Monday, June 27, 2011

Weekend's Appointment

Ada 3 appointment aku hujung minggu yang lepas...

(1) Kenduri sempena melenggang perut

Menurut Mr. Google, adat ni ialah adat masyarakat melayu yang biasanya dijalankan semasa kandungan berusia 7 bulan iaitu untuk tujuan meletakkan kedudukan bayi dalam kandungan di posisi yang betul iaitu posisi kepala bayi di pintu rahim. Dan biasanya ada kenduri kecil yang diadakan. Ni first time aku hadiri kenduri melenggang perut. Aku datang makan aje..hihi. Tak sangka pulak aku yang adat ni masih diamalkan oleh penduduk kat sini. Kalau family aku memang x pernah ada adat macam  ni.

(2) Kenduri Kahwin Malam Hari ( Fahmee ~ En.Naza punya officemate)

Apa yang best ialah kenduri ni aku n en.Naza pergi lepas Magrib. Memang dah adat orang jawa, kendurinya ada time malam n siang. Time kenduri malam ni, pengantinnya siap pakai baju kahwin lagi. Memang meriah la. Siap ada karaoke n lauk pauknya macam kenduri waktu siang. Tapi time malam ni best skit la sebab sejuk, x delah panas terik macam waktu siang. Yang ni pun first time aku hadiri kenduri time malam hari.

(3) Kenduri Kahwin Siang Hari (Ona ~ juga officemate En.Naza)

Yang ni kenduri kahwin biasa. Ada jugak buat time malam tapi kitorang pergi sesi siang. Time pergi ni pun dah lewat da. Dah hampir pukul 4 pun. Orang pun dah lengang. Mujur ada lagi lauk pauk kendurinya...haha


Bergambar bersama pengantin...




Perut kenyang suka hati.

Begitulah aktiviti makan-makan aku n en.naza hujung minggu lalu. 2 hari aku x masak sebab dapat makan kenduri..hehe murah rezeki.. Ha...sape-sape nak kahwin lagi silala jemput, x puas lagi anak tekak aku makan nasi kenduri..huhu.....

No comments: