Thursday, June 23, 2011

Megi Pertama Ku

Hari tu dalam entry INI aku ada cakap nak cerita pasal mula aku makan megi kan.. Ni kira mengimbas kembali zaman kanak-kanak ribena time menetap Taman Tun Aminah, Johor Bahru dulu. Time tu aku, my sis and my late bro tengah sekolah rendah lagi. Adik aku zudin time tu kecik lagi. 

Nak dijadikan cerita, jarak bandar Jb dari rumah aku agak jauh la.. dalam setengah jam jugak la kalau x silap aku. Setiap kali mak and ayah aku nak keluar beli barang kat bandar, kami bertiga mesti x nak ikut sekali. Biasa la, nama pun budak-budak so nafsu metarialistik tu masih lum ada jadi kalau mak ayah nak pergi beli belah kat shopping mall memang lah dipandang sepi. Rela duduk kat umah main n tengok tv.

Time ni la my late brother meng'volunteer'kan diri untuk pergi kedai. Katanya nak makan megi n dia nak pergi beli. Aku n my sis apa lagi, join sekaki la. Kenduri maggi la kitorang kat rumah time mak n ayah x de. Nampak benor kempunan nak makan megi. masa zaman tu famous megi jenama MAGGI. Mak aku memang x pernah ajar makan maggi or jajan majan. So masa kecik dulu memang makan berkhasiat aje la sebab tu badan bagai dipam-pam...haha.

Time kenduri megi tu, pernah jugak terliur sangat punya pasal, tiap sorang makan 2 bungkus skali. Haha kenyang sampai x leh nak bangun, sampai rasa x nak makan megi dah sebab overdose. Maunya tak, selera anak gajah betul sampai dua bungkus sorang... Bukan setakat megi, jajan-jajan yang kempunan nak makan memang termasuk skali dalam menu kitorang time mak n ayah aku x de..hehe. Setel je mentekedarah semua bahan bukti memang di clearkan. Biasa la nak hidup kan..

Bila teringat balik zaman dulu-dulu kelakar je rasa. Time dah besar ni x tau dah berapa banyak megi dah aku makan. Mak au bising jugak tapi nak wat camane, kalau dok belajar kat Uum ari tu megi memang ada dalam stok aku.. Megi dan student memang x boleh dipisahkan. Ada fakta yang kata megi ni x kan akibatkan otak jadi bendul, efectnya ialah rambut gugur je sebab bahan perasa banyak.

Macam tu lah ceritanya.. Bila teringat zaman dulu-dulu mesti teringat kat arwah abg aku. Rindunya la kat dia. Life will be much more better with him around..... Semoga dia tenang di sana... Amin...

3 comments:

ju said...

hehehe.....citer rahsia nampok...

ju said...

Life will be much more better with him around......thats right...

KePOchi LaTTe said...

hehe dah x rahsia da sebab sume dah besar2 da...kenangan masa kecik memang best..