Haha tajuk post aku memang x agak...musim mengawan...hehe mudah skit, straight to the point...biasa lah musim cuti sekolah ni ramai la yang nak belanja nasi minyak dengan gulai kawah... Aku setakat ni ada la 5 6 jemputan kahwin tapi semuanya susah skit nak pergi sebab jauh. Even sepupu aku kahwin kat Jerantut pun terpaksa kirim salam je kat nasi minyak diorang sebab kewangan kurang mengizinkan setakat ini... Nampaknya tiap-tiap minggu aku makan nasi minyak, x leh pergi yang jauh pergi yang dekat sudah. Ada member lama en.Naza nak kahwin ari Ahad ni..aku pun kenal sebab ni member time kitorang keje kat Seksyen 7 Shah alam 3 tahun yang lepas.. Yeay, makan nasi minyak la aku lagi minggu ni...
Hm..kalau dulu sebelum kahwin, bila ada jemputan kahwin aku malasnya nak pergi..tapi bila dah kahwin ni macam asyik terliur je nak makan nasi minyak..haha ni mesti kes x puas makan nasi minyak time kenduri sendiri ari tu..huhu kesian pengantin, sibuk sampai makan pun x kenyang..
Sebut-sebut pasalkahwin ni teringat pulak time aku kahwin ari tu...bila dah selesai semuanya memang lega je, kepala pun rasa ringan,... x kisahlah walaupun x semeriah orang lain or x grand tapi yang penting sudah terikat akhirnya pertalian antara aku dan dia.. Syukur Alhamdulilah..
Tepek gambar romantik sekeping buat tatapan korang..hehe |
Semoga berbahagia kepada bakal2 pengantin musim cuti sekolah ni...semoga semua perangcangan berjalan lancar dan selamat semuanya...
No comments:
Post a Comment