Tuesday, January 05, 2010

Pinjam Buku

 
Gambar kat hadapan tangga Cinderella Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM

Semalam hari Isnin aku jadi budak baik...Oleh kerana aku terlalu pandai susun jadual sehingga aku memang totally free hari Isnin n Khamis daripada sebarang kelas kecuali Hari Khamis ada slot dengan mentor aku, jadi aku telah pergi ke library dengan tujuan mahu memborong buku sebelum anyone else grab them...hahahaha aku mahu dapatkan dean's award semula untuk this semester...Actually da 2 kali aku plan nak pergi tapi baru kali ketiga plan menjadi....biasalah tu...kalau ajak shopping cepat je jadi, kalau p library kali ke-3 baru jadi...
Banyak jugak aku borong buku...kira2 adalah dalam 8 buah n hopefully semuanya boleh jadi rujukan aku untuk buat assignment..

Slalunya awal2 semester macam sekarang ni memang semua bersemangat...tapi bila da lama skit ramai la yang lupa tujuan datang belajar...Walaupun aku lalai jugak kadang-kadang tapi aku ingat jugakla tujuan utama aku datang sini adalah untuk belajar maka apa-apa hal yang berkaitan dengan belajar aku tidak lah berkira sangat contohnya seperti beli buku ke, fotostat buku ke, keluar duit untuk assignment ker...sebab aku tau berbaloi je aku melabur kepada ilmu nih...moga-moga kelak aku senang dapat kerja. Amin...

No comments: