Wednesday, December 30, 2009

Gunting Rambut

Masuk je pintu saloon APT pasti ada yang akan melayan anda di kaunter :

Pekerja : Gunting rambut ya?
Aku : Ya.
Pekerja : Siapa yang mahu gunting?
Aku : Dia (sambil menunding jari ke arah en.Naza kat sebelah aku)
Pekerja : U tak mau gunting sekali ka?
Aku : Owh saya sudah gunting semalam..sebab itu hari ini saya bawa dia gunting sini.
Pekerja : Mau junior ke senior?
En.Naza : Junior
Pekerja : Ok. Sila duduk.


Kusyuk mebaca majalah Top Gear

 
 
 

 
Ini tukang teman.

Kesimpulannya terdapat perbezaan yang ketara antara tukang gunting Senior n Junior iaitu :

1) Senior
    S : Mahu gunting fashion apa?
    Aku : Layer. Ada majalah contoh?
    S : U tak payah tengok buku la. I potong layered yang sesuai okey.
    Aku : Ok.
    S : Ini curl original ka?
    Aku : yup
    S : Kalau mcm tu I potong layered  panjang ya. rambut depan pendek sikit boleh?
    Aku : Ok


2) Junior
     J : U mahu potong macam mana? spike ke atau mahu tukar fesyen?
     en.Naza : Mana2 yang sesuai dengan saya. Tukar fesyen lain pun ok
     J : Depan u mahu spike ka sikat ke depan/flat?
     en. Naza : Flat
     J : Rambut belakang u mahu panjang ke pendek?
     en.Naza : Mana yang sesuai ya? kalau panjang ok ke?
     J : Kalau panjang tak sesuai sebab rambut u ada curl, x lurus. better pendek la.

Kalau senior, diorang da tahu fesyen apa yang sesuai dengan pelanggan n dengan confiden diorang gunting mengikut kesesuaian n tak banyak tanya. lepas tu cara gunting sangat flow la..cekap dan pantas. Kalau Junior mereka agak kurang confiden n akan tanya apa yang pelanggan suka sebab diorang takut kalau apa yang diorang buat tu pelanggan tak suka. But for hair styler, diorang mesti la pandai gunting fesyen apa yang sesuai mengikut bentuk muka pelanggan bila pelanggan tu da cakap mana2 fesyen yang sesuai dengan mukanya...

Tapi memang tak dinafikan hharga perkhidmatan mereka adalah berbeza. So tepuk dada tanya selera. Kedai gunting ni terletak kat Bandar Baru klang. namanya APT apa ntah..aku pun da lupa..hhehehe

No comments: