Tuesday, July 26, 2011

Apam Polka Dot

My second try after the first one turn out to be disaster a few month ago...so i made it this time although the shape were not as nice as they should be... Ni semua kesalahan teknikal sebab aku x letak paper cup tu dalam bekas apam yang kecik2 tu...aku letak dalam loyang terus so bentuknya jadi macam-macam bentuk instead off bulat2 and cute mute.. X kisah la asalkan menjadi cubaan kedua aku ni..

Aku buat dalam jangka masa yang sangat pantas..ni pun buat kat umah mak aku di Kuantan sambil-sambil tunggu nak bertolak ke Terengganu lepas Zohor...saja2 nak try skill buat apam ni untuk wat buah tangan pada mak mertua aku and adik2 ipar aku.


Ni tinggal masukkan dalam kukus aje. sekejap je masak, x sampai 10 minit 



Disebabkan filling seperti dalam bahan di bawah x ada so aku letak coklat rice sebagai filling nya..hehe itu je yan ada dalam simpanan mak aku...


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


Ini lah rupanya hasil air tangan aku...look nice jugak la walaupun x cute mute...hehe


Lepas ni leh buat lagi untuk juadah raya n akan aku pastikan hasilnya nanti akan sangat gebu n cute..hehe

No comments: