Wednesday, July 13, 2011

Pau Goreng

My first try (semalam)... X de la susah sangat cuma lenguh menguli aje.. Rajin sekejap sebab nak pulangkan piring kuih mak aji (isteri tuan rumah). khamis lepas diorang bagi kamiorang kuih. Pastu malamnya pulak bagi nasi lemak sebab ada wat tahlil agaknya bersempena malam Jumaat. So pau goreng edisi homemade buat Mak aji n Pak aji.


 Fillingnya aku buat simple aje
Filling : Kentang. bawang besar, bawang putih, kiub ayam knorr skit, kari ayam sikit

Resipi :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar marjerin
- minyak sayuran
- yis kering (mauripan) - yang ni aku main letak ikut suka je
- 3 sudu makan gula kastor (aku letak gula biasa aje)
- air suam
-- Campur semua bahan kecuali air suam n minyak sayuran. gaul hingga sebati
-- Kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit.
-- Kemudian baru la masukkan minyak sayuran.
-- Uli la sehingga doh menjadi licin kemudia rehatkan 10minit.
-- Lepas tu boleh la buat bulat-bulat n isi filling/intinya.
-- Bila dah siap, rehatkan doh 45minit sebelum digoreng atas api sederhana.

Ini lah dia rupanya...besar pulak bila dah goreng sebab dia mengembang...lain kali aku buat kecik2 pulak.. Yang ni sepiring untuk Mak aji n Pak aji.


mmmm

No comments: