Tuesday, June 28, 2011

With Him



Dulu time bercinta x leh nak amik gambar macam ni..huhu


Tapi time dah kahwin pun bercinta jugak namanya...


Kalau x bercinta, confirm sorang pandang ke Timur, sorang pandang ke Barat


 p/s: Yamie, x sabar tunggu ko kahwin, nanti lepas ko kahwin ko pun leh amik gambar macam ni jugak...hihi

Monday, June 27, 2011

Weekend's Appointment

Ada 3 appointment aku hujung minggu yang lepas...

(1) Kenduri sempena melenggang perut

Menurut Mr. Google, adat ni ialah adat masyarakat melayu yang biasanya dijalankan semasa kandungan berusia 7 bulan iaitu untuk tujuan meletakkan kedudukan bayi dalam kandungan di posisi yang betul iaitu posisi kepala bayi di pintu rahim. Dan biasanya ada kenduri kecil yang diadakan. Ni first time aku hadiri kenduri melenggang perut. Aku datang makan aje..hihi. Tak sangka pulak aku yang adat ni masih diamalkan oleh penduduk kat sini. Kalau family aku memang x pernah ada adat macam  ni.

(2) Kenduri Kahwin Malam Hari ( Fahmee ~ En.Naza punya officemate)

Apa yang best ialah kenduri ni aku n en.Naza pergi lepas Magrib. Memang dah adat orang jawa, kendurinya ada time malam n siang. Time kenduri malam ni, pengantinnya siap pakai baju kahwin lagi. Memang meriah la. Siap ada karaoke n lauk pauknya macam kenduri waktu siang. Tapi time malam ni best skit la sebab sejuk, x delah panas terik macam waktu siang. Yang ni pun first time aku hadiri kenduri time malam hari.

(3) Kenduri Kahwin Siang Hari (Ona ~ juga officemate En.Naza)

Yang ni kenduri kahwin biasa. Ada jugak buat time malam tapi kitorang pergi sesi siang. Time pergi ni pun dah lewat da. Dah hampir pukul 4 pun. Orang pun dah lengang. Mujur ada lagi lauk pauk kendurinya...haha


Bergambar bersama pengantin...




Perut kenyang suka hati.

Begitulah aktiviti makan-makan aku n en.naza hujung minggu lalu. 2 hari aku x masak sebab dapat makan kenduri..hehe murah rezeki.. Ha...sape-sape nak kahwin lagi silala jemput, x puas lagi anak tekak aku makan nasi kenduri..huhu.....

Tok Aji Serban

Bukan nak story pasal tok aji pakai serban atau haji yang empunya umah sewa aku ni...hehe aku nak cerita pasal kuih yang aku kukus semalam. Setelah berpenat dan berlelah akhirnya jadi jugak kuih aku cume bahagian pulutnya lembik skit sebab terlebih air mungkin. But for first timer macam aku ni, this is so satisfying...



Bahan-bahan :

Lapisan bawah
  • 2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
  • santan cair (letak separas dengan beras pulut, nanti cek la if x cukup baru tambah sikit-sikit)
  • 1 sudu kecil garam
Lapisan atas
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan gula 
  • 3 sudu makan gula merah
  • sedikit garam
Cara-cara
  • Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
  • Masukkan semua lapisan bawah (pulut) dan kukus hingga masak.
  • Apabila masak, tekan pulut ke dalam loyang sehingga mampat. - boleh gunakan plastik sebagai alas loyang supaya senang nak keluarkan.
  • Bancuh semua bhn2 lapisan atas
  • Tuang lapisan atas dan kukus hingga masak 

Friday, June 24, 2011

Roti Telur Gulung

Menu sihat untuk makan tengahari...


Resipi adalah sendiri punya resipi (hentam sajalah)..hehe


Inti : daging burger potong 4 - potong panjang-panjang
Telur : pukul sebiji telur dengan 1 sudu kecil susu pekat dan letak garam sikit

Cara-cara :
- tekan-tekan roti gerdinea anda biar jadi nipis
- letak sos cili n sos lada hitam...ratakan pada roti
- letak daging burger tadi n gulungkan
- celup dalam telur dan goreng dalam kuali yang x lekat tu. letak minyak skit.


p/s: Hari-hari aku update menu, ni la keje surirumah sepenuh masa..

Thursday, June 23, 2011

Megi Pertama Ku

Hari tu dalam entry INI aku ada cakap nak cerita pasal mula aku makan megi kan.. Ni kira mengimbas kembali zaman kanak-kanak ribena time menetap Taman Tun Aminah, Johor Bahru dulu. Time tu aku, my sis and my late bro tengah sekolah rendah lagi. Adik aku zudin time tu kecik lagi. 

Nak dijadikan cerita, jarak bandar Jb dari rumah aku agak jauh la.. dalam setengah jam jugak la kalau x silap aku. Setiap kali mak and ayah aku nak keluar beli barang kat bandar, kami bertiga mesti x nak ikut sekali. Biasa la, nama pun budak-budak so nafsu metarialistik tu masih lum ada jadi kalau mak ayah nak pergi beli belah kat shopping mall memang lah dipandang sepi. Rela duduk kat umah main n tengok tv.

Time ni la my late brother meng'volunteer'kan diri untuk pergi kedai. Katanya nak makan megi n dia nak pergi beli. Aku n my sis apa lagi, join sekaki la. Kenduri maggi la kitorang kat rumah time mak n ayah x de. Nampak benor kempunan nak makan megi. masa zaman tu famous megi jenama MAGGI. Mak aku memang x pernah ajar makan maggi or jajan majan. So masa kecik dulu memang makan berkhasiat aje la sebab tu badan bagai dipam-pam...haha.

Time kenduri megi tu, pernah jugak terliur sangat punya pasal, tiap sorang makan 2 bungkus skali. Haha kenyang sampai x leh nak bangun, sampai rasa x nak makan megi dah sebab overdose. Maunya tak, selera anak gajah betul sampai dua bungkus sorang... Bukan setakat megi, jajan-jajan yang kempunan nak makan memang termasuk skali dalam menu kitorang time mak n ayah aku x de..hehe. Setel je mentekedarah semua bahan bukti memang di clearkan. Biasa la nak hidup kan..

Bila teringat balik zaman dulu-dulu kelakar je rasa. Time dah besar ni x tau dah berapa banyak megi dah aku makan. Mak au bising jugak tapi nak wat camane, kalau dok belajar kat Uum ari tu megi memang ada dalam stok aku.. Megi dan student memang x boleh dipisahkan. Ada fakta yang kata megi ni x kan akibatkan otak jadi bendul, efectnya ialah rambut gugur je sebab bahan perasa banyak.

Macam tu lah ceritanya.. Bila teringat zaman dulu-dulu mesti teringat kat arwah abg aku. Rindunya la kat dia. Life will be much more better with him around..... Semoga dia tenang di sana... Amin...

Garing Betolll

Mesti ramai yang terliur tengok udang galah aku yang sepinggan ni..hihi berkat aku selalu baca surah al-Waqiah, murah rezeki en.Naza bila kawan dia bagi udang galah10 ekor ni malam tadi. Alhamdulilah, lauk makan tengahari kami ari ni.

Seingat aku lama betul x makan udang galah. Last makan masa makan kat Putrajaya tahun 2007 dulu. 2 ekor udang galah harganya Rm45 lebih kitorang kena...huhu terkezut betul, terus delete tempat tu dari list kedai makan kitorang..huhu.


Gigih betul aku pagi-pagi lagi dah google resepi udang galah goreng tepung. Lepas je siap basuh kain aku dah mula operasi perap udang. Bila en.Naza dah nak balik baru la aku nak goreng. Kebetulan habis je aku goreng udang,en.Naza balik...hehe.


Berselera sungguh aku makan ari ni. En.Naza kurang skit bab udang-udang ni, kalau masak berkuah confirm dia x sentuh.. So aku goreng garing-garing. Mujurla jumpa resipi yang sesuai n hasilnya boleh lihat gambar kat bawahni... Memang menggiurkan anak tekak.


Resipinya :

(1) Untuk perap udang
- 1 sudu kecil serbuk kari
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- Garam dan perasa secukupnya
--- Gaulkan sebati dengan udang dan perap

(2) Untuk tepung udang
- 3 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar tepung beras
- 3 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk lada sulah
- Garam dan perasa secukupnya
- Telur sebiji (pukul sedikit)
--- Kacau bahan-bahan di atas sehingga sebati kecuali telur.
--- Bila nak goreng, celupkan udang dalam telur dan golekkan kan adunan tepung tadi n terus masuk dalam kuali.


Mudahkan resipinya. Actually resipi ni leh adapt kat makanan lain macam ayam atau tempe ke.. Confirm garing. Tak payah da susah-susah pakai tepung goreng ayam. Buat sendiri pun boleh...

T-Ting

T-ting ni asal namanya aku amik dari nama team kelab bola sepak Terengganu ~ T-Team. Oleh keran kalau ikut loghat Terengganu maka jadi lah T-Ting. ni kucing betina walaupun perangainya sebijik jantan siap pandai main bola kertas yang aku gumpal untuk dia...dari depan ke dapur dok sepak bola...pastu kalau bola terlekat kat celah tem[at sempit siap gigit lagi bola dia bawak p tempat lain pastu main lagi...haha nakal betul....



Time nak tidor pandai dia datang dok melepak atas selimut aku...sebelum-sebelum ni siap masuk dalam selimut, mujur la x kena kepit... Kalau aku dok baring kat depan, sibuk je dia datang dekat baring kat bantal aku...manja tapi kejenya asyik menggigit orang aje. 


Elok la tu, sekor kucing aku selamber je muka x de respon (Rini), Si T-ting ni pulak kuat menggigit, pantang nampak benda bergerak....Dia la peneman aku kat umah ni time en.Naza pergi keje.

Tuesday, June 21, 2011

Ditinggal dan Meninggalkan


Orang kata, jadi baik sangat pun x bagus sebab orang suka amik kesempatan, jahat sangat lagi la x bagus sebab nanti semua orang x berkenan. Tapi, kalau wat kat orang apa yang orang buat kat kita tu maksudnya sangat la hampeh. Kita dah tau macamana pahitnya bila orang wat memain dengan hati kita then kita wat kat orang lain the exact same manners. Sangat x berperikemanusiaan. Lagaknya macam x de perasaan.
Contohnya :

Abu ditinggalkan kekasih hati saat dia buat keputusan mahu bertunang. Roboh angan-angan akibatnya kekasih hatinya si Ct ni dah pergi kahwin dengan lelaki lain pilihan keluarga angkatnya. Si B ni memang x berapa nak ada hati ngan perut sebab tu dia buat macam tu. Later on, Abu berkenalan pulak dengan Ani. Baik punya kawan diorang amik keputusan nak ikat perhubungan tu. Tapi x lama kemudian, Ct ni datang mencari Abu kembali. Kononnya x dapat lupakan Abu, cinta sampai hujung nyawa agaknya. Tapi kembalinya Ct ni dengan status janda beranak satu. Haaa sudah. Abu bujang tranng tatang jugak yang dipilihnya. Mungkin kah sebab kini Abu dah berkereta n Abu ni masih lagi layan Ct dengan baik setelah apa yang dibuat oleh Ct pada dia... Abu ni baik x bertempat. Kesian pada Ani, makin lama hubungan makin renggang, mulanya tau Abu tolong Ct, lama2 rupanya dengan si Abu skali Ct rembat wat jadi tempat bergantung. Sekelip mata Abu berubah n tak layan Ani lagi. Ada yang kata Ct dah guna-gunakan Abu. Wallahualam... Pastu, akhirnya mungkin sebab tak ada jodoh, ikatan antara Abu dan Ani putus. Apa yang Abu buat kat Ani tu sama la macam Ct buat kat Abu. 


Begitu la...realiti memang ada masanya sangat kejam. Hanya yang kuat dapat bertahan dan mampu teruskan hidup tanpa punya dendam di hati.. Aku dengan en.Naza dulu dah sama-sama rasa kecewa. Dua-dua pernah kecewa. Bila dah rasa kecewa, maka dalam hati dah terpahat tidak akan buat orang lain kecewa sebab kecewa tu macam hempedu. Mungkin sebab prinsip yang satu ni lah kami dapat bertahan lama. satu lagi mungkin sebab perkenalan kami ni bermula daripada sebagai kawan. Masa kawan tu memang x ada perasaan pun antara satu sama lain so kami memang bebas bercerita. Tapi bila msing-masing dikecewakan oleh pasangan masing-masing maka keserasian wujud n hubungan makin dekat. Semoga dikekalkan ikatan yang kami ada sekarang..Aminnn...

Nasi Ayam Penyet

Akhirnya...selepas berhempas pulas pada tengahari...sambung pulak time petang hari, nasi ayam penyet aku siap akhirnya untuk hidangan suami tersayang.. (alamak, jiwang karat la plak..haha).. Yes, aku berjaya memasak hidangan ini walaupun time ni memang saat-saat sengkek sebab government akan gaji lagi 2 hari..hehe sapa kata time ekonomi poket tengah gawat x leh makan sedap-sedap...yang penting rajin, kalau rajin confirm makan sedap...


Resipi : aku amik kat blog Hana

Nasi :
- 2 cawan beras
- 2 1/2 cawan air rebusan ayam
- halia (ketuk)
- Sebatang serai (ketuk)
- daun pandan sehelai (aku x letak sebab x ada)
- rempah tumis
- 2 sudu butter
- garam
- kalau nak kuning letak serbuk kunyit dulu

-- tumis bahan2 dengan butter, masukkan beras n air rebusan pastu masukkan dalam periuk nasi

Ayam Penyet :
- 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
- 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
- 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk kari ayam
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1/2 sudu besar serbuk lada putih
- 3 ulas bawang putih
- halia
- garam
- sedikit air
-- blend sume bahan dia atas dan lumur kan pada ayam. Perapkan, lagi lama perap lagi sedap. bila nak goreng, golek-golekkan atas tepung beras...


Sapa-sapa nak cuba silalah....untuk resipi lebih details, boleh rujuk kat link yang aku bagi kat atas tu...So selamat menjamu semua...aku dah kenyang da..hihi

Menu For Dinner



(hehe teringin pulak nak masak bila tengok adik shiela sorang ni buat ~ macam dapat wahyu pulak)



Ayam Penyet (pic by Hana)

(Pic by BlogResipi)


Coming soon tonight...


Ready to be saved in my stomach and of course en.Naza's too



Rojak Tepung


Menu tengahari aku hari ni...




Kuahnya dibuat daripada : cili boh (kalau guna lada kering lagi sedap), udang kering,biskut tawar yang diblender, kacang tanah yang diblender, 2 sudu besar gula melaka/gula merah dan bawang merah, bawang putih, air dan garam gula secukupnya.

Jemput : tepung gandum 2 cawan, serbuk yis 1sudu besar rata campur ngan air suam, telur sebiji, garam, 3 sudu besar gula, serbuk kunyit skit n air secukupnya

Resipi asal boleh didapati dari blog Hana

Dek kerana en.Naza tidak makan udang kering maka dia makan dengan sos resipi mak mertua ku...mudah dan pantas, macam sos keropok lekor tu. 

Sos keropok lekor : cili boh (amikla dalam 4 5 sudu) masukan dalam mangkuk, letak cuka masakan secukupnya (kalau nak masam letak banyak skit), pastu gula 3 4 sudu besar. Kacaukan sehingga sebati. Slalunya orang wat manis skit...x perlu dimasak atas dapur, leh cicah terus...sedappp....

p/s : resipi ni pun leh dicampur dengan bahan lain seperti timun, sengkuang, mi kuning, ayam, tempe goreng... Ala, yang macam orang wat rojak ayam n rojak mi tu...mudah dan cepat...

Monday, June 20, 2011

Morib

Dating time... I Like.. Minggu ni memang lepak dengan en.Naza je...kebetulan dia x pergi OT pagi sebab bangun lewat..hehe lagipun poket hampir kering so x leh langkah panjang sangat...kena tunggu gaji masuk beberapa hari lagi...

 Lokasi dating : Pantai Morib



 Lepak-lepak dengan en.Naza..

Time aku datang ni air tengah besar, means paras air agak tinggi jugak la..time ni ramai orang kat Banting sebab cam ada expo kat sini...






Tengah lepak-lepak terserempak dengan Anis, my collegue from UUM.. dia pun memang dok kat Banting..hehe kebetulan jumpa ni so kitorang borak agak panjang jugak la. Dok satu tempat tapi nak jumpa payahnya la....

Akhirnya dapat jugak aku dating dengan en.Naza kat Morib setelah 4 bulan lebih aku duduk di Banting ni...Ni kiranya kalai pertama aku ke Morib dengan en.naza...padahal nak sampai ke Morib ni x sampai 10minit pun kalau naik keta...memang sangat dekat.

Nasi Lemak Versi Terengganu Kite

Pagi Sabtu baru ni, en.Naza tibe-tibe je cakap 'kalau makan nasi lemak pun sedap ni'. Katanya lama dah tak makan nasi lemak. Mahunya ialah nasi lemak sambal ikan tongkol.. time tu bukan la pagi sangat pun...dah hampir pukul 12 dah pun..huhu.

So lepas mandi-mandi n siap-siap, kitorang pun apa lagi, searching for tongkol fish la..hehenak dijadikan nasib, ada la 2 3 4 kedai ikan kitorang pergi satu pun x de jumpa ikan yang diidamkan. Ada yang kata hari ni x de ikan tongkol, ada jugak yang kata baru je habis, ade sorang akak tu kata bukan musimnya...haha confius jap en.Naza sebab dia kata kat Terengganu sepanjang tahun memang ada ikan tongkol, x pernah pulak ikut2 musim...hahaha. Last-last, tempat harapan terakhir ialah di pasar Banting. nasib baik la ada, siap berekor-ekor ada kat pasar tu..kalau tau, awal-awal dah tuju ke pasar... sekilo kitorang borong ikan tongkol ari tu.

Setakat ni aku pernah makan nasi lemak sambal ikan tongkol ni kat area Terengganu aje...Kat Kelantan x sure la pulak ada jual ke tak, tapi tempat lelain memang x pernah aku jumpa....sedap woo nasi lemak Terengganu ni.. nak buatnya senang aje, kalau ikut skill aku la.. Biasanya aku rebus dulu ikan tu dengan halia.. pastu buat sambal nasi lemak macam biasa n then campur je ikan yang direbus tu.... masak lama skit baru sedap. Tapi x tau la pulak aku kot kalau masuk je ikan mentah dalam sambal tu pun rasa sama je ngan aku masak guna skill rebus dulu. Lain kali aku cuba cara tu pulak.

Ha...satu lagi tips kalau nak bagi ikan bilis nasi lemak tu extra ranngup ialah, lepas basuh ikan bilis tu, aku suka gaulkan dengan tepung goreng ayam, so bila goreng ikan bilis tu confirm akan jadi extre rangup. Memang marvelous garingnya.

Haa...ni la dia nasi lemak versi Terengganu.. Disebabkan aku dok di Banting n terdedah dengan jawa punya culture maka di situ ada beberapa keping tempe sebagai lauk tambahan..haha (aku memang hantu tempe pun)

Hujung minggu depan ni x tau apa pulak yang en.Naza aku ni ngidam...mujurlah isteri mithali mu ni memang suka memasak.. Kalau x, confirm makan import dari kedai la jawabnya...

Friday, June 17, 2011

Masak 5 Minit Je

Aku memang hebat...setelah 4 bulan lebih menjadi surirumah sepenuh masa aku kini dah pandai masak dah dengan terernya. X sia-sia aku men'training'kan diri di dapur di kala suami ku keluar bekerja. Tak rugi jugak mak aku belikan kukus besar gajah untuk aku mencuba pelbagai resipi...kini, memasak bukan lagi satu halangan atau sesuatu yang susah bagi aku. 

Hanya berbekalkan cili padi setangkai, telur sebiji, mee ketak2 n sejenis serbuk kari yang dicampur dengan perasa sayuran aku dapat menghasilkan hidangan yang lazat untuk dinikmati dipagi hari tatkala perut lapar. Semuanya hanya disiapkan dalam masa 5 minit dengan menggunakan khidmat kuali bertangkai satu aku.

Menu pagi aku ari ni ialah :


+

Ya...ini dia, mamee perisa kari vegetarian...sila dapatkan di kedai-kedai runcit berhampiran anda..best, pedas.

Tibe-tibe pagi ni aku ter'lapar pulak. disebabkan aku sangat 'rajin' maka aku pun ke dapur masak resipi yang aku cerita kat atas tadi..hehe. Owh, untuk en.Naza aku dah siapkan daging burger dengan roti telur dah...dia memang x nak makan nasi selalunya time tengahari so biasanya dia makan roti or kuih2 ringan yang aku masakkan.

Bila cakap bab megi ni, aku teringat saat mula-mula aku start makan megi. haha dah jadi kenangan dah. Nantilah aku cerita di entry yang lain pulak ye...

Thursday, June 16, 2011

Hero Bulu

Jangan pikir bukan-bukan ye bila aku taip tajuk entri yang berbunyi sebegitu rupa... Bukan ingin ketengahkan isu mamat bangla or hero pakistan or model bulu dada..ni ialah hero2 kesayangan aku. My dearests heroes kat Kuantan....
Bobby The Playboy
Mereka sudah membesar dengan sihat...terkejut aku bila balik tengok diorang dah membesar 2x ganda dari biasa. Memang sangat besar n kalau yang x biasa tengok kucing besar mesti ingat kycing aku ni garang. Padahal mereka sangat manja n jambu...hehehe tapi tang muka je otai skit...

Baby The jambu
Dah la jambu, manja terlebih2...hehe. Ada dua lagi hero aku x sempat nak amik gambar...Chimo n chomel... Chimo memang all time otai....sume orang suka tengok bulunya sebab macam anak rimau dah rupenya...

Ha..yang ni pulak heroin otai aku... namanya T-Ting...suka sangat main ngan dia sebab dia suka menggigit n perangai macam jantan. Dia la peneman aku kat rumah...

p/s : Lain kali aku amik gambar Chimo n Chomel pulak...ari tu x sempat n kamera hanset aku ni x berapa nak lawa

Thursday, June 09, 2011

Hello Kuantan



Heading back to Kuantan petang ni..


See u guys (",)/


Wednesday, June 08, 2011

Happy Jubli Emas Mom


Happy Birthday buat my mother on her 50th birthday...


 


Semoga beliau dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu.

Semoga tiada lagi dugaan berat yang perlu dilalui.

Semoga selamat semuanya..Aminnn...

Tuesday, June 07, 2011

Waktu Dahulu & Sekarang

Dulu suka:
  • kumpul setem (budak2 kan suka ngikut orang tua..aku n my sis ngikut my father punya hobi, siap beli buku setem..haha)
  • Main badminton (dulu tiap2 petang mesti main badminton especially dengan arwah abg aku time dok jb dulu)
  • minum slurrpee (time balik sekolah hari sabtu lepas kokurikulum, on the way balik mesti singgah 7e n beli benda alah minuman ni)
  • Bace komik (hoho siap pinjamkomik doremon dengan membe sekolah aku dak laki cina yang dok selang beberapa buah rumah dari umah aku)
  • Lumba basikal turun bukit kat lorong umah aku..
  • Baca buku cerita (slalu ikut ayah aku p tempat keje dia n bace buku - bapak aku dulu librarian kat maktab..) 
  •  
    Tu sume hobi time zaman aku sekolah rendah... sekarang, hobi aku?

    • Tengok wayang
    • window shopping, online shopping, shopping
    • jalan-jalan cari makan
    • kumpul novels..(hoho ada lebih dari 5 buah lagi yang tak bace)
    • berinternet dan berblogging
    • main masak-masak
    • hang out dengan kengkawan (huhu da lama x buat hobi yang ini)
    • pergi kenduri kahwin (haha sebab dapat makan free)
    • bergosip dengan soul mate aku...heheh
    Tengok, betapa banyaknya beza antara hobi zaman dulu dengan zaman sekarang. hobi zaman sekarang majoritinya memerlukan pengeluaran duit..tapi tu yang best tu...huhu materialistik kah atau memang sudah menjadi trend manusia zaman sekarang? Actually pembangunan yang membuatkan kita sedikit demi sedikit mengubah cara hidup kita n hobi kita kan...

    Monday, June 06, 2011

    All Time Faveret


    Memperkenalkan....


    Faveret aku sejak 2006 sehingga sekarang






    Cendol ~ Foodcourt GIANT Seksyen 13 Shah Alam


    Banyak Kacang merah..best n manis n best sangat...


    RM2.00 semangkuk...


    Sedap hingga menjilat jari...mujur dah kenyang, kalau x dua mangkuk aku makan...




    Makan Free

    Makang free lagi...sebab tu la aku tersenyum lebar... ni tengah on the way ke Country Height, Kajang...ada member en.Naza kahwin di sana..

    Tak disangka perjalanan sangat la lama...makan hampir 1 jam setengah baru lah sampai ke tempat dituju...ni gara2 xde direction...sampai sudah cari persimpangan ke Country Height sampai beberapa kali masuk tol yang sama...mujur la jumpa jugak akhirnya...

    Tahniah buat Rizal n Hanim...
     Punya la lama diorang bertunang akhirnya kahwin sudah mereka berdua...memang meriah la majlisnya...time kitorang sampai tu dah pukul 3 dah tapi still ada yang baru sampai cam kitorang... Pengantin time tu tengah besanding lagi so sempatlah capture gambar diorang...


    Baru sudah makan..kenyang perut suka hati...lepas makan nasi sempat lagi aku n en.Naza makan kuih muih pulak...lapor beb dok cari tempat kendurinya...bila dah sampai apa lagi, pulun kasi habis..kesian diorang bayar katering mahal2 kalau x de yangnak makan...hahaha...

     Time ni tengah tunggu pengantin makan beradab
     
    Acara potong kek
     Haha kesian kat pengantin sebab sambil suap sambil kena posing untuk amik gambar....kek kat mulut kena freeze dulu sebelum leh kunyah sebab tukang amik gambar nak capture cantik punya gambar...biasalah tu...tu lah aktiviti pengantin time kenduri kahwin...yang belum kahwin, praktis2 la ye..

    Mana nak suap, mana nak telan, mana nak pandang kamera lagi...hee sabor je lah pengantin ye...
     
    Gambar kenangan dengan pengantin...
    Dah setel semua kami gerak balik..jauh lagi perjalanan ...tapi time balik x de sesat dah, siap ronda2 KL n Shah Alam dulu baru balik...last2 malam baru sampai umah...


    Kami pun consider pengantin baru lagi la sebab inai kat ibu jari kaki aku x hilang lagi...ada skit lagi saki-bakinya..hehe..
    Tengah drive sempat lagi capture gambar ni sekeping..hehe