Wednesday, December 30, 2009

Masjid India, KL to Bukit Tinggi

Hari Krismas tahun ini aku berada di area Masjid India KL untuk menjalankan aktviti memborong dan membeli serta menghabiskan duit yang dah tinggal beberapa sen.. Tujuan utama sebenarnya nak beli tudung yang mak aku kirim dari jauh...biasalah sekarang, tudung instant dah semakin popular dan menjadi trend semua golongan masa kini...tapi aku da kurang da nak guna sebab aku ingin nampak lebih muda dengan menggayakan selendang aku yang dah berapa helai tergantung kat belakang pintu bilik asrama aku...huhuhu

 

Perjalanan kami bermula seawal 8.30 pagi dengan amik bas ke Klang kemudian ke Pasar Seni, KL. Aku punya la awal bangun. Pukul 6 lebih aku da start terjaga n bersiap dan tepat pukul 8 kami da keluar rumah...kena p awal-awal sebab aku tak nak menanggung risiko bershopping dengan keadaan macam dalam tin sardin cap KL pulak bila orang da mula keluar untuk beli barang starting tengahari n hari tu hari Jumaat pulak tu so mesti la ramai orang...nak pulak memang public holiday.. dalam pukul 10 aku dengan my sis dah sampai da kat Masjid Jamek tu tapi sampai-sampai je sibuk pulak perut aku ni suruh cari tandas padahal aku dah clearkan perut aku sebanyak 2 kali pada pagi tersebut...

 
Keadaan di Masjid Jamek ketika itu

Yang letihnya bila sampai tandas tak pulak nak membuang sebab ramai yang menunggu giliran dan tandas yang ok cume satu je dekat stesen LRT di situ (tandas paling dekat yang sempat terlintas di fikiran kakak aku time tu).. Lepas tu ada pulak temu janji blind date yang kakak aku buat dengan member cyber dia dari tagged. aku ikutkan aje so kami lepak di kedai mamak minum2 n sarapan..adala lebih kurang setengah jam kot kitorang berborak...mujur la si lelaki itu tak le penyegan seperti kebanyakan lelaki zaman sekarang ni... aku ingatkan lepas makan tu dia dah nak balik rupanya dia mengoffer diri untuk meneman kami bershopping...

So jalan punya jalan sempat la singgah hampir sepuluh buah kedai tudung n jumpa pelbagai jenis tudung n harga...jalan makin depan makin murah harga so sape2 yang menyimpan hasrat nak p  berbelanja kat Masjid jamek sila lah survey harga dahulu sebelum membuat pembelian jika tidak kelak anda juga yang akan menyesal sampai nak pulangkan balik barang yang anda beli dan beli di kedai yang lebih murah...

Barang2 yang sempat aku dan kakak aku beli ialah :
1) Tudung instant ala ariani untuk mak aku kaler peach, pink, hijau daun pisang dan biru nila (RM20 sehelai)
2) Selendang plain kaler hitam, merah menyala, ungu dan pink (RM9 sehelai)
3) Pashmina 2 helai (RM10 sehelai)
4) Anak tudung lace (RM10 3 helai)
5) Selipar Wedges Roxy tiruan aku (RM20)



Haa ni la selipar wedges aku.. Ini jugak la selipar yang nyaris aku beli online dengan harga RM45 ke RM50 sepasang..hahaha terselamat duit aku...aku siap 2x order tapi nasib baik stok da tak de time tu...

Lepas da siap memborong kammi terus balik tapi yang hangin tambah hangitnya bila sampai ke Bandar Klang kami terpaksa tunggu dari pukul 1.30 sampai la pukul 3 lebih baru la ada bas ke Bandar Baru Klang...panas betul aku...dari hujan lebat sampai la hujan teduh baru nampak batang hidung basnya...nama je kenderaan awam tapi bawak ikut kepala pemandunye aje...huaaaa sungguh membazir masa aku..kalau tidak da sampai awal kat rumah...

Sebelum balik rumah tu aku da ada agenda lain... kami singgah di JJ Bukit Raja untuk solat n lunch dekat Nyonya Colors. Aku memang da jatuh hati dengan makanan kat sini walaupun agak mahal skit tapi sedap n slalu penuh.


 
Nasi Lemak Pandan Special + Kopi Ais

Lepas makan kami menapak je balik rumah sebab da dekat da dengan umah kakak aku. jalan 10minit confirm da sampai...tapi nak boleh ke sampai tu kami singgah jap kat Saloon APT kat Bandar Baru Klang tu sebab aku nak gunting rambut..Servis ok n hasilnya sangat memuaskan hati..Cnfirm aku akan datang semula kat sini.

 
Ha....da siap da nak p dating dengan en,Naza pulak malam harinya...

Actually hari tu aku sempat la p jalan2 dengan kakak aku sebab en.Naza ada OT time pagi n petang. Tapi malam aku da plan da nak p tengok wayang dengan dia..dan aku juga terpaksa la mintak tolong kakak aku basuh baju sebab takut tak sempat pulak nak bersiap sebab masa tu da petang...aku pulak sampai je rumah da sibuk dok bukak online nak booking ticket wayang kat JJ Bukit Tinggi.

Prosedur nak bookingnya punya la cerewet tapi nasib baik lah aku dapat jugak booking siap bayar online lagi guna Maxis M Money...beruntung jugak jadi pengguna Maxis ni. Ni kira kaedah E-Debit jugak la...

 

Ha...sebelum p tengok Sherlock Holmes yang dijadualkan pukul 12.30am (midnight movie) kami dinner dulu dekat Pak Li Kopitiam kat Seksyen 7 Shah Alam. sebelum tu Naza p check in dulu dekat EV World Hotel dekat Seksyen 7 tu sebab esok kami nak p dating pagi so diamalas nak balik Banting. Lagipun harganya murah je. RM79 je.


 
 
Katong Laksa yang best..Mesti cuba.

Tepat jam 11 kami da gerak ke Bukit Tinggi da. Awal skit gerak sebab nak collect ticket yang dah di book..


Haahaha ini aksi poyo en.Naza.


Aku yang tembam lagi berbelang..

 
Kami

 
Merenung masa depan.. mungkin dalam hati masing-masing bermonolog bila la kami boleh kahwin...huhuhu

 
Lets All Show Some LOVE to Mother Nature...Go Green. (Message Hari Cristmas)

Wayang stat. Masing-masing seronok melayan ceritanya..tapi partner aku kat sebelah dah agak terlentok da dan hampir berdengkur..hehehe aku faham sebab dulu time keje aku pun pernah 3 kali terlentok dan tertidor terus time tengok wayang dengan en.Naza akibat keletihan..hahaha...Habis je wayang en.Naza ngadu kat aku yang lelaki kat sebelah dia pun sama naik je tidor siap berdengkur lagi...Hahaha

P/s :Nanti lah aku buat review untuk filem Sherlock Holmes ya....

No comments: