Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya Berat B**tot


Haddoyaaaaaiiii... panas hati aku tengok game malam tadi Malaysia Vs Singapore. Dengan lagak Singapore yang mengasah skill lakonannya, dengan lagak pemain Malaysia yang kelihatan seperti malas nak bergerak..huhu sabor aje la aku tengok. Geram je tangan nak alih siaran lain tapi disebabkan ada sekelumit harapan untuk melihat Malaysia menang bergaya maka gagahkan hati n tabahkan jiwa tengok jugak diorang main semalam.

4-6.... Akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan Malaysia di tangan aktor-aktor  Singapore yang  gigih berlakon teater di padang bola semalam. Namun begitu, apa yang dapat aku ulas ialah,  walaupun Singapore berteater dan ber'soap' drama semalam tetapi permainan mereka tetap lincah dan tepat saat bola bermain di kaki dan dengan mudah lolos daripada pertahanan Malaysia hingga menjaringkan sebijik gol. Berlakon tetap berlakon tetapi bila sampai masa berlari berkejaran dengan bola, they run with all their might to reach gol Malaysia. Pemain Malaysia pula kelihatannya sangat malas bergerak dan membiarkan banyak peluang lepas begitu sahaja. Mereka kelihatan berat bontot nak berlari sekuat hati mengejar bola tidak seperti penyokong Malaysia yang bersungguh-sungguh memberikan sokongan mereka dengan menjerit their heart out to support the team.

Yang pasti, ramai penyokong Malaysia yang pulang kehampaan melihat permainan yang hampeh dari team Harimau Malaya. Come on la guys, tangkas la sikit seperti pemain Singapore yang lagaknya seperti muda belia tetapi pantas mencuri peluang walaupun mereka juga handal membuat lakonan sehingga penjaga gol mereka dilayangkan kad kuning akibat lakonan yang kurang mantap. Apa yang dapat aku lihat semalam, hanya lebih kurang 15 minit terakhir permainan kelihatan pemain Malaysia semakin tangkas dan aktif membuat serangan tidak seperti di awal dan pertengahan permainan di mana mereka seperti tidak mahu berganjak mencari peluang. kalau lah di awal permainan lagi mereka sudah aktif dan garang, maka x mustahil harimau malaya bakal mengaum lagi malam tadi. (- -_")

No comments: