat suka sama ini cotton Liberty..


With Loves,

Tuesday, July 20, 2010

Bulan Mengambang Penuh

Aku dah lama sebenarnya nak makan menda alah ni...macam best je tengok...n mahal pulak tu tapi orang cina memang suka makan...sanggup beli berpuluh2 ringgit semata2 nak makan yang sedap...siap ada filling dia kaki b**i lagi..memang tak agak la keekstreman kuih ni...
Ala..kalau sebut bulan mengambang tu mesti korang da dapat agak kuih yang aku maksudkan tu ialah kuih bulan kan...tapi yang ni versi halal tau...siap ada cop halal yang original ye...kalau tak aku pun x berani makan...ni pun hasil provoke dari kawan aku sebab dia dah biasa makan..so aku x de la waswas....

 Ini la rupanya kek bulan yang aku beli..
Location : Cosway
Type : Mildura Pure Red Bean
Price : RM8++ (aku lupa harga beli hari tu tapi rrm8 lebih)

 Memang bersinar je kuihnya bila amik gambar...nama pun kuih bulan kan...

 Punya la banyak red beannya...memang sedap la...aku makan 2 3 ari jugakla baru habis...

So sapa2 nak cuba boleh lah dapatkan di cawangan Cosway berdekatan dengan anda ya...


With Loves,

Sunday, July 18, 2010

Zoo


Zoo merupakan sebuah filem komedi fantasi. Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja.
Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan zoo, Lan secara tidak sengaja telah menyertai satu sesi temuduga yang dikendalikan pengurus zoo, Encik Din. Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itulah bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan. Lan telah diperkenalkan kepada seorang pekerja di situ iaitu Shila.
Menurut Shila, ramal pengawal di zoo telah lari selepas semalaman bekerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita daripada Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawalkannya. Pelbagai insiden lucu berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut.
Lan sendiri melihat haiwan-haiwan seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan. Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara itu kepada Shila dan Encik Din tetapi mereka tidak mempercayainya. Begitu juga dengan Encik Osman yang turut bekerja di zoo tidak mempercayai kata-kata Lan.
Osman pula pandai membodek Encik Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik.
Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut. Encik Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberikan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan haiwan-haiwan tersebut untuk membuktikannya tidak bersalah.
Menerusi siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di zoo, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar dengan bantuan orang dalaman. Lan telah menamakan beberapa suspek yang dicurigai tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri.

 Aku bagi 3 bintang...

Ada part yg boleh tahan n kelakar but most of all kita boleh predict what will happen next..ada jugak part boring tapi aku tengok en.Naza gelak sakan je sambil tepuk2 perut tengok citer ni so i assume he likes it...so everyone has their own opinions...Tapi aku memang tak suka Lisa Surihani berlakon...kaku je nampak...kurang feel la dia tu...banyak dapat berlakon filem mybe sebab dia cantik kot...even dalam Adamaya pun dia nampak kaku n keras...x best.

Aku x sabar nak tengok Senario time raya nanti n jugak 4 Madu juga disiarkan raya nanti...giler best previewnya so ceritanya mesti kelakar gila...
With Loves,

Predator


Chosen for their ability to kill without conscience, a group of killers, some trained and some who are not, must endeavour the alien race of predators that have set out to target them as prey. Dropped into the vast jungle of a distant world, these human predators must learn just who, or what, they are up against, and that their ability, knowledge and wits are tested to the limits in the battle of survival of kill or be killed. 

Aku bagi 3 bintang je...ceritanya dah confirm2 memang cerita aksi...tapi confirm ada part boring sebab en.Naza sempat tertido sekejap dalam panggung..bila part interesting baru dia bangun tengok..hahaha....so sape2 yang penat2 keje n nak tengok wayang untuk release tension, dont ever choose this kind of movie coz u will end up sleeping soundly...hohoho

Pada aku, cerita predator yang mula2 tayang dolu2 lagi best la...yang ni memang ceritanya tidak ada penghujung sebab those 2 yang stuck kat planet tu akan stuck kat sana forever...even diorang dah kalahkan 3 predator but then they will face another three of them in the next season where there will be more killers like the both of them yang akan turun ke planet tersebut untuk dijadikan bahan mainan predators2 tu...


With Loves,

Geng Gebu

Best betul bila bergambar dengan geng2 gebu ni...dah macam anak patung da....

Kesian Loli...habis kemek2 muka aku kerjakan...tu la sapa suruh gebu sangat...

Cium dia...

Bulatnya mata budak baik ni...Aku nampak gigi pun jadi la...hehehe

Me n Loli the grey...

Loli tengah tido di pelukan ku..

Time kat rumah nina kat Kampung Endah, Banting

Sampang kembang2 bulu time bergambar...

Lola n en.Naza

Me n Nina n Geng Gebu

Lola dah macam burung hantu da....

Best betul dia melanding time en.Naza tengah drive...biasalah budak kecik...

Budak nakal tengah tido...tido nak berpangku...bukan main lagi...

Me and Lola...Lola menayangkan kegebuan + kecoolan dia...

p/s : Rindu la kat diorang ni....bila la lagi boleh jumpa...


With Loves,

Wednesday, July 14, 2010

Santap Ke Sentap?

Makan2 time...Jumaat lepas sebelum aku balik Sintok Hutan Simpanku ni, en.Naza ajak aku pergi menonton wayang di Jaya Jusco Bukit Raja...of course la pergi malam disebabkan en.Naza bekerja pada hari tersebut... Kami pergi tengok cerita predator...nanti aku wat review filem tu ya....

Sebelum tengok wayang kami isi perut kat Nando's...time tu memang da agak lewat la dalam pukul 9 lebih n main menu iaitu chicken punya menu da habis..huhu frust betul...so kami order la mana yang ada.... Sila layan pictures di bawah ye....

En.Naza buat aksi silap mata dengan botol blackpepper


Yang munculnya ialah botol sos..hoho


Aksi lagak menahan pedas...Hot peri-peri


Macam2...


ha...ni dia menu yang en.Naza pilih...ayam yang bergantungan tu memang recomended la...memang sedap...fun fries pun masyuk...gemuk2 friesnya...this menu include air segelas is RM29.90... aku x tau la whether this is cheap or expensive...hahaha


Ready untuk masuk perut...


Yang ni menu aku...huhu sadis antarabangsa betul...hanya dengan rupa seperti ini aku terpaksa bayar RM10++...ini sangatlah tidak berbaloi...lagi sedap aku makan oblong yang sekarang femes terjual di tepi-tepi jalan nun ha...aku memang terkedu bila dapat hidangan ni...

But i admit that Nando's punya ayam panggang lagi best dr Kenny Rogers la...n sos dia pun pedas...tu yan bestnya...tapi dinasihatkan korang2 kalau nak makan kat Nando's x payah la order burger yang macam aku order tu...Sentapp...


With Loves,

Tuesday, July 13, 2010

Kiasan Hanjing Edisi 2

Ni aku nak sambung entry aku pasal kiasan tu...kalau korang baca memang mula2 konfius apa yang nak disampaikan...mula2 baca mesti rasa macam apa yang nak disampaikan adalah cerita lawakkan...Aku pun time mula2 baca sms tu memang x paham sebab apa kena mengena sms tu dengan masalah yang dihadapi ni pastu cerita pasal kena kejar anjing pulak tu....

Setelah diterangkan barulah aku tahu yang ni kes sebenarnya kawan makan kawan...hoho sangat geram bila aku tahu...kesnya bermula bila en.Naza ada la buat part time jual barang2 kereta...macam spare part honda la...kalau korang tengok kat facebook aku or en.Naza sure perasan ada iklan nak jual spare part honda...tu la barangnya...disebabkan kawan en.Naza ni nak beli spare part keta tu, punyalah rancak sms n tanya harga la sume...kira deal la kan, siap nak mintak harga murah yang memang x boleh nak bagi harga tu...kira harga yang ditawarkan tu da murah sangat da....pastu dia suruh booking la barang tu kira nak suruh hold...orang kalau jual barang keta macam tu x de main da nak hold, kalau jadi kena 'on' deposit la...si kawan ni nampak macam nak sangat la barang tu tapi x sempat nak bank in duit lagi...so en.Naza on la dulu deposit RM500..diulangi RM500...ni semua kes percaya kawan..ye lah, kawan rapat jugak lah sebab selalu hang out sesama..kenal time blajar 2 tahun kat kolej kesihatan dulu.... En.Naza da pesan suruh masukkan duit cepat sebab kawan ni tau en.Naza da dahulukan deposit tu...sms punya sms senyap je...barang dah booking da...

Lepas tu dampailah sms berbunyi seperti kat entry edisi 1 tu. maksudnya kena kejar anjing tu sebenarnya kena paksa bayar deposit n beli barang yang dia beriya2 nak sebelum ni...n selogiknya kalau maksud dia macam tu, maknanya en.Naza ni ibarat anjing yang kejar dia la...then dia kata nak cover malu, dia kejar anjing tu semula n cakap padan muka anjing tu..maksudnya dia balas balik dengan membatalkan hasrat nak beli barang kereta tu...so deposit en.Naza RM500 tu akan burn jika tak de buyer lain...

Bagi aku, cara ni memang sangat sinis n 'kurang hajau'. Sanggup dia buat kawan macam tu..aku pesan pada en.Naza lepas ni kawan rapat macamane pun jangan ulangi perbuatan yang sama...n for sure xde dah en.Naza nak kawan denngan malaun tu...hampeh nak mapos...aku memang geram sebab duit tu sebenarnya en.Naza nak wat beli barang hantaran kitorang sikit2...tapi sebab kawan yang x de otak tu semuanya tak jadi...aku harap sangat la biar malaun tu dapat balasan setimpalnya....Aminnnnnn


With Loves,

Friday, July 09, 2010

Kiasan Hanjing Edisi 1

" Huhu terharunya saye...rasa nak menitik air mata rasenya, huhuhu, tp bkan sebab apa nak menitik  air mata sebab menahan malu air muka td kena kejar dengan anjing td depan awek ramai lak tue. cilakak punya anjing. tapi nak kaber malu punya pasal aku kejar anjing tue balik, hahaha, biar anjing tue malu plak...hahaha..cilakak btol, mana nak letak muke neh, huhuhu...rase nak pindah luar negeri jek..huhuhu"


Apa yang korang paham dengan mesej yang aku tulis kat atas ni...? Sila bagi pandangan anda...nanti aku sambung kat edisi kedua pulak...

With Loves,

Wednesday, July 07, 2010

1st Preparation

This is my 1st preparation for the event that i've been waiting for quite some times...just a simple outfit for this event...blue and cream are colors that i choose...yup...i would like it simple as i dont really love to be glamorous...

Lace and satin


Raw silk and satin silk

With Loves,