Friday, July 15, 2011

Kedai Makan Dalam Kampung

Minggu ni banyak betul entry makan-makan yang aku post dalam blog...haha nampak sangat aktiviti aku ni banyak melibatkan makanan...maklumlah, nama pun surirumah. Minggu ni, dinner time aku n en.Naza semuanya kat luar. Hari-hari makan kat luar, malam ni je x tau en.Naza nak makan kt luar ke makan kat rumah... 

Mujurla time tengahari aku slalu masak simple-simple aje. kalau x, makin gebu mebu la aku..huhu mintak dijauhkan. Tengah memaintainkan berat badan ni sebab slalunya orang kata lepas kahwin mesti berat badan naik...alhamdulilah setakat ni berat badan x de la menaik tapi menurun ada la walaupun bukan dalam kadar yang banyak. Have to put more effort ni... 

Minggu ni, 2 malam en.naza bawak aku makan kat kedai makan dalam kawasan kampung. Walaupun duduk dalam kampung tapi bisnes diorang ni memang laku la sebab memang boleh tahan sedapjugak masakannya. Satu tu en.naza panggil kedai Baharom sebab tukang masaknya nama Baharom. Nama kedainya Tasa Seafood x silap aku la. Pastu semalam kami makan kat Jenjarom kat D'Kampung Cafe. kat sini pun sedap, kedainya pun selesa je. Budak waiter tu kata yang special kat situ ialah nasi ayamnya. boleh tahanla sedap. 

Kesimpulannya, kedai makan kalau letak kat mana-mana sekalipun, kalau sedap memang akan ramai orang. Dalam kampung pun customer sanggup redah kalau kualitinya terbaek. Huhu kali ni x de gambar la sebab kamera handset cabuk aku x leh nak capture sebab malam...

No comments: