Wednesday, December 30, 2009

Happy + Gembira = Terubat Rindu

Hari Khamis lepas waktu Malaysia 9.30 pagi aku sudah selamat naik bas ekspress Sani untuk ke tempat tujuan iaitu Klang Sentral. Ini berlaku sebelum tragedi 26 Disember iaitu kemalangan bas ekspress Sani yang menuju ke Utara so aku tak ada la cuak or gabra sebab masa tu semuanya berjalan lancar seadanya.


Lihatlah muka aku yang senang hati ni..

Mahunya tak senang hati kalau dapat bertemu si dia kembali lepas sebulan memerap kat rumah aje. aku sampai di Klang lebih kurang pukul 3 petang dan macam biasalah, aku amik cab untuk tuju ke Bandar Baru Klang. nasib lah aku da biasa naik teksi kat situ so tahu la harganya yang standard ialah RM15 , biar lah mahal janji sampai ke Bandar Baru Klang.

Pukul 3 petang tepat aku sampai ke rumah flat kakak aku dengan keadaan yang hampir kebulur sebab dah berpuasa selama setengah hari. Mujur la mak aku ada tapaukan pizza homemade. Tak sabar nak tunggu malam tu sebab nak p berdating dengan en.Naza....kebetulan dia ada main futsal di Teluk Panglima Garang jadi aku ni kira jadi escort dia la malam tu...selamber je la walaupun tak de kawan perempuan yang p tengok sekali.



Lepas main futsal dan melepak sekejap tengok orang lain pulak main futsal kitorang gerak p Shah Alam. Soru time...time tu da agak lewat jugak...kitorang pilih kedai makan dekat Dataran Atas Shah Alam. Tu tempat dating kami dulu-dulu time keje dekat Seksyen 7..hahaha mengimbau semula kenangan lalu..


Mee Kungfu


Nasi Goreng Daging Merah - tapi malam tu dagingnya rentung sebab x nampak langsung merahnya..

Walaupun hepi dapat berjumpa tapi sedih jugak sebab da nak masuk blajar semula kat tempat jin bertendang nun.huhuhu

No comments: