Tuesday, June 21, 2011

Rojak Tepung


Menu tengahari aku hari ni...




Kuahnya dibuat daripada : cili boh (kalau guna lada kering lagi sedap), udang kering,biskut tawar yang diblender, kacang tanah yang diblender, 2 sudu besar gula melaka/gula merah dan bawang merah, bawang putih, air dan garam gula secukupnya.

Jemput : tepung gandum 2 cawan, serbuk yis 1sudu besar rata campur ngan air suam, telur sebiji, garam, 3 sudu besar gula, serbuk kunyit skit n air secukupnya

Resipi asal boleh didapati dari blog Hana

Dek kerana en.Naza tidak makan udang kering maka dia makan dengan sos resipi mak mertua ku...mudah dan pantas, macam sos keropok lekor tu. 

Sos keropok lekor : cili boh (amikla dalam 4 5 sudu) masukan dalam mangkuk, letak cuka masakan secukupnya (kalau nak masam letak banyak skit), pastu gula 3 4 sudu besar. Kacaukan sehingga sebati. Slalunya orang wat manis skit...x perlu dimasak atas dapur, leh cicah terus...sedappp....

p/s : resipi ni pun leh dicampur dengan bahan lain seperti timun, sengkuang, mi kuning, ayam, tempe goreng... Ala, yang macam orang wat rojak ayam n rojak mi tu...mudah dan cepat...

No comments: