Thursday, December 31, 2009

Berpisah - Aku Cuak

Orang kata 26 Disember merupakan tarikh keramat setiap tahun kerana banyak tragedi yang berlaku pada tarikh tersebut tapi aku pun tak tahu la nak percaya atau tidak. Bagi aku semua yang terjadi adalah ketentuan tuhan. Tarikh 26 Disember 2009 berlalu dengan tragedi kemalangan Bas Ekspress Sani di Lebuhraya Utara-Selatan arahUtara yang melibatkan 10 orang maut.

Aku cuak betul bila dapat tahu berita ni masa kebetulan aku call mak aku masa tengah bershopping dekat OU. Aku n en.Naza memang tak tahu pasal berita ni. Aku memang agak cuak la dengar sebab berlaku sehari sebelum aku nak naik bas ke Sintok sebab bas aku naik tu akan lalu jalan yang sama dengan tempat kemalangan itu berlaku.. Cuma yang buat aku agak senang hati ialah aku naik bas Transnasional. Pastu aku agak senang hati lagi sebab member-member aku Anis, Nina n Ayu pun naik bas yang sama tapi diorang naik dari Shah Alam manakala aku naik dari Klang.

 
 Time menunggu bas sampai

Aku n en.Naza sampai awal ke Klang Sentral waktu tu. Lebih kurang pukul 9.00mlm kami da ada kat sana. Lepak2 jap sambil menunggu waktu berlepas. Masing-masing memang da sedih da time tu sebab kena berpisah jauh semula. Sambil menunggu tu aku ada la terdengar announcement to penumpang bas Sani Ekspress ke utara pukul 9mlm. adalah 3 4 kali jugak announcementnya. Aku ada nampak jugak penumpang yang berdiri dekat depan bas Sani..kebanyakan muka menunjukkan perasaan bimbang mereka. Macam muka terpaksa je aku tengok. Of course la semua cuak sebab kejadian kemalangan tu baru sangat berlaku. Yang naik bas lain ke tempat lain pun pasti akan risau jugak. Last2 yang aku tau bas sani tu delay. dengarnya lebih separuh yang tak naik bas.

Tepat pukul 10mlm bas aku sampai. En.naza tolong aku masukkan beg dalam tempat simpan beg kat bawah n hantar aku sampai ke tempat duduk. Sedihnya time tu. Sekejap je dapat spent time sama-sama. Dia pesan kat aku hati-hati n jaga diri baik-baik. Lepas salam dia terus aku naik bas sebab tukang cek tiket tu da bising-bising siap perli2 lagi penumpang yang turun naik.

 
 
Time ni sedih je tengok en.Naza berdiri tunggu bas aku jalan

 
Aksi yang ini buat aku makin sedih n mula rindu..huhuhuhuaaaaaaaaa

Aku selamat sampai ke Changlun tepat jam 4.20am. Masa dalam bas tu aku memang da rasa dah bas Transnasional yang aku naik tu memang bawak slow. Ni bas paling slow yang penah aku naik walaupun kami sampai awal jugak la. Nina kata banyak je bas n kenderaan lain yang potong bas aku ni. Nina tak leh tidor time tu sebab risau nak tidor. Mybe sebab teringat kemalangan yang berlakku tu. Aku pun dalam kepala memang pikir macam-macam tapi aku terlena jugak sebab letih tak cukup tidor gara-gara p menonton midnight movie malam sebelumnya. 

Kat bawah ni antara berita yang disiarkan tentang kemalangan bas tersebut.

10 maut, 3 cedera bas dua tingkat langgar pembahagi jalan


IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya identiti mangsa terakhir iaitu seorang wanita yang dipercayai berbangsa Melayu masih belum dikenal pasti.
Wan Abdullah berkata, penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30,dari Langgar, Kedah.
Katanya kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat mangsa yang terbunuh dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.
Wan Abdullah berkata, semua yang terbunuh dan cedera adalah penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata, bas ekspres itu bertolak dari Klang, Selangor pada jam 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.
“Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti,” katanya.
Beliau berkata, besi pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.
Wan Abdullah berkata, pemandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta PengangkutanJalan 1987.
Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.
Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.
“Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri…kanan sebelum kejadian,” dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.
  
Sumber : Berita-harian-online.com




IPOH – Bas ekspres dua tingkat Sani Express yang meninggalkan Terminal Bas dan Teksi Seksyen 17, Shah Alam pukul 9 malam kelmarin sepatutnya menurunkan dengan selamat 48 penumpangnya di destinasi masing-masing pagi semalam sepanjang perjalanan menuju ke Kangar.
Di dalam bas itu, penumpang yang juga pekerja kilang pencetakan di Shah Alam, Noor Jismi Noordin, 25, berdebar-debar pulang ke Kangar untuk majlis pertunangan dengan gadis pilihannya, Rosma Abdullah, 23, petang ini.
Pemandu kontena dari Taman Setia, Klang, Shaharin Mohd. Nor, 61, pula menuju ke Kuala Perlis untuk membawa pulang kenderaan syarikat dan seperti mahu mati bersama, dia berjaya memujuk isteri, Supiah Adam, 46, untuk menemaninya.
Ng Poh Ngoh, 23, dari Taman Desa Seraya, Alor Setar memikul tanggung jawab sebagai anak harapan keluarga ketika menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.
Dia ditemani adik bongsunya, Ng Kah Kit, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Shin Min, Alor Setar.
Hayat kesemua lima penumpang itu, bersama lima lagi yang lain berakhir di dalam bas tersebut selepas ia terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan) pukul 1 pagi semalam.

No comments: